WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

6

Forum Koperasi Asia Pasifik Ke-11: Koperasi – Agenda Kita Bersama

Dari kanan Ketua Pegawai Eksekutif National Confederation of Cooperatives (NATCCO), Ms. Sylvia O. Paraguya, Ahli Parlimen yang mewakili parti COOP NATCCO, Mr. Felimon M. Espares, Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Pengerusi Cooperative Development Authority , Joseph B. Encabo dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer ketika perasmian Forum Koperasi Asia Pasific Ke-11 di Manila, Filipina pada 8 November 2023.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Delegasi Malaysia turut terlibat dalam Forum Koperasi Asia Pasifik Ke-11 yang memfokuskan terhadap peranan yang dimainkan oleh koperasi dalam pembangunan ekonomi serta koperasi sebagai sebuah institusi demokratik dan sebuah perusahaan berorientasikan kepada masyarakat (people-centred enterprises) . Forum yang telah diadakan di Manila, Filipina pada 8 November 2023, bertemakan “Koperasi – Agenda Kita Bersama”, merangkumi satu sesi plenari pembukaan dan tiga sesi perbincangan. Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), Mr. Ariel Guarco, Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav, Naib Presiden ICA-AP merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, Pengerusi Cooperative Development Authority , Joseph B. Encabo dan Ketua Pegawai Eksekutif National Confederation of Cooperatives (NATCCO), Ms. Sylvia O. Paraguya. Terdahulu, ucapan dasar telah disampaikan oleh Ahli Parlimen yang mewakili parti COOP NATCCO, Mr. Felimon M. Espares. Sesi plenari yang membincangkan tajuk “Memacu Identiti Koperasi” itu telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Business Council of Co-operatives and Mutuals (Australia) merangkap Ahli Kumpulan Penasihat Identiti Koperasi ICA, Ms. Melina Morrison. Barisan panel pula menampilkan penceramah, iaitu Mr. Kenki Maeda daripada Japan Cooperative Alliance serta Ms. Bernadette O. Toledo dan Mr. Andrew Allimadi yang masing-masing daripada MASS-SPECC Cooperative Development Center (Filipina) dan United Nations Department of Economic and Social Affairs (UN DESA). Mr. Andrew dalam ucapan beliau berkata, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi yang mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Koperasi Antarabangsa yang kedua. Pertama kali PBB mengambil keputusan untuk meluluskan resolusi seumpama itu adalah pada tahun 2011 ketika pertubuhan tersebut memutuskan untuk menjadikan koperasi sebagai isu global pada tahun 2012. Oleh itu, tahun 2012 diisytiharkan sebagai tahun koperasi untuk kali pertama dalam sejarah PBB. Anggota Lembaga ANGKASA mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias telah mempengerusikan salah satu sesi perbincangan, iaitu “Memastikan Kerelevenan Koperasi: Merangkul Teknologi Yang Mencetuskan Perubahan untuk Pertumbuhan Mampan”. Sesi perbincangan berkenaan melibatkan Naib Canselor daripada Kerala University of Digital Sciences, Innovation and Technology , Dr. Saji Gopinath, Ahli Lembaga ICA (wakil belia), Ms. Ana Aguirre daripada Mondragon Technical Academy (Sepanyol) dan Pengurus Besar (Pembangunan Koperasi) Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited, Mr. Santosh Kumar Shukla. Dualagisesiperbincanganmenumpukanpadatopik"Mendorong Agenda Iklim ke Hadapan: Koperasi Memajukan Kelestarian melalui Kerjasama Rentas Sektor" dan “Memberdayakan Koperasi: Memimpin dengan Mendorong Kepelbagaian dan Keterlibatan.”

Sesi plenari turut menampilkan Mr.Andrew Allimadi daripada United Nations Department of Economic and Social Affairs (UN DESA) sebagai panelis yang terlibat secara dalam talian.

Sesi plenari menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Business Council of Co-operatives and Mutuals (Australia), Ms. Melina Morrison (kiri) sebagai moderator serta Mr. Kenki Maeda (tengah) daripada J apan Cooperative Alliance dan Ms. Bernadette O. Toledo (kanan) daripada MASS-SPECC Cooperative Development Center (Filipina) sebagai panelis.

Anggota Lembaga ANGKASA mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Encik Azizul Alias (kiri) menjadi moderator untuk sesi perbincangan yang menampilkan Ahli Lembaga ICA (wakil belia) Ms. Ana Aguirre (tengah) dan Pengurus Besar (Pembangunan Koperasi) Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited , Mr. Santosh Kumar Shukla (kanan) sebagai panelis.

Delegasi Malaysia turut menghadiri Forum Koperasi Asia Pasifik Ke-11.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease