WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

NOVEMBER 2023 JILID: WP05 /11

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

MASKOP Pupuk Semangat Berkoperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (barisan hadapan empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (barisan hadapan empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat dan peserta yang hadir dalam Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP) 2023 di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 21 November 2023..

Oleh RAHMAT MOHD DID

Meskipun gerakan koperasi di Malaysia telah wujud lebih daripada 100 tahun, masih terdapat golongan yang belum cakna akan pentingnya peranan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat dan negara.

YB Datuk Ewon melancarkan Skim Pembiayaan COSTART oleh Co-opBank Pertama.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab KUSKOP dan agensi berkaitan terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) serta ANGKASA untuk terus mempergiatkan aktiviti turun padang bagi meningkatkan kefahaman masyarakat akan fungsi dan peranan koperasi melalui Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP), kata beliau.” Beliau berkata demikian ketika merasmikan MASKOP 2023 yang dianjurkan oleh KUSKOP dengan kerjasama Co-opBank Pertama (CBP) di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya pada 21 November 2023.

Program yang dihadiri seramai 500 peserta terdiri daripada penjawat awam, anggota koperasi dan usahawan sekitar daerah Petaling Jaya itu bertujuan untuk memupuk semangat berkoperasi di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai berkaitan koperasi, selain menghebahkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh gerakan koperasi kepada orang awam. YB Datuk Ewon optimis MASKOP mampu menjadi wadah pembudayaan koperasi dalam kalangan setiap lapisan masyarakat

YB Datuk Ewon ketika menyampaikan ucapan.

Menurut Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, masih ramai yang menganggap gerakan koperasi sekadar persatuan yang menjaga hal berkaitan kebajikan atau platform untuk membuat pelaburan. Menteri

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2 ANGKASA

NOVEMBER 2023

DARI MUKA 1 sekali gus menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi serta mengubah persepsi masyarakat terhadap gerakan koperasi. “Bagi menggalakkan masyarakat menubuhkan koperasi, syarat penubuhannya telah dilonggarkan, iaitu daripada 50 orang kepada 20 orang. SKM juga telah meluluskan penambahbaikan Garis Panduan Berkenaan Dengan Pendaftaran Koperasi (GP12) bagi memberi panduan serta tatacara kepada orang awam untuk mendaftar koperasi,” katanya. Dalam majlis sama, YB Datuk Ewon turut melancarkan Skim Pembiayaan COSTART oleh CBP yang menyediakan dana sebanyak RM10 juta kepada koperasi kredit yang baru ditubuhkan kurang daripada tiga tahun menerusi inisiatif rangkuman kewangan. Dua buah koperasi pertama yang menerima pembiayaan sebanyak RM1 juta setiap satu ialah Koperasi Pelaburan Empayar Berhad dan Koperasi Wanita Malaysia Berhad. KUSKOP sebelum ini telah melaksanakan beberapa Program MASKOP dengan kerjasama SKM, IKMa dan ANGKASA. Kerjasama dengan CBP kali ini adalah untuk mengetengahkan CBP sebagai salah satu koperasi premier serta mempromosikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Tuan Haji Mohd Yahya Haji Mat Sahri, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi. Kepimpinan ANGKASA yang hadir termasuklah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che’ Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias yang mewakili KUSKOP dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

YB Datuk Ewon menyampaikan replika Skim Pembiayaan COSTART CBP kepada Koperasi Wanita Malaysia Berhad.

YB Datuk Ewon menyampaikan hadiah cabutan bertuah utama berupa sebuah televisyen.

YB Datuk Ewon melawat gerai pameran Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO).

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya

• Halim Haji Ibrahim Pegawai Media Sosial (Menanggung Tugas Pengurus) • Nadiah Kamarudin Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Selangor Darul Ehsan. Seksyen PELANCAR

Muat Turun Aplikasi

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

3

Terima Anugerah ‘Cooperative Excellence Awards’ , Presiden ANGKASA Banggakan Malaysia di Peringkat Global

Oleh NADIAHKAMARUDIN

Malaysia terus menempa nama di peringkat antarabangsa apabila Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima anugerah ‘ICA Asia-Pacific Cooperative Excellence Awards’ bagi kategori ‘ Inspirational Leader’. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav sambil disaksikan oleh 600 delegasi dari 27 negara termasuk 83 delegasi dari Malaysia dalam satu majlis makan malam yang dihoskan oleh Philippine Cooperative Affiliates di Manila, Filipina pada 8 November 2023. Turut hadir ialah Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Majlis itu diadakan bersempena Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-16 dan pelbagai acara berkaitan selama lima hari bermula 4 November 2023. Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, anugerah berkenaan melambangkan usaha kolektif dan gigih seluruh warga koperasi di Malaysia dalam memperkasakan gerakan koperasi di peringkat nasional mahupun global. “Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus memberikan impak positif demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia khususnya warga koperasi dan juga merupakan satu tanggungjawab lebih besar yang mendorong saya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik demi gerakan koperasi,” kata beliau. Anak jati Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang itu turut mengambil peluang menyatakan penghargaan beliau kepada barisan kepimpinan tertinggi, pengurusan, kakitangan dan seluruh warga ANGKASA serta ahli keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan inspirasi kepada beliau sepanjang 10 tahun memegang jawatan sebagai Presiden ANGKASA. ‘ICA Asia-Pacific Cooperative Excellence Awards’ diberikan kepada individu, koperasi dan kementerian/ jabatan yang telah memberikan sumbangan dan manfaat signifikan kepada pertumbuhan dan pembangunan gerakan koperasi. Dalam majlis yang sama, koperasi dari India iaitu Uralungal Labour Contract Co-operative Society Limited telah menerima anugerah yang sama di bawah kategori ‘Enterprising Cooperative’. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Puan Suzana Alias mewakili Kementerian Kewangan serta 15 Pengerusi ANGKASA Negeri. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Haji Zaharudin Alias, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Dato' Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan barisan pengurusan ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) ketika menerima anugerah ‘ICA Asia-Pacific Cooperative Excellence Awards’ di Manila, Filipina pada 8 November 2023. Turut bersama ialah Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco (kanan) dan Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (kiri).

Delegasi dari Malaysia menyambut kemenangan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. dari Malaysia menyambut kemenangan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Dari Meja Presiden

Sebagai contoh, nilai eksport Malaysia ke Brazil pada tahun 2021 adalah berjumlah RM6.95 bilion (USD1.49 bilion) dan produk utama yang dieksport ke negara terbesar di Amerika Selatan itu adalah pakaian karet (rubber apparel) , litar bersepadu dan petroleum ditapis. ANGKASA turut berbangga melihat penubuhan dan pembangunan tiga koperasi kariah masjid di Filipina yang menjadi salah satu kayu ukur untuk menilai kejayaan model tersebut yang telah diperkenalkan bagi memperluaskan peranan gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi ummah bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.

Delegasi ANGKASA ke Manila, Filipina bermula 4 November 2023 untuk menghadiri Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 disifatkan signifikan dan memberi impak besar kepada hubungan dagangan bukan sahaja antara koperasi di Malaysia dengan negara lain di rantau Asia Pasifik, malah dengan koperasi di Amerika Selatan. Pertemuan pertama kali antara delegasi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP dengan delegasi Group of Cooperatives of MERCOSUR (RECM) yang diketuai oleh Mr. Nelson de Andrade Jr. mewakili Kementerian Pertanian dan Penternakan Brazil pada 10 November 2023, mampu meneroka pasaran baharu, mempelbagaikan produk dan menyediakan peluang perniagaan baharu. RECM merupakan kumpulan perbincangan dan penasihat khusus blok ekonomi, tertumpu kepada gerakan koperasi di empat negara iaitu Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay. Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kukuh dengan keempat- empat negara berkenaan.

Penubuhan tiga koperasi itu juga membuktikan wujudnya pemahaman dan kesedaran yang mendalam dalam kalangan penduduk Islam di republik tersebut mengenai koperasi dan institusi masjid yang apabila digabungkan peranan kedua- duanya, mampu meningkatkan ekonomi ummah setempat dan masyarakat Islam secara umumnya. ANGKASA melalui Yayasan Infaq ANGKASA telah memberikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada tiga koperasi berkenaan untuk membangunkan kedai runcit mereka.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

4

Perhimpunan ICA-AP Luluskan Penggabungan Jawatankuasa Pertanian, Jawatankuasa Perhutanan

Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 di Manila, Filipina pada 9 November 2023 dimulakan dengan ucapan oleh Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 di Manila, Filipina pada 9 November 2023 dimulakan dengan ucapan oleh Presidennya, Dr. Chandrapal Singh Yadav.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Perhimpunan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 yang telah diadakan di Manila, Filipina pada 9 November 2023 telah meluluskan penggabungan Jawatankuasa Pertanian Serantau Ikatan dan Jawatankuasa Perhutanan menjadi Jawatankuasa Pertanian dan Alam Sekitar. Perhimpunan yang telah dihadiri oleh 600 delegasi dari 27 negara itu telah dipengerusikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav. Hadir sama ialah Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr.

Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (kiri) ketika memberikan penerangan mengenai agenda yang Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (kiri) ketika memberikan penerangan mengenai agenda yang dibentangkan dalam perhimpunan. Turut bersama, Dr. Chandrapal Singh Yadav.

Balu Iyer dan Ketua Pegawai Eksekutif National

Cooperatives (NATCCO) , Ms. Sylvia O. Paraguya. Sebagai salah satu jawatankuasa yang pertama ditubuhkan, Jawatankuasa Pertanian ICA-AP telah menjalankan banyak projek untuk memperkasakan pembangunan koperasi pertanian di rantau tersebut. Walau bagaimanapun,aktivitijawatankuasaberkenaan menurun semasa dan selepas pandemik COVID-19. Jawatankuasa Perhutanan turut menghadapi kesulitan dari segi mendapatkan keahlian yang mencukupi dan mengekalkan momentum dengan penganjuran pelbagai bentuk aktiviti. Kedua- dua jawatankuasa pertanian dan perhutanan memegang peranan yang signifikan di Asia Pasifik kerana sejumlah besar koperasi ahli ICA- AP terlibat dalam kedua-dua sektor itu.

"Mengambil sektor pertanian dan kebimbangan yang meningkat mengenai alam sekitar dan iklim, ahli ICA-AP merasakan bahawa penggabungan kedua-dua jawatankuasa akan membawa kepada jumlah keahlian yang lebih besar dan penyelarasan aktiviti yang lebih baik sekali gus memberikan impak signifikan kepada pembangunan koperasi dan kesejahteraan alam sekitar," kata Mr. Balu. Tambah beliau, penggabungan kedua-dua jawatankuasa menunjukkan komitmen ICA-AP dalam mengatasi isu penting dan kritikal serta menyediakan platform untuk penyertaan ahli yang lebih meluas. kira kepentingan Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-16 telah membentangkan sebanyak 15 agenda termasuk pembentangan laporan tujuh jawatankuasa sektor / tematik ICA-AP.

Confederation of

Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco ketika memberikan ucapan.

5

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah seramai 83 delegasi gerakan koperasi dari Malaysia termasuk barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP juga telah membentangkan laporan bagi jawatankuasa itu manakala Dr. Mohd. Azlan telah membentangkan laporan Jawatankuasa Koperasi di Institusi Pendidikan ICA-AP selaku Pengerusi jawatankuasa berkenaan. Dalam perhimpunan berkenaan juga, National Cooperative Council of Sri Lanka telah diumumkan sebagai tuan rumah untuk Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-17 pada tahun 2025 manakala Jordan akan menjadi tuan rumah bagi Persidangan Menteri Koperasi Asia Pasifik Ke-11 (APCMC) yang dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 30 April 2024. Program yang kali terakhir dianjurkan di Hanoi, Vietnam pada 18 hingga 21 April 2017 itu dianjurkan oleh ICA-AP dengan kerjasama Jordan Co-operative Corporation dan Kementerian Pertanian Jordan serta membawa tema "Kerjasama Kerajaan-Koperasi untuk Daya Tahan Koperasi, Pembangunan Lestari & Pertumbuhan Inklusif di Asia Pasifik & Wilayah MENA."

Naib Presiden ICA-AP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Presiden ICA-AP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika membentangkan laporan jawatankuasa itu.

Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Koperasi di Institusi Pendidikan ICA-AP, Dr. Mohd. Azlan Yahya ketika membentangkan laporan jawatankuasa tersebut.

Lembaga ANGKASA yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kanan sekali) ketika menyertai ANGKASA yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah (kanan sekali) ketika menyertai perhimpunan.

Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kanan sekali) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (dua dari kanan) ketika menyertai perhimpunan.

Barisan Pengerusi ANGKASA Negeri turut terlibat dalam perhimpunan. Pengerusi ANGKASA Negeri turut terlibat dalam perhimpunan.

6

Forum Koperasi Asia Pasifik Ke-11: Koperasi – Agenda Kita Bersama

Dari kanan Ketua Pegawai Eksekutif National Confederation of Cooperatives (NATCCO), Ms. Sylvia O. Paraguya, Ahli Parlimen yang mewakili parti COOP NATCCO, Mr. Felimon M. Espares, Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Pengerusi Cooperative Development Authority , Joseph B. Encabo dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer ketika perasmian Forum Koperasi Asia Pasific Ke-11 di Manila, Filipina pada 8 November 2023.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Delegasi Malaysia turut terlibat dalam Forum Koperasi Asia Pasifik Ke-11 yang memfokuskan terhadap peranan yang dimainkan oleh koperasi dalam pembangunan ekonomi serta koperasi sebagai sebuah institusi demokratik dan sebuah perusahaan berorientasikan kepada masyarakat (people-centred enterprises) . Forum yang telah diadakan di Manila, Filipina pada 8 November 2023, bertemakan “Koperasi – Agenda Kita Bersama”, merangkumi satu sesi plenari pembukaan dan tiga sesi perbincangan. Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, Pengerusi Cooperative Development Authority , Joseph B. Encabo dan Ketua Pegawai Eksekutif National Confederation of Cooperatives (NATCCO), Ms. Sylvia O. Paraguya. Terdahulu, ucapan dasar telah disampaikan oleh Ahli Parlimen yang mewakili parti COOP NATCCO, Mr. Felimon M. Espares. Sesi plenari yang membincangkan tajuk “Memacu Identiti Koperasi” itu telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Business Council of Co-operatives and Mutuals (Australia) merangkap Ahli Kumpulan Penasihat Identiti Koperasi ICA, Ms. Melina Morrison. Barisan panel pula menampilkan penceramah, iaitu Mr. Kenki Maeda daripada Japan Cooperative Alliance serta Ms. Bernadette O. Toledo dan Mr. Andrew Allimadi yang masing-masing daripada MASS-SPECC Cooperative Development Center (Filipina) dan United Nations Department of Economic and Social Affairs (UN DESA). Mr. Andrew dalam ucapan beliau berkata, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi yang mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua. Pertama kali PBB mengambil keputusan untuk meluluskan resolusi seumpama itu adalah pada tahun 2011 ketika pertubuhan tersebut memutuskan untuk menjadikan koperasi sebagai isu global pada tahun 2012. Oleh itu, tahun 2012 diisytiharkan sebagai tahun koperasi untuk kali pertama dalam sejarah PBB. Anggota Lembaga ANGKASA mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias telah mempengerusikan salah satu sesi perbincangan, iaitu “Memastikan Kerelevenan Koperasi: Merangkul Teknologi Yang Mencetuskan Perubahan untuk Pertumbuhan Mampan”. Sesi perbincangan berkenaan melibatkan Naib Canselor daripada Kerala University of Digital Sciences, Innovation and Technology , Dr. Saji Gopinath, Ahli Lembaga ICA (wakil belia), Ms. Ana Aguirre daripada Mondragon Technical Academy (Sepanyol) dan Pengurus Besar (Pembangunan Koperasi) Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited, Mr. Santosh Kumar Shukla. Dualagisesiperbincanganmenumpukanpadatopik"Mendorong Agenda Iklim ke Hadapan: Koperasi Memajukan Kelestarian melalui Kerjasama Rentas Sektor" dan “Memberdayakan Koperasi: Memimpin dengan Mendorong Kepelbagaian dan Keterlibatan.”

Sesi plenari turut menampilkan Mr.Andrew Allimadi daripada United Nations Department of Economic and Social Affairs (UN DESA) sebagai panelis yang terlibat secara dalam talian.

Sesi plenari menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Business Council of Co-operatives and Mutuals (Australia), Ms. Melina Morrison (kiri) sebagai moderator serta Mr. Kenki Maeda (tengah) daripada J apan Cooperative Alliance dan Ms. Bernadette O. Toledo (kanan) daripada MASS-SPECC Cooperative Development Center (Filipina) sebagai panelis.

Anggota Lembaga ANGKASA mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias (kiri) menjadi moderator untuk sesi perbincangan yang menampilkan Ahli Lembaga ICA (wakil belia) Ms. Ana Aguirre (tengah) dan Pengurus Besar (Pembangunan Koperasi) Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited , Mr. Santosh Kumar Shukla (kanan) sebagai panelis.

Delegasi Malaysia turut menghadiri Forum Koperasi Asia Pasifik Ke-11.

7

Pameran Perdagangan ICA-AP buat julung kali diadakan di Filipina

Sesi memotong riben sebagai simbolik perasmian Pameran Perdagangan Ikatan Koperasi Antarabangsa. – Asia dan Pasifik (ICA-AP) di Manila, Filipina pada 7 November 2023 yang disempurnakan oleh Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav dan Naib Presiden ICA-AP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Turut bersama ialah Naib Pengerusi Federation of Peoples’ Sustainable Development Cooperative (FPSDC), Mr. Anton Pascual (kanan sekali) dan Ahli Lembaga III Cooperative Development Authority , Ms. Luz Yringco (dua dari kiri).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Buat julung kalinya, Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa - Asia dan Pasifik (ICA-AP) dengan kerjasama Federation of People's Sustainable Development Cooperative (FPSDC) menganjurkan Pameran Perdagangan ICA-AP yang berlangsung selama tiga hari di Manila, Filipina bermula 7 November 2023. Sebanyak 18 pempamer yang terdiri daripada pelbagai organisasi termasuk koperasi dari lima negara iaitu China, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Sri Lanka menyertai acara tersebut yang merupakan antara sebahagian daripada acara penting dalam Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-16. Majlis pembukaan pameran itu telah disempurnakan oleh Presiden ICA-AP, Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA-AP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA- AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Naib Pengerusi FPSDC, Mr. Anton Pascual dan Ahli Lembaga III Cooperative Development Authority, Madam Luz Yringco. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, pameran berkenaan berperanan sebagai platform untuk pertukaran pengalaman dan kepakaran sesama koperasi serta peluang eksklusif bagi mereka menjalinkan kerjasama yang berpotensi untuk mendorong pertumbuhan gerakan koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menunjukkan produk keluaran koperasi di Malaysia kepada Mr. Ariel Guarco dan Dr. Chandrapal Singh Yadav.

Pempamer dari Filipina menunjukkan produk buatan koperasi.

Pengunjung melawat gerai pameran ANGKASA.

8

ANGKASA, NCMF Meterai MoU

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (barisan hadapan dua dari kanan) dan Setiausaha National Commission on Muslim Filipinos (NCMF), Mr. Guiling A.Mamondiong (barisan hadapan tiga dari kanan) menunjukkan dokumen memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani di Manila, Filipina pada 6 November 2023.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan National Commission on Muslim Filipinos (NCMF) dalam satu majlis di Pejabat NCMF di Manila, Filipina pada 6 November 2023 sebagai inisiatif untuk memperluaskan lagi kerjasama bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat Islam di negara itu melalui platform koperasi. Memorandum yang meliputi lapan ruang lingkup kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Setiausaha NCMF, Mr. Guiling A. Mamondiong. Hadir sama menyaksikan pemeteraian MoU berkenaan ialah Duta Besar Malaysia ke Filipina, Tuan Yang Terutama (TYT) Dato' Abdul Malik Melvin Castelino Anthony. TYT Dato’ Abdul Malik Melvin dalam ucapan beliau berkata, kerjasama itu membuktikan contoh bagaimana koperasi mampu memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara khususnya membantu golongan minoriti Muslim. “Pemeteraian MoU hari ini yang memfokuskan kepada pembangunan koperasi dalam komuniti Muslim adalah sesuatu yang kami (Kedutaan Besar Malaysia, Manila) sedang usahakan kerana salah satu aspek utama pembangunan sesebuah negara adalah institusi koperasi dan sudah tentu untuk membangunkan persatuan berasaskan komuniti. Saya tahu bahawa ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia dapat memberi manfaat kepada penduduk di Filipina terutamanya dalam bidang pembangunan kapasiti,” kata beliau. Tambah beliau, bantuan dan sokongan oleh ANGKASA akan membantu koperasi di Filipina untuk mewujudkan lebih banyak kedai menjual produk halal di negara tersebut supaya dapat meningkatkan permintaan dan seterusnya membina rantaian bekalan yang kukuh. Beliau juga berkata, dalam lawatan rasmi pertama Presiden Filipina, Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr. ke Malaysia selama tiga hari bermula 25 Julai 2023, pihak kepimpinan kedua-dua negara telah memutuskan bahawa Malaysia dan Filipina akan bekerjasama dalam beberapa sektor utama termasuk industri halal, pembiayaan Islam dan sekuriti makanan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menyatakan harapannya supaya model koperasi kariah masjid akan terus berkembang di Filipina dan membawa kepada lebih banyak penubuhan koperasi seumpama itu.

Mr. Guiling A.Mamondiong ketika memberikan ucapan. Turut bersama ialah Pengarah IV, Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim NCMF, Mr. Rahmatol M.Mamukid (kiri sekali).

Duta Besar Malaysia ke Filipina, Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony.

“Antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi kariah masjid di sini adalah memastikan kelestarian dan pertumbuhan berterusan sambil kekal berdaya saing dan relevan sepanjang masa. Faktor utama untuk perkembangan berterusan koperasi kariah masjid termasuk pemahaman yang jelas dalam kalangan anggota mengenai konsep koperasi, kepentingan mewujudkan pelan strategik dan penglibatan aktif oleh mereka dalam segala aktiviti yang diusahakan oleh koperasi. Kerjasama antara jawatankuasa masjid dengan Ahli Lembaga Koperasi juga penting untuk mengukuhkan peranan koperasi sebagai pusat pembangunan ekonomi dalam masjid dan komuniti tempatan,” kata beliau. Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadot, Pengarah IV, Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim NCMF, Mr. Rahmatol M.Mamukid, Pengurus Program Department of Trade and Industry Halal Industry Development , Mr. Aleem Siddiqui Guiapal dan Ketua Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim NCMF, Mr. Almojin D. Pandapatan. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya serta Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail.

Barisan Lembaga ANGKASA turut hadir ke majlis menandatangani MoU.

9

Yayasan Infaq ANGKASA Sumbang RM100 Ribu Kepada Tiga Koperasi Kariah Masjid di Filipina

Presiden ANGKASA merangkap Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan) dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (tengah) ketika melihat barangan yang dijual di kedai runcit milik Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative.

Delegasi ANGKASA bergambar di hadapan kedai runcit milik Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh menunjukkan produk keluaran koperasi di Malaysia yang dijual di kedai runcit milik UMLP Amanah Masjid Cooperative.

Delegasi ANGKASA dan bergambar di hadapan kedai runcit milik UMLP Amanah Masjid Cooperative.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

berkata, ANGKASA komited membantu saudara seagama di negara seperti Filipina dan Kemboja di mana mereka merupakan golongan minoriti melalui platform koperasi. Beliau berkata demikian ketika mengetuai kunjungan delegasi ANGKASA ke kedai runcit yang baru beroperasi milik Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative dan UMLP Amanah Masjid Cooperative pada 5 November 2023. "Kami di ANGKASA percaya bahawa dengan penubuhan tiga buah koperasi kariah masjid ini mampu memperluaskan peranan masjid, bukan hanya sebagai tempat ibadah dan mempelajari ilmu agama, tetapi sebagai tempat untuk menyatu dan membangunkan ekonomi komuniti Muslim tempatan," ujarnya. Beliau turut menggalakkan barisan kepimpinan dalam tiga koperasi tersebut untuk berusaha mempelbagaikan lagi perniagaan mereka dan bekerja keras bagi meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam setempat. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengerusi Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadot, Pengarah IV, Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim National Commission on Muslim Filipinos (NCMF), Mr. Rahmatol M. Mamukid, Pengurus Program Department of Trade

Yayasan telah memberikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada tiga koperasi kariah masjid di Filipina untuk Infaq ANGKASA membantu menggerakkan perniagaan koperasi tersebut supaya dapat menjana pendapatan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan hidup komuniti setempat khususnya umat Islam di negara itu. Tiga koperasi berkenaan adalah Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative dan UMLP Amanah Masjid Cooperative di Manila serta Pabrica Agri Farm Agriculture Cooperative di Mindanao. Sumbangan tersebut merangkumi modal permulaan dan pengubahsuaian kedai runcit, peralatan kedai seperti peti sejuk beku, pembelian stok barangan dan pelaksanaan sistem akuaponik. Dua daripada koperasi tersebut turut menerima barangan melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) bernilai RM3,600.00. Presiden ANGKASA merangkap Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

Pengerusi Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadot ketika menyampaikan ucapan.

and Industry Halal Industry Development , Mr. Aleem Siddiqui Guiapal, Ketua Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim NCMF, Mr. Almojin D. Pandapatan, Pengerusi Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative, Mr. Omar Manalocon, Pengerusi UMLP Amanah Masjid Cooperative , Mr. Waida Umpar dan Pengerusi Pabrica Agri Farm Agriculture Cooperative , Mr. Mohammad Raizuli L. Domaporo. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Dalam majlis yang sama, ANGKASA turut menyerahkan pelbagai barangan seperti jubah, tudung, telekung, sejadah, kopiah dan kain pelikat yang disumbangkan oleh warga kerja ANGKASA melalui Kempen 3S anjuran Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA.

1

3

2

5

4

9

10

11

15

12

16

19

20

KETERANGAN GAMBAR 1.

5.

Lembaga ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) ketika menghadiri Perhimpunan Serantau ICA- AP Ke-16. Ahli Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP bergambar bersama selepas sesi mesyuarat. Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav dan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah melawat gerai pameran China Supply and Trade Group Co. Ltd. . Pelawat melihat produk keluaran koperasi Malaysia yang dipamerkan dalam Pameran Perdagangan ICA-AP. Delegasi RECM mencuba produk buatan koperasi Malaysia.

10.

Pegawai ANGKASA, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Cik Rikha Sudarto yang mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Belia ICA-AP bertukar-tukar cenderamata dengan delegasi dari Filipina. National Confederation of Cooperatives (NATCCO) turut menyertai Pameran Perdagangan ICA-AP. Delegasi ANGKASA ketika menghadiri Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-16. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Koperasi di Institusi Pendidikan ICA-AP, Dr. Mohd. Azlan Yahya (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, Pengerusi Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh

Delegasi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) dan delegasi Group of Cooperatives of MERCOSUR (RECM) bergambar bersama selepas sesi perbincangan. Wakil koperasi dari Bulgaria bertanya soalan dalam Forum Koperasi Asia pasifik Ke-11. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Kredit dan Perbankan ICA-AP, Dato’ Haji Mohd. Shukree Che Isa (tengah) ketika mesyuarat jawatankuasa tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif (tiga dari kanan) yang mewakili Malaysia dalam Jawatankuasa Wanita ICA-AP.

6.

11.

2. 3.

7.

12. 13.

8.

4.

14.

9.

6

8

7

13

14

17

18

23

21

22

(tiga dari kanan) bergambar di hadapan masjid di Bulacan, Malolos. Turut bersama, Pengarah IV, Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim National Commission on Muslim Filipinos (NCMF), Mr. Rahmatol M.Mamukid (kanan sekali), Pengurus Program Department of Trade and Industry Halal Industry Development , Mr. Aleem Siddiqui Guiapal (kiri sekali) dan Pengurus Yayasan Infaq ANGKASA, Encik Mohd. Safian Abdul Rahman (dua dari kanan). Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbincang dengan Duta Besar Malaysia ke Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Naib Presiden Consumer Co-operatives Worldwide (CCW), Dato’ Haji Kamarudin Ismail bergambar bersama delegasi dari Bulgaria yang diketuai

Presiden CCW, Prof. Petar Stefanov (dua dari kanan). Delegasi Malaysia mengambil peluang bergambar bersama Mr. Ariel Guarco. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan kain pelikat yang merupakan antara barangan yang disumbangkan oleh warga ANGKASA melalui Kempen 3S anjuran Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA kepada penduduk setempat di Filipina. Anggota Lembaga ANGKASA merangkap ahli Jawatankuasa Penyelidikan Koperasi ICA-AP, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan bergambar bersama Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (dua dari kanan), Pengerusi jawatankuasa itu, Dr. Yashavantha Dongre (kiri sekali) dan Naib Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Dr. Sidsel Grimstad (dua dari kiri).

20.

Antara delegasi Malaysia yang menghadiri perhimpunan. Majlis Makan Malam antara delegasi gerakan koperasi Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dengan Tuan Yang Terutama Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino Anthony. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah memberikan cenderamata kepada Penganalisa Perniagaan daripada Organization of Brazilian Cooperative , Mrs. Layanne Alves Vasconcellos. Turut bersama ialah Mr. Balu Iyer (tengah), Mr. Nelson de Andrade Jr. (kiri sekali) yang mewakili Kementerian Pertanian dan Penternakan Brazil dan Dato’ Haji Kamarudin Ismail (kanan sekali). Delegasi Malaysia ketika menghadiri perhimpunan.

17. 18.

21.

22.

15.

19.

16.

23.

KOPERASI 12

NOVEMBER 2023

National Land Finance Co-operative Society Ltd. (NLFCS) Cipta Kecemerlangan Bantu Tingkat Taraf Hidup Komuniti India

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Prestasi dan pencapaian cemerlang National Land Finance Co-operative Society Ltd. (NLFCS) sejak ditubuhkan pada 14 Mei 1960 membuktikan koperasi tersebut telah melakar kegemilangan yang membanggakan, sekali gus berada sebaris dengan koperasi berjaya yang lain di Malaysia. Pada peringkat awal penubuhannya adalah bertujuan untuk mengatasi masalah pemecahan ladang, namun kini NLFCS Berhad telah berkembang pesat sehingga menjadi koperasi dan institusi perladangan yang berjaya dalam gerakan koperasi negara. NLFCS Berhad yang tersenarai sebagai Koperasi Premier Negara Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2023 merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat koperasi, sekali gus meletakkannya untuk berada pada kedudukan lima teratas dalam Profil 100 Koperasi Terbaik selama tiga tahun berturut-turut. Kemampuan NLFCS Berhad menguruskan ladang secara besar-besaran di seluruh negara dengan cekap membuktikan sektor perladangan yang menjadi aktiviti utama koperasi mencapai matlamat dan objektif utama penubuhannya, iaitu meningkatkan taraf sosioekonomi pekerja ladang serta menjaga keutamaan menerusi kebajikan anggota. Ikuti wawancara wakil PELANCAR bersama Pengarah Urusan merangkap Setiausaha NLFCS Berhad, YBhg. Datuk B. Sahadevan berkongsi perkembangan, kisah kejayaan dan harapan beliau mengenai NLFCS dalam gerakan koperasi negara. 1. Boleh YBhg. Datuk terangkan secara ringkas mengenai sejarah penubuhan dan latar belakang NLFCS Berhad? Isu pemecahan ladang-ladang getah yang dimiliki oleh pemilik asing terutama dari negara Eropah menjadi masalah yang membimbangkan dalam kalangan pekerja sektor perladangan pada sekitar tahun 1960-an. Hal ini adalah disebabkan pemilik asing itu menjual tanah secara lot kepada masyarakat tempatan untuk mendapatkan keuntungan sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik yang terdiri daripada kaum India kehilangan pekerjaan dan tempat tinggal seterusnya menjejaskan ekonomi dan mata pencarian mereka. Berikutan masalah tersebut, Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), mendiang Tun Dr. V. T. Sambanthan dan beberapa warga tempatan yang prihatin telah menubuhkan koperasi yang dikenali sebagai National Land Finance Co-operative Society Ltd. (NLFCS) bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dengan menyediakan peluang dan memberi hak milik tanah kepada pekerja. Kewujudan NLFCS Berhad yang diasaskan oleh tokoh terkemuka negara itu akhirnya telah berjaya menguruskan ladang dengan lebih tersusun serta meningkatkan taraf hidup golongan pekerja ladang dan golongan berpendapatan rendah.

Pengarah Urusan merangkap Setiausaha NLFCS Berhad, YBhg. Datuk B. Sahadevan yakin instrumen koperasi dapat membantu meningkatkan taraf hidup anggota dan komuniti setempat.

Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur menjadi mercu tanda kejayaan NLFCS Berhad.

2. Apakah perkembangan terkini NLFCS Berhad, khususnya pencapaian dalam sektor perladangan koperasi? NLFCS Berhad sentiasa berusaha dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi koperasi serta komited mencari peluang mengembangkan perniagaan terutama dalam bidang perniagaan komersil yang berskala besar. Pada awal kewujudannya, NLFCS Berhad berfungsi sebagai koperasi hartanah yang menjalankan aktiviti perladangan. Ladang getah pertama yang dimiliki oleh NLFCS Berhad adalah Ladang Bukit Maju, Kedah iaitu seluas 2,900 ekar.

Mendiang Tun Dr. V. T. Sambanthan.

KOPERASI 13

NOVEMBER 2023

Sebagai pemain industri dalam sektor perladangan, NLFCS Berhad tidak terkecuali untuk bersama-sama menggunakan pendekatan teknologi terkini melalui konsep ‘Pertanian Pintar’ atau Smart Farming yang diyakini mempunyai potensi besar dalam meningkatkan produktiviti di samping mengoptimumkan penggunaan teknologi baharu. Koperasi sedar menerusi konsep tersebut, hasil pertanian akan dapat ditingkatkan dalam pengurusan ladang yang merangkumi internet kebendaan (Internet of Things, IoT) , data raya (big data) kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) , blok rantai (blockchain) serta dron bagi aktiviti pemetaan, taburan benih, semburan racun dan baja. Koperasi berpendapat, penekanan terhadap pemodenan pertanian ini berupaya menyokong dasar kerajaan dalam membantu menangani isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pertanian dan perladangan. Hasil daripada kaedah teknologi pintar ini merangkumi keberkesanan dalam mengurangkan penggunaan tenaga manusia, menjimatkan kos perbelanjaan proses, mengawal pertumbuhan tanaman, meningkatkan hasil pengeluaran dan menawarkan potensi pulangan hasil yang lebih pantas. 4. Akhir sekali, apakah harapan YBhg. Datuk untuk melihat NLFCS Berhad terus berkembang dan cemerlang dalam gerakan koperasi negara pada masa akan datang? Kerjasama dan penyertaan anggota dalam aktiviti koperasi, pengurusan yang profesional serta kepimpinan yang berkaliber menjadi kunci kejayaan NLFCS Berhad untuk terus berdiri teguh dalam memberi sumbangan sosioekonomi kepada gerakan koperasi negara. NLFCS Berhad bertuah kerana mempunyai anggota koperasi yang memberikan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan dan pengurusan koperasi yang sentiasa menjaga kebajikan anggota. Kekuatan modal menjadi tunjang kepada keutuhan sesebuah koperasi. NLFCS Berhad percaya bahawa kedudukan kewangan yang stabil dapat mengembangkan perniagaan koperasi dalam pelbagai bentuk berdasarkan perancangan strategi yang dibangunkan bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian koperasi.

Datuk B. Sahadevan bersama Anugerah Koperasi Premier Negara 2023 yang dimenangi NLFCS Berhad pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 di Kota Kinabalu pada 20 Julai 2023. Turut bersama, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kiri sekali).

Penubuhan

subsidiari

dalam

sektor pelancongan, perubatan dan perkilangan telah menunjukkan prestasi kemajuan pelaburan, yang memberangsangkan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan. Keadaan ini sekali gus menjadikan koperasi dapat bersaing dalam perniagaan dan stabil dalam menguruskan pendapatan koperasi. Jika dahulu, NLFCS Berhad dipimpin oleh mendiang Tun Dr. V. T. Sambanthan hanya dianggotai seramai 50 orang, kini legasi kepimpinan NLFCS Berhad yang diterajui oleh Pengerusinya, iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ K. R. Somasundram memiliki keanggotaan seramai 58,359 orang, syer/yuran

Datuk B. Sahadevan ketika melakukan lawatan kerja ke ladang durian di Ladang Sungei Gumut, Hulu Selangor.

berjumlah RM194,650,700.00 aset bernilai RM950,771,839.00 serta perolehan sebanyak RM66,864,122.00 (Berakhir 30 Jun 2023). 3. Pencapaian membanggakan NLFCS Berhad banyak menyumbang kepada manfaat anggota secara keseluruhannya sehingga ke hari ini. Apakah pendekatan yang digunakan NLFCS Berhad bagi memastikan kemampanan dan kelestarian perniagaan yang dijalankan?

Kini, setelah 63 tahun beroperasi, NLFCS Berhad memiliki sejumlah 13 ladang merangkumi penanaman kelapa sawit, kelapa, kayu jati dan durian di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan keluasan sebanyak 10, 635.84 hektar. Peredaran zaman ternyata membuka peluang kepada koperasi untuk terus mengorak langkah lebih proaktif dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sektor perladangan.

NLFCS Berhad amat menitikberatkan kepentingan anggota kerana mereka yang menggerakkan kemajuan sesebuah koperasi. Setiap anggota menyumbang modal secara saksama dan mengawal modal koperasi secara demokrasiseterusnyamembahagikan lebihan keuntungan kepada pelbagai tujuan untuk manfaat anggota dan koperasi, bertepatan dengan Prinsip Koperasi Ketiga, iaitu Penglibatan Ekonomi oleh Koperasi. Harapan saya semoga NLFCS Berhad dapat terus mencipta kejayaan dalam gerakan koperasi sekali gus menarik minat lebih ramai kaum India untuk menyertai koperasi ini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka demi kemajuan negara.

Ladang kelapa sawit dan kelapa yang terletak di Kuala Perak, Perak.

KOPERASI SEKOLAH 14

NOVEMBER 2023

Bentuk Sahsiah Diri Pelajar dalam Dunia Keusahawanan Koperasi Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad (COOPKOTA)

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama barisan tetamu dan barisan kepimpinan COOPKOTA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Menurutnya, kejayaan COOPKOTA pimpinan Pengetua Cemerlang, Encik Mohd Fauzi Zailan wajar dipuji dan dijadikan contoh kepada koperasi sekolah lain. Encik Mohd Fauzi dalam ucapan aluannya berkata, beliau mula mengambil alih peranan sebagai Pengetua sekolah itu pada 15 Februari 2021 dan melihat potensi besar di sekolah tersebut yang mempunyai bilangan guru seramai 171 orang dengan sejumlah 3,550 orang pelajar serta 16 orang kakitangan sokongan. Koperasi sekolah tersebut telah menjalankan pelbagai aktiviti termasuk jualan runcit, perkhidmatan kredit, pengangkutan dan pelancongan di samping memiliki tiga buah premis, iaitu Kedai CoopMart, Kedai Buku Koperasi dan Cafe Coop. "Selain itu, kejayaan koperasi sekolah sebagai Johan Kategori Lelaki Kejohanan

Koperasi sekolah adalah wadah terbaik dan berkesan membentuk sahsiah diri pelajar dalam mempelajari dunia keusahawanan koperasi. Selain pendedahan kepada dunia keusahawanan koperasi, nilai yang diterapkan dalam koperasi sekolah seperti sifat bekerjasama, amanah, prihatin dan sebagainya sangat penting kepada pelajar dalam memahami bahawa untuk menjadi seorang usahawan berjaya, bukan hanya keuntungan yang harus diberikan perhatian. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, nilai tersebut adalah selaras dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan usahawan cemerlang yang mampu menyumbang kepada pemesatan ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan menjelang Tahun 2030 seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030). “Peranan yang dimainkan oleh koperasi sekolah bukan sahaja menerapkan prinsip dan jati diri koperasi, tetapi adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berpaksikan kepada melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek, kata beliau.” Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad (COOPKOTA)ke-22 dan Penyampaian Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1Juta Koperasi Sekolah di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada 17 November 2023.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan plak dan replika cek berupa baucer pembelian barangan BA100 bernilai RM1,000 dan baucer penginapan di MyANGKASA Akademi Resort (MAAR), Langkawi kepada Pengetua SMK Kota Kemuning, Shah Alam, Encik Mohd Fauzi Zailan. Turut bersama Bendahari ANGKASA Bendahari ANGKASA Negeri Selangor, Datin Faridah A. Bakar.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan.

Tetamu menyaksikan persembahan Gamelan Tradisional Melayu oleh pelajar.

Petanque Peringkat Negeri Selagor 2023 menjadi kebanggaan kepada koperasi sekolah,” jelasnya. Sebagai menghargai sumbangan koperasi, COOPKOTA menerima sijil, trofi, baucer pembelian barangan BA100 bernilai RM1,000 serta pakej percutian kepada 15 orang Anggota Lembaga Koperasi daripada ANGKASA sebagai hadiah Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah.

Mengikut rekod, sehingga November 2023, sebanyak 23 buah koperasi sekolah telah tersenarai dalam Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah dan perolehan terkumpul koperasi sekolah di seluruh negara juga dijangka meningkat kepada RM500 juta pada tahun ini. COOPKOTA telah berjaya mencatatkan perolehan berjumlah RM1,194,045.81. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Bendahari ANGKASA Negeri Selangor, Datin Faridah A. Bakar dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Encik Ahmad Lutfi Mohamed Yazid.

KOPERASI SEKOLAH 15

NOVEMBER 2023

Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah: Bukti Komitmen Padu Guru dan Pelajar Koperasi SMK Saujana Utama Sg. Buloh Berhad (KOOPSUTAMA)

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama barisan tetamu dan barisan kepimpinan KOOPSUTAMA.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama barisan guru KOOPSUTAMA yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra bersama barisan kepimpinan pelajar KOOPSUTAMA.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Pencapaian Koperasi SMK Saujana Utama Sg. Buloh Berhad (KOOPSUTAMA) meraih jumlah perolehan sebanyak RM1.35 juta pada tahun 2022 membuktikan daya usaha cemerlang koperasi dalam memajukan aktiviti berorientasikan perniagaan, sekali gus menjadi contoh kepada koperasi sekolah yang lain. Gandingan kerjasama guru dan anggota menjadi tunjang kekuatan serta kunci kejayaan koperasi berkenaan. Usaha tersebut wajar diberi pujian atas komitmen yang ditunjukkan ke arah melahirkan modal insan koperasi dalam bidang keusahawanan. Sebagai menghargai kejayaan dan pencapaian tersebut, ANGKASA berbesar hati meraikan KOOPSUTAMA dalam satu Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah bertempat di SMK Saujana Utama, Sg. Buloh, Selangor pada 3 November 2023.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berucap merasmikan majlis tersebut menyatakan, penganjuran majlis seumpama itu adalah satu bentuk penghargaan ANGKASA terhadap koperasi sekolah yang menunjukkan kecemerlangan dalam melonjakkan ekonomi koperasi untuk manfaat anggota dan komuniti setempat. Beliau berkata, sehingga Disember 2022, terdapat 2,481 koperasi sekolah yang berdaftar dengan keanggotaan berjumlah 2.006 juta orang, modal saham dan yuran terkumpul sebanyak RM29.92 juta, aset berjumlah RM439.02 juta serta perolehan mencecah RM298.76 juta. "Angka ini membuktikan bahawa koperasi sekolah memainkan peranan besar dalam menjana pendapatan di samping mampu menyeimbangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Sehingga kini, sebanyak 23 buah koperasi sekolah di seluruh negara telah mencapai perolehan berjumlah RM1 juta dan ANGKASA yakin jumlah ini akan dapat ditingkatkan pada masa akan datang," ujarnya. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut menzahirkan rasa bangga terhadap kesungguhan dan minat yang ditunjukkan oleh anggota koperasi sekolah di seluruh negara dalam menjayakan aspirasi koperasi sekolah sehingga berada pada yang membanggakan. Hadir sama dalam majlis tersebut Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Bakat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Khairul Anuar Abdul Azid dan Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Prof. Dr. Haji Mansor Ahmad @ Ayob. Turut hadir ialah Pengetua SMK Saujana Utama, Puan Hajah Noor Hayati Embong, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Saujana Utama, Puan Suzana Aris, Ketua Pegawai Operasi Koperasi SMK Saujana Utama Sg. Buloh Berhad, Encik Saedin Husni dan Pengerusi PIBG SMK Saujana Utama, Encik Azmanizam Baharom.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease