3
Terima Anugerah ‘Cooperative Excellence Awards’ , Presiden ANGKASA Banggakan Malaysia di Peringkat Global
Oleh NADIAHKAMARUDIN
Malaysia terus menempa nama di peringkat antarabangsa apabila Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menerima anugerah ‘ICA Asia-Pacific Cooperative Excellence Awards’ bagi kategori ‘ Inspirational Leader’. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav sambil disaksikan oleh 600 delegasi dari 27 negara termasuk 83 delegasi dari Malaysia dalam satu majlis makan malam yang dihoskan oleh Philippine Cooperative Affiliates di Manila, Filipina pada 8 November 2023. Turut hadir ialah Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Majlis itu diadakan bersempena Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-16 dan pelbagai acara berkaitan selama lima hari bermula 4 November 2023. Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, anugerah berkenaan melambangkan usaha kolektif dan gigih seluruh warga koperasi di Malaysia dalam memperkasakan gerakan koperasi di peringkat nasional mahupun global. “Anugerah ini memberi motivasi kepada saya untuk terus memberikan impak positif demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia khususnya warga koperasi dan juga merupakan satu tanggungjawab lebih besar yang mendorong saya untuk menyediakan perkhidmatan terbaik demi gerakan koperasi,” kata beliau. Anak jati Lubuk Kulit, Kuala Lipis, Pahang itu turut mengambil peluang menyatakan penghargaan beliau kepada barisan kepimpinan tertinggi, pengurusan, kakitangan dan seluruh warga ANGKASA serta ahli keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan inspirasi kepada beliau sepanjang 10 tahun memegang jawatan sebagai Presiden ANGKASA. ‘ICA Asia-Pacific Cooperative Excellence Awards’ diberikan kepada individu, koperasi dan kementerian/ jabatan yang telah memberikan sumbangan dan manfaat signifikan kepada pertumbuhan dan pembangunan gerakan koperasi. Dalam majlis yang sama, koperasi dari India iaitu Uralungal Labour Contract Co-operative Society Limited telah menerima anugerah yang sama di bawah kategori ‘Enterprising Cooperative’. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Puan Suzana Alias mewakili Kementerian Kewangan serta 15 Pengerusi ANGKASA Negeri. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Haji Zaharudin Alias, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Dato' Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan barisan pengurusan ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) ketika menerima anugerah ‘ICA Asia-Pacific Cooperative Excellence Awards’ di Manila, Filipina pada 8 November 2023. Turut bersama ialah Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco (kanan) dan Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (kiri).
Delegasi dari Malaysia menyambut kemenangan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. dari Malaysia menyambut kemenangan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.
Dari Meja Presiden
Sebagai contoh, nilai eksport Malaysia ke Brazil pada tahun 2021 adalah berjumlah RM6.95 bilion (USD1.49 bilion) dan produk utama yang dieksport ke negara terbesar di Amerika Selatan itu adalah pakaian karet (rubber apparel) , litar bersepadu dan petroleum ditapis. ANGKASA turut berbangga melihat penubuhan dan pembangunan tiga koperasi kariah masjid di Filipina yang menjadi salah satu kayu ukur untuk menilai kejayaan model tersebut yang telah diperkenalkan bagi memperluaskan peranan gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi ummah bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.
Delegasi ANGKASA ke Manila, Filipina bermula 4 November 2023 untuk menghadiri Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 disifatkan signifikan dan memberi impak besar kepada hubungan dagangan bukan sahaja antara koperasi di Malaysia dengan negara lain di rantau Asia Pasifik, malah dengan koperasi di Amerika Selatan. Pertemuan pertama kali antara delegasi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP dengan delegasi Group of Cooperatives of MERCOSUR (RECM) yang diketuai oleh Mr. Nelson de Andrade Jr. mewakili Kementerian Pertanian dan Penternakan Brazil pada 10 November 2023, mampu meneroka pasaran baharu, mempelbagaikan produk dan menyediakan peluang perniagaan baharu. RECM merupakan kumpulan perbincangan dan penasihat khusus blok ekonomi, tertumpu kepada gerakan koperasi di empat negara iaitu Argentina, Brazil, Paraguay dan Uruguay. Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala yang kukuh dengan keempat- empat negara berkenaan.
Penubuhan tiga koperasi itu juga membuktikan wujudnya pemahaman dan kesedaran yang mendalam dalam kalangan penduduk Islam di republik tersebut mengenai koperasi dan institusi masjid yang apabila digabungkan peranan kedua- duanya, mampu meningkatkan ekonomi ummah setempat dan masyarakat Islam secara umumnya. ANGKASA melalui Yayasan Infaq ANGKASA telah memberikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada tiga koperasi berkenaan untuk membangunkan kedai runcit mereka.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease