WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 7

MEI 2023

Beliau juga menaruh harapan tinggi untuk dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan anggota ICAO khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), kepakaran dan pembangunan intelek ke arah menjayakan usaha Malaysia memajukan aktiviti pertanian. Dato’ Haji Kamarudin yang juga juruaudit ICAO merupakan antara wakil dari Malaysia yang menghadiri mesyuarat tersebut selain penyertaan tujuh negara lain, iaitu Uganda, Poland, Brazil, Jepun, India dan Turkiye. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden ICAO, Mr. Sung Hee Lee (Korea) itu turut menyaksikan pembentangan dua kertas kerja dalam ICAO Special Session: Sustainable Agricultural Seminar yang bertajuk 'How To Achieve The SDGs in Agriculture ' yang disampaikan oleh Wakil Penolong Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) Turkiye, iaitu Dr. Aysegul Selisik dan 'Climate Change and Agriculture' yang disampaikan oleh wakil Ankara University , Prof. Dr. Ilkay Dellal. Selain itu, mesyuarat juga membentangkan beberapa agenda termasuk Mengesahkan Agenda dan Minit Mesyuarat dan Laporan Projek dari negara anggota, Pengesahan Keanggotaan Baru dan lain- lain sebelum delegasi turut dibawa melawat dua buah koperasi, iaitu Center Union Of Turkish Forestry Coop 1997 dan Thrace Oil Sedds Agricultural Sales Cooperatives Union (Trakyabirlik) pada keesokannya.

Dato’ Haji Kamarudin bergambar bersama Presiden ICAO, Mr. Sung Hee Lee (Korea).

Dato’ Haji Kamarudin bergambar bersama wakil koperasi ahli ICAO.

Wakil koperasi ICAO bergambar di hadapan bangunan Thrace Oil Sedds Agricultural Sales Cooperatives Union (Trakyabirlik).

ANGKASA Berbesar Hati Malaysia Dipilih Jadi Tuan Rumah APCYS 4.0

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Regional Assembly yang akan diadakan di Manila, Filipina pada bulan November 2023. Beliau juga telah menyatakan penghargaannya terhadap sumbangan daripada pelbagai agensi sekitar rantau tersebut dalam memperkukuh program pembangunan kapasiti koperasi yang dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Tambah beliau, usaha ICA-

atas kepercayaan organisasi tersebut memilih Malaysia sebagai tuan rumah APCYS 4.0 itu. Semoga program tersebut mencapai matlamat dan objektifnya serta memberi kebaikan kepada pembangunan dan kemajuan gerakan koperasi global.

ANGKASA berbesar hati kerana Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk program Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0) yang akan diadakan di negeri Sabah pada 27 hingga 30 Julai 2023. Program tersebut yang telah mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Menterinya, YB Datuk Ewon Benedick, akan menjadi sebahagian daripada program utama sempena sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) sepanjang bulan Julai yang turut diadakan di Negeri di Bawah Bayu itu. Demikian ucapan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang telah diadakan secara hibrid di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya dan Hotel Yak & Yeti, Kathmandu, Nepal pada 6 April 2023. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ahli Lembaga ICA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Noraini Mohamad. Pemilihan tersebut dibuat berasaskan kepada mesyuarat jawatankuasa di peringkat ICA-AP dan hasil pertemuan antara Datuk Ewon dengan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2023. Dalam pada itu, Presiden ICA-AP, Dr. Chandra Pal Singh Yadav telah mengalu-alukan kehadiran koperator muda dan kepimpinan koperasi di rantau Asia Pasifik dalam sidang kemuncak itu dan turut menggalakkan mereka untuk menghadiri ICA-AP

AP kini adalah bertumpu ke arah memperkasakan aktiviti yang berasaskan projek melalui peranan lebih aktif oleh Jawatankuasa Sektoral ICA dalam pembangunan kapasiti ahlinya. Sebanyak tiga projek yang sedang digerakkan oleh organisasi itu, iaitu ICA- EU Financial Framework Partnership Agreement (FPPA), SuPER WE Coffeei di Laos dan EU-CSO Proposal di Vietnam. ANGKASA mengucapkan terima kasih kepada ICA-AP

Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) menghadiri Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP. Hadir sama ialah Ahli Lembaga ICA merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad (kanan).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease