WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

ANGKASA 4

MEI 2023

KOPSYA Perkasa Aktiviti Ekonomi Koperasi

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan duit raya kepada salah seorang pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek pembiayaan KOPSYA berjumlah RM1,260,000 kepada Pengerusi Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyantuni pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Berhad, Koperasi Kariah Masjid An-Nur Rembau Berhad, Koperasi Muda Maju Jaya Malaysia Berhad (KOMUJA) dan Koperasi Mega Pantai Timur Berhad (KOMEGA). Pada majlis yang sama turut diadakan serahan pelaburan serta syer dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4.6 juta daripada pihak koperasi. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menjelaskan, nilai pelaburan itu membuktikan keyakinan terhadap KOPSYA sebagai institusi yang menawarkan produk kewangan Islam berinovatif kepada gerakan koperasi. Bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan Ramadan, pihak KOPSYA juga turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada 10 orang pelajar dari Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA (PJDS) yang merupakan pusat kebajikan untuk anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin yang ditubuhkan oleh ANGKASA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’ Umar Sarim Saidin, Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Haji Efendee O.P Andu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa serta Timbalan Pengerusi KOPSYA, Haji Zaharuddin Alias, barisan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri dan Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) telah mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM122 juta bagi tempoh 2021 sehingga 2023 bagi membantu koperasi memperkasakan aktiviti perekonomian untuk manfaat anggota koperasi dan masyarakat. “Bagi tahun 2023 sahaja, sejumlah RM100 juta pembiayaan telah dikeluarkan kepada koperasi yang melibatkan RM90 juta untuk koperasi anggota bagi menjalankan aktiviti kredit, manakala RM10 juta lagi kepada koperasi anggota menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi.” Demikian ucapan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi KOPSYA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Berbuka Puasa KOPSYA yang telah diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia (KPGA), Kuala Lumpur pada 3 April 2023. Tambahnya lagi, peruntukan tersebut telah berjaya membantu sejumlah 30 buah koperasi di seluruh Malaysia untuk mengembangkan jualan produk dan perkhidmatan mereka. KOPSYA juga sentiasa bersedia membantu koperasi yang memerlukan dana sekali gus memperkasakan jenama KOPSYA sebagai platform pilihan koperasi pada masa hadapan. Majlis turut menyaksikan penyerahan replika cek kepada enam buah koperasi yang menerima pembiayaan tersebut, iaitu Koperasi Giat Maju Berhad (KGMB), Koperasi COOP2U Berhad (COOP2U), Koperasi Borneo Malaysia

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima replika cek sumbangan pelaburan kepada KOPSYA berjumlah RM2,000,000 daripada Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Datuk Haji Azih Muda.

Pelajar Pusat Jagaan Darul Sakinah ANGKASA sedang berbuka puasa.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease