WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

4

Perhimpunan ICA-AP Luluskan Penggabungan Jawatankuasa Pertanian, Jawatankuasa Perhutanan

Perhimpunan Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 di Manila, Filipina pada 9 November 2023 dimulakan dengan ucapan oleh Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 di Manila, Filipina pada 9 November 2023 dimulakan dengan ucapan oleh Presidennya, Dr. Chandrapal Singh Yadav.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Perhimpunan Koperasi Antarabangsa – Asia dan Pasifik (ICA-AP) Ke-16 yang telah diadakan di Manila, Filipina pada 9 November 2023 telah meluluskan penggabungan Jawatankuasa Pertanian Serantau Ikatan dan Jawatankuasa Perhutanan menjadi Jawatankuasa Pertanian dan Alam Sekitar. Perhimpunan yang telah dihadiri oleh 600 delegasi dari 27 negara itu telah dipengerusikan oleh Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav. Hadir sama ialah Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr.

Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (kiri) ketika memberikan penerangan mengenai agenda yang Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer (kiri) ketika memberikan penerangan mengenai agenda yang dibentangkan dalam perhimpunan. Turut bersama, Dr. Chandrapal Singh Yadav.

Balu Iyer dan Ketua Pegawai Eksekutif National

Cooperatives (NATCCO) , Ms. Sylvia O. Paraguya. Sebagai salah satu jawatankuasa yang pertama ditubuhkan, Jawatankuasa Pertanian ICA-AP telah menjalankan banyak projek untuk memperkasakan pembangunan koperasi pertanian di rantau tersebut. Walau bagaimanapun,aktivitijawatankuasaberkenaan menurun semasa dan selepas pandemik COVID-19. Jawatankuasa Perhutanan turut menghadapi kesulitan dari segi mendapatkan keahlian yang mencukupi dan mengekalkan momentum dengan penganjuran pelbagai bentuk aktiviti. Kedua- dua jawatankuasa pertanian dan perhutanan memegang peranan yang signifikan di Asia Pasifik kerana sejumlah besar koperasi ahli ICA- AP terlibat dalam kedua-dua sektor itu.

"Mengambil sektor pertanian dan kebimbangan yang meningkat mengenai alam sekitar dan iklim, ahli ICA-AP merasakan bahawa penggabungan kedua-dua jawatankuasa akan membawa kepada jumlah keahlian yang lebih besar dan penyelarasan aktiviti yang lebih baik sekali gus memberikan impak signifikan kepada pembangunan koperasi dan kesejahteraan alam sekitar," kata Mr. Balu. Tambah beliau, penggabungan kedua-dua jawatankuasa menunjukkan komitmen ICA-AP dalam mengatasi isu penting dan kritikal serta menyediakan platform untuk penyertaan ahli yang lebih meluas. kira kepentingan Perhimpunan Serantau ICA-AP Ke-16 telah membentangkan sebanyak 15 agenda termasuk pembentangan laporan tujuh jawatankuasa sektor / tematik ICA-AP.

Confederation of

Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco ketika memberikan ucapan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease