WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

ANGKASA 16

NOVEMBER 2023

Sukan Petanque ANGKASA Harumkan Nama Gerakan Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Abdul Fattah bersama barisan kepimpinan ANGKASA melakukan gimik perasmian Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 21 Oktober 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Permainan petanque iaitu sukan rasmi koperasi adalah sukan komuniti yang bukan sahaja menerapkan sifat kerjasama dan bersaing secara sihat, malah mampu mengharumkan nama gerakan koperasi di peringkat nasional dan dunia. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap tahun berjaya mencungkil bakat baharu dan memupuk silaturahim dalam kalangan koperator di samping mempromosikan gaya hidup sihat serta bertepatan dengan Prinsip Keenam Koperasi, iaitu Bekerjasama antara Koperasi. Katanya, kejohanan tersebut bukan sahaja dapat membina semangat perpaduan tanpa mengira batas kaum, agama dan bangsa, malah berupaya melahirkan generasi koperator muda yang berdaya saing dalam mendepani cabaran semasa iaitu seiring dengan kewujudan gerakan koperasi yang bertapak lebih 100 tahun di negara ini. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2023 yang berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 21 Oktober 2023. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 22 hingga 23 Oktober 2023 itu telah menyaksikan pertandingan dalam tiga kategori, iaitu Peringkat Sekolah (Lelaki dan Perempuan) dan Peringkat Dewasa (Lelaki dan Wanita) yang disertai oleh anggota koperasi dari seluruh negara serta Peringkat Khas (Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA dan Pengurusan Kanan ANGKASA) Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dalam ucapan majlis penutupan kejohanan tersebut yang berlangsung di Arena Emas, Skudai, Johor pada 23 Oktober 2023 menyatakan, kejohanan tersebut berupaya melahirkan jaguh sukan petanque di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama koperasi di persada dunia.

Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kanan), Haji Anuar Bulin (dua dari kanan) dan Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (kanan sekali) memenangi Kategori Khas dalam kejohanan. Turut bersama ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor, Haji Fadilah Salim (dua dari kiri) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid (kiri sekali).

Peserta beraksi di gelanggang petanque Arena Emas, Skudai, Johor.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease