WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

KOPERASI SEKOLAH 14

NOVEMBER 2023

Bentuk Sahsiah Diri Pelajar dalam Dunia Keusahawanan Koperasi Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad (COOPKOTA)

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama barisan tetamu dan barisan kepimpinan COOPKOTA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Menurutnya, kejayaan COOPKOTA pimpinan Pengetua Cemerlang, Encik Mohd Fauzi Zailan wajar dipuji dan dijadikan contoh kepada koperasi sekolah lain. Encik Mohd Fauzi dalam ucapan aluannya berkata, beliau mula mengambil alih peranan sebagai Pengetua sekolah itu pada 15 Februari 2021 dan melihat potensi besar di sekolah tersebut yang mempunyai bilangan guru seramai 171 orang dengan sejumlah 3,550 orang pelajar serta 16 orang kakitangan sokongan. Koperasi sekolah tersebut telah menjalankan pelbagai aktiviti termasuk jualan runcit, perkhidmatan kredit, pengangkutan dan pelancongan di samping memiliki tiga buah premis, iaitu Kedai CoopMart, Kedai Buku Koperasi dan Cafe Coop. "Selain itu, kejayaan koperasi sekolah sebagai Johan Kategori Lelaki Kejohanan

Koperasi sekolah adalah wadah terbaik dan berkesan membentuk sahsiah diri pelajar dalam mempelajari dunia keusahawanan koperasi. Selain pendedahan kepada dunia keusahawanan koperasi, nilai yang diterapkan dalam koperasi sekolah seperti sifat bekerjasama, amanah, prihatin dan sebagainya sangat penting kepada pelajar dalam memahami bahawa untuk menjadi seorang usahawan berjaya, bukan hanya keuntungan yang harus diberikan perhatian. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, nilai tersebut adalah selaras dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan usahawan cemerlang yang mampu menyumbang kepada pemesatan ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia sebagai Negara Keusahawanan menjelang Tahun 2030 seperti yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030). “Peranan yang dimainkan oleh koperasi sekolah bukan sahaja menerapkan prinsip dan jati diri koperasi, tetapi adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berpaksikan kepada melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek, kata beliau.” Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi SMK Kota Kemuning Shah Alam Berhad (COOPKOTA)ke-22 dan Penyampaian Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1Juta Koperasi Sekolah di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor pada 17 November 2023.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan plak dan replika cek berupa baucer pembelian barangan BA100 bernilai RM1,000 dan baucer penginapan di MyANGKASA Akademi Resort (MAAR), Langkawi kepada Pengetua SMK Kota Kemuning, Shah Alam, Encik Mohd Fauzi Zailan. Turut bersama Bendahari ANGKASA Bendahari ANGKASA Negeri Selangor, Datin Faridah A. Bakar.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan.

Tetamu menyaksikan persembahan Gamelan Tradisional Melayu oleh pelajar.

Petanque Peringkat Negeri Selagor 2023 menjadi kebanggaan kepada koperasi sekolah,” jelasnya. Sebagai menghargai sumbangan koperasi, COOPKOTA menerima sijil, trofi, baucer pembelian barangan BA100 bernilai RM1,000 serta pakej percutian kepada 15 orang Anggota Lembaga Koperasi daripada ANGKASA sebagai hadiah Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah.

Mengikut rekod, sehingga November 2023, sebanyak 23 buah koperasi sekolah telah tersenarai dalam Pengiktirafan Perolehan RM1 Juta Koperasi Sekolah dan perolehan terkumpul koperasi sekolah di seluruh negara juga dijangka meningkat kepada RM500 juta pada tahun ini. COOPKOTA telah berjaya mencatatkan perolehan berjumlah RM1,194,045.81. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Bendahari ANGKASA Negeri Selangor, Datin Faridah A. Bakar dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Encik Ahmad Lutfi Mohamed Yazid.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease