WADAH PELANCAR EDISI NOVEMBER 2023

9

Yayasan Infaq ANGKASA Sumbang RM100 Ribu Kepada Tiga Koperasi Kariah Masjid di Filipina

Presiden ANGKASA merangkap Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan) dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya (tengah) ketika melihat barangan yang dijual di kedai runcit milik Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative.

Delegasi ANGKASA bergambar di hadapan kedai runcit milik Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh menunjukkan produk keluaran koperasi di Malaysia yang dijual di kedai runcit milik UMLP Amanah Masjid Cooperative.

Delegasi ANGKASA dan bergambar di hadapan kedai runcit milik UMLP Amanah Masjid Cooperative.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

berkata, ANGKASA komited membantu saudara seagama di negara seperti Filipina dan Kemboja di mana mereka merupakan golongan minoriti melalui platform koperasi. Beliau berkata demikian ketika mengetuai kunjungan delegasi ANGKASA ke kedai runcit yang baru beroperasi milik Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative dan UMLP Amanah Masjid Cooperative pada 5 November 2023. "Kami di ANGKASA percaya bahawa dengan penubuhan tiga buah koperasi kariah masjid ini mampu memperluaskan peranan masjid, bukan hanya sebagai tempat ibadah dan mempelajari ilmu agama, tetapi sebagai tempat untuk menyatu dan membangunkan ekonomi komuniti Muslim tempatan," ujarnya. Beliau turut menggalakkan barisan kepimpinan dalam tiga koperasi tersebut untuk berusaha mempelbagaikan lagi perniagaan mereka dan bekerja keras bagi meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam setempat. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Pengerusi Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadot, Pengarah IV, Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim National Commission on Muslim Filipinos (NCMF), Mr. Rahmatol M. Mamukid, Pengurus Program Department of Trade

Yayasan telah memberikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada tiga koperasi kariah masjid di Filipina untuk Infaq ANGKASA membantu menggerakkan perniagaan koperasi tersebut supaya dapat menjana pendapatan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan hidup komuniti setempat khususnya umat Islam di negara itu. Tiga koperasi berkenaan adalah Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative dan UMLP Amanah Masjid Cooperative di Manila serta Pabrica Agri Farm Agriculture Cooperative di Mindanao. Sumbangan tersebut merangkumi modal permulaan dan pengubahsuaian kedai runcit, peralatan kedai seperti peti sejuk beku, pembelian stok barangan dan pelaksanaan sistem akuaponik. Dua daripada koperasi tersebut turut menerima barangan melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) bernilai RM3,600.00. Presiden ANGKASA merangkap Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah

Pengerusi Yayasan Infaq ANGKASA, Sahibus Samahah Dato' (Dr.) Haji Nooh Gadot ketika menyampaikan ucapan.

and Industry Halal Industry Development , Mr. Aleem Siddiqui Guiapal, Ketua Biro Hal Ehwal Ekonomi Muslim NCMF, Mr. Almojin D. Pandapatan, Pengerusi Hagonoy Islamic Centre and Traders Consumers Cooperative, Mr. Omar Manalocon, Pengerusi UMLP Amanah Masjid Cooperative , Mr. Waida Umpar dan Pengerusi Pabrica Agri Farm Agriculture Cooperative , Mr. Mohammad Raizuli L. Domaporo. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Dalam majlis yang sama, ANGKASA turut menyerahkan pelbagai barangan seperti jubah, tudung, telekung, sejadah, kopiah dan kain pelikat yang disumbangkan oleh warga kerja ANGKASA melalui Kempen 3S anjuran Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease