WADAH PELANCAR EDISI MEI 2023

ANGKASA 8

MEI 2023

Bekalan Daging Segar oleh Koperasi ANGKASA Sasar 300 Tan Metrik dalam Tempoh Lima Tahun

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) bersama Dato’ Haji Ibrahim Abdullah (tiga dari kiri) dan Encik Hasnan Haji Mustapha (dua dari kiri) menyaksikan pemeteraian MoA antara KONSORMAS dengan KOPMAMB.

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

Selaras dengan strategi ANGKASA untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan kos import makanan sekali gus mengawal harga dalam pasaran, ANGKASA telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS) dalam satu majlis yang bertempat di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 4 April 2023. Pemeteraian MoA tersebut telah disaksikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau dalam ucapannya berkata, ANGKASA menyasarkan 300 tan metrik daging dapat dibekalkan oleh koperasi bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang. Jelasnya, MoA itu bertujuan untuk melantik pihak KONSORMAS sebagai rakan strategik projek yang bertindak sebagai operator penternak bagi menjalankan Projek Inkubator Ternakan Lembu Daging ANGKASA. Projek tersebut merupakan inisiatif yang diwujudkan di bawah Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifer’s Park melalui usaha sama anak syarikat ANGKASA, iaitu ANGKASA-KOMARDI Dairy Sdn. Bhd. untuk membekalkan anak lembu jantan atau betina. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, projek yang berbentuk penyelidikan dan pembangunan ternakan itu bertujuan membantu gerakan koperasi dan kerajaan dalam meningkatkan Industri Tenusu Negara dengan menyasarkan sebanyak 20 buah koloni penternak lembu yang terdiri daripada koperasi ahli KONSORMAS sebagai operator penternak. Tambah beliau, usaha tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusan daripada ANGKASA untuk meningkatkan keterlibatan koperasi dalam sektor keberhasilan utama negara serta

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan.

Sebanyak lebih 200 ekor anak lembu yang ditempatkan di sebuah ladang di Kuala Jerang, Negeri Sembilan.

memberi impak yang berkesan kepada kehidupan masyarakat dan pembangunan ekonomi negara. Pada majlis yang sama, KONSORMAS turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Koperasi Masjid Al-Muttaqin Berhad (KOPMAMB). KOPMAMB yang merupakan anggota kepada KONSORMAS telah dilantik sebagai rakan strategik untuk membangunkan sebuah Ladang Satelit Nasional (LSN) di Kampung Kuala Jerang, Mukim Triang Hilir, Jelebu, Negeri Sembilan. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri

Sembilan merangkap Bendahari KONSORMAS, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah, Anggota Lembaga KONSORMAS yang terdiri daripada Haji Yasim Mohamed dan Haji Che Had Jasin, Pengerusi KOPMAMB, Encik Salim Saparman, Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim, Pengurus Kanan Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, Encik Muhammad Zuhid Jamaludin serta Pengurus Unit Koperasi Masjid, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah, Encik Amri Sharkawi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease