KOPERASI 13
NOVEMBER 2023
Sebagai pemain industri dalam sektor perladangan, NLFCS Berhad tidak terkecuali untuk bersama-sama menggunakan pendekatan teknologi terkini melalui konsep ‘Pertanian Pintar’ atau Smart Farming yang diyakini mempunyai potensi besar dalam meningkatkan produktiviti di samping mengoptimumkan penggunaan teknologi baharu. Koperasi sedar menerusi konsep tersebut, hasil pertanian akan dapat ditingkatkan dalam pengurusan ladang yang merangkumi internet kebendaan (Internet of Things, IoT) , data raya (big data) kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) , blok rantai (blockchain) serta dron bagi aktiviti pemetaan, taburan benih, semburan racun dan baja. Koperasi berpendapat, penekanan terhadap pemodenan pertanian ini berupaya menyokong dasar kerajaan dalam membantu menangani isu kekurangan tenaga kerja tempatan dalam bidang pertanian dan perladangan. Hasil daripada kaedah teknologi pintar ini merangkumi keberkesanan dalam mengurangkan penggunaan tenaga manusia, menjimatkan kos perbelanjaan proses, mengawal pertumbuhan tanaman, meningkatkan hasil pengeluaran dan menawarkan potensi pulangan hasil yang lebih pantas. 4. Akhir sekali, apakah harapan YBhg. Datuk untuk melihat NLFCS Berhad terus berkembang dan cemerlang dalam gerakan koperasi negara pada masa akan datang? Kerjasama dan penyertaan anggota dalam aktiviti koperasi, pengurusan yang profesional serta kepimpinan yang berkaliber menjadi kunci kejayaan NLFCS Berhad untuk terus berdiri teguh dalam memberi sumbangan sosioekonomi kepada gerakan koperasi negara. NLFCS Berhad bertuah kerana mempunyai anggota koperasi yang memberikan kepercayaan tinggi terhadap kepimpinan dan pengurusan koperasi yang sentiasa menjaga kebajikan anggota. Kekuatan modal menjadi tunjang kepada keutuhan sesebuah koperasi. NLFCS Berhad percaya bahawa kedudukan kewangan yang stabil dapat mengembangkan perniagaan koperasi dalam pelbagai bentuk berdasarkan perancangan strategi yang dibangunkan bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian koperasi.
Datuk B. Sahadevan bersama Anugerah Koperasi Premier Negara 2023 yang dimenangi NLFCS Berhad pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 di Kota Kinabalu pada 20 Julai 2023. Turut bersama, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (kiri sekali).
Penubuhan
subsidiari
dalam
sektor pelancongan, perubatan dan perkilangan telah menunjukkan prestasi kemajuan pelaburan, yang memberangsangkan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan. Keadaan ini sekali gus menjadikan koperasi dapat bersaing dalam perniagaan dan stabil dalam menguruskan pendapatan koperasi. Jika dahulu, NLFCS Berhad dipimpin oleh mendiang Tun Dr. V. T. Sambanthan hanya dianggotai seramai 50 orang, kini legasi kepimpinan NLFCS Berhad yang diterajui oleh Pengerusinya, iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ K. R. Somasundram memiliki keanggotaan seramai 58,359 orang, syer/yuran
Datuk B. Sahadevan ketika melakukan lawatan kerja ke ladang durian di Ladang Sungei Gumut, Hulu Selangor.
berjumlah RM194,650,700.00 aset bernilai RM950,771,839.00 serta perolehan sebanyak RM66,864,122.00 (Berakhir 30 Jun 2023). 3. Pencapaian membanggakan NLFCS Berhad banyak menyumbang kepada manfaat anggota secara keseluruhannya sehingga ke hari ini. Apakah pendekatan yang digunakan NLFCS Berhad bagi memastikan kemampanan dan kelestarian perniagaan yang dijalankan?
Kini, setelah 63 tahun beroperasi, NLFCS Berhad memiliki sejumlah 13 ladang merangkumi penanaman kelapa sawit, kelapa, kayu jati dan durian di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan keluasan sebanyak 10, 635.84 hektar. Peredaran zaman ternyata membuka peluang kepada koperasi untuk terus mengorak langkah lebih proaktif dengan menceburi pelbagai bidang perniagaan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sektor perladangan.
NLFCS Berhad amat menitikberatkan kepentingan anggota kerana mereka yang menggerakkan kemajuan sesebuah koperasi. Setiap anggota menyumbang modal secara saksama dan mengawal modal koperasi secara demokrasiseterusnyamembahagikan lebihan keuntungan kepada pelbagai tujuan untuk manfaat anggota dan koperasi, bertepatan dengan Prinsip Koperasi Ketiga, iaitu Penglibatan Ekonomi oleh Koperasi. Harapan saya semoga NLFCS Berhad dapat terus mencipta kejayaan dalam gerakan koperasi sekali gus menarik minat lebih ramai kaum India untuk menyertai koperasi ini bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka demi kemajuan negara.
Ladang kelapa sawit dan kelapa yang terletak di Kuala Perak, Perak.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease