3 ANGKASA
MEI 2023
Datuk Ewon menyampaikan Sumbangan Ramadan kepada seorang anak yatim dari Rumah Sentuhan Budi.
Datuk Ewon bersama tetamu kehormat yang hadir ke majlis.
Dari kiri, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Dr. Mirwan Noh ketika mendengar ucapan Datuk Ewon.
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ketika menyampaikan Bicara Ilmu Ramadan ‘Melabur Tanpa Waswas’.
Ucapan Penutupan Program Bicara Ilmu Ramadan 'Melabur Tanpa Waswas' dan Majlis Berbuka Puasa IKMa 2023 bertempat di Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKMa, Petaling Jaya pada 11 April 2023. Seramai 450 orang tetamu menghadiri Bicara Ilmu Ramadan 'Melabur Tanpa Waswas' yang telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Turut berlangsung adalah penyampaian Sumbangan Ramadan kepada 32 orang anak yatim Rumah Sentuhan Budi, Petaling Jaya dan anak-anak warga IKMa. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad, Timbalan
Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Dr. Mirwan Noh, Setiausaha Pembangunan Koperasi KUSKOP, Encik Azizul Alias, Naib Pengerusi Eksekutif (Dasar & Pembangunan) SKM, Encik Amran Haji Abd. Kadir, Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) SKM, Encik Azam Sulaiman, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Naib Canselor UKKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Azali Mohamad. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato' Dr. Haji Abdul
Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Shukree Che Isa serta Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah.
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail berbincang bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus (kanan).
Dari Meja Presiden
program keusahawanan koperasi anjuran kementerian seperti Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, Jualan Harga Patut Koperasi, Jualan BA100 dan pelbagai program lain dapat menarik anggota koperasi dan masyarakat setempat mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga berpatutan. Program Jualan Madani Raya KUSKOP 2023 yang diadakan sepanjang bulan Ramadan bermula 22 Mac hingga 21 April 2023 bertempat di Festival Ramadan Putrajaya, Presint 3, telah menyaksikan penyertaan koperasi dan usahawan menjual pelbagai produk raya antaranya keperluan harian, makanan, pakaian dan aksesori raya.
Seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat Malaysia Madani membawa rakyat ke arah yang lebih baik dari segi ekonomi mahupun sosial, sektor koperasi tidak terkecuali dalam menunaikan tanggungjawab dan peranannya terhadap pembangunan sosioekonomi negara. Inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang sedang giat melancarkan pelbagai program keusahawanan koperasi diharap dapat memberi peluang dan ruang ekonomi kepada rakyat, terutama golongan B40 dalam membantu kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup. Ini bertepatan dengan matlamat penubuhan koperasi berteraskan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang pada dasarnya untuk membantu menstabilkan harga barangan keperluan asas serta mengawal ketirisan bekalan barangan, di samping sebagai usaha memperkasakan penglibatan koperasi dalam kedua-dua sektor tersebut. Dalam merealisasikan inisiatif ini, Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick mahu penyertaan rangkaian kedai runcit koperasi (CoopMart) menerusi
Usaha ini wajar mendapat pujian kerana bukan sahaja dapat memperluas pemasaran produk dan perkhidmatan berkonsepkan mesra koperasi dengan harga berpatutan, malah dapat memupuk budaya serta nilai-nilai keusahawanan dalam masyarakat. Justeru, koperasi seharusnya bijak mengambil peluang melalui kepelbagaian program keusahawanan koperasi sebagai memenuhi hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang 2030.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease