PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 6
MEI 2023
Kurangkan Kebergantungan Terhadap Produk Import Malaysia Sokong Inisiatif ICAO
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCOM) International Cooperative Agricultural Organization (ICAO) yang berlangsung di Istanbul, Turkiye pada 31 Mac hingga 1 April 2023.
Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Malaysia usaha International Cooperative Agricultural Organization (ICAO) dalam usaha mengurangkan kebergantungan menyokong terhadap produk import dengan mempergiatkan penghasilan tempatan melalui keupayaan mengeluarkan produk sendiri. Sebagai sebuah badan Apeks gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA sentiasa memainkan peranan proaktif dalam menggerakkan sinergi gerakan koperasi negara ke arah meningkatkan sumber makanan dan keterjaminan makanan (Food Security) pada tahap yang lebih stabil. Demikian antara perkara yang disuarakan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCOM) ICAO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu mewakili Malaysia dalam mesyuarat EXCOM yang pertama bagi organisasi itu untuk tahun 2023 di Istanbul, Turkiye pada 31 Mac hingga 1 April 2023. Beliau yang juga Ahli Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) menyatakan bahawa gerakan koperasi perlu memiliki keupayaan dalam mengeluarkan produk kritikal merangkumi makanan, minuman dan pembuatan barangan. Katanya, Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifers Park ANGKASA yang diusahakan menerusi subsidiari ANGKASA, iaitu ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. adalah antara usaha ANGKASA bagi memenuhi keperluan masyarakat di Malaysia selaras dengan hala tuju keterjaminan makanan negara.
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli EXCOM ICAO, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kiri sekali) ketika menghadiri mesyuarat.
“Projek yang dirintis sejak 2019 kini telah membuahkan hasil apabila sehingga Disember 2022 secara keseluruhannya, projek ini telah mempunyai 81 ekor lembu baka Friesian Holstein berasaskan sumber genetik dari Korea Selatan bagi memenuhi permintaan industri tenusu negara,” katanya. Beliau turut menyatakan hasrat untuk melihat pendekatan melalui konsep pertanian bandar (Urban Farming) dapat diaplikasikan secara meluas di Malaysia sekali gus mencontohi negara Jepun yang menggunakan kaedah guna semula sumber asli dan sisa buangan bandar untuk menghasilkan kepelbagaian tanaman.
Mesyuarat EXCOM ICAO telah dihadiri oleh barisan kepimpinan koperasi yang mewakili sebanyak 42 koperasi ahli organisasi tersebut.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease