WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

KOPERASI 18

NOVEMBER 2023

Rasa Kopi Kampung Jadi Daya Tarikan Kopi ‘Warisan Ibu’ Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad (KOSIBU)

Kopi 'Warisan Ibu' keluaran KOSIBU menjadi pilihan ramai.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

dilakukan

dengan

beberapa

pihak.

Musibah itu tidak mematahkan semangat keusahawanan dalam diri barisan kepimpinan koperasi tersebut, malah mereka menjalinkan usaha sama dengan Kilang Kopi Mohamed Chin & Anak-Anak Sdn. Bhd. yang juga merupakan pengeluar kopi di Kulim. Sehingga kini, kopi yang dikeluarkan oleh KOSIBU adalah hasil daripada kerjasama tersebut. Hajah Che Hasinam juga berkata, KOSIBU menggunakan biji kopi Robusta yang diimport dari Indonesia sebanyak 17 tan sebulan. Biji kopi yang diimport itu boleh menghasilkan sebanyak 24,000 bungkus kopi sehari. Tambah beliau, dengan menyertai program ‘100 Product Champion’ yang diterajui oleh ANGKASA dengan kerjasama SIRIM, produk koperasi itu

Kejayaan Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad (KOSIBU) dalam menghasilkan produk kopi berkualiti tinggi membuktikan dedikasi mereka dalam memenuhi selera pelanggan sejak mula berkecimpung dalam bidang perniagaan tersebut di Kedah sejak 20 tahun lalu. Rasa kopi kampung Malaysia yang unik dan menjadi daya tarikan produk kopi ‘Warisan Ibu’ oleh koperasi tersebut tidak terhenti di sekitar negeri jelapang padi itu sahaja, malah mendapat sambutan baik di seluruh negara dan turut dieksport ke luar negara seperti Brunei dan Singapura. Ketika ditemu bual wakil PELANCAR, Pengerusi KOSIBU, Hajah Che Hasinam @ Hizan Md. Isa mengimbau kembali ke tahun 2007 apabila koperasi itu mula menanam kopi di sebuah ladang berkeluasan 11 hektar di Kampung Bukit, Mukim Derang, Kedah dan mempunyai sebuah mesin memproses biji kopi. Malangnya, dalam

Pengerusi KOSIBU, Hajah Che Hasinam @ Hizan Md. Isa.

tempoh tiga tahun menanam, ladang kopi tersebut termasuk bangunan koperasi

dilanda banjir besar pada tahun 2010 walaupun ketika itu perjanjian pembekalan telah

Pembungkusan kopi dalam bentuk sachet.

Biji kopi disangai sebelum dikisar.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease