KOPERASI SEKOLAH 12
DISEMBER 2023
Koperasi SMK Seksyen 19 Shah Alam Berhad Tingkat Modal Saham Tingkat Perolehan
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) menyerahkan plak dan replika cek berupa baucer pembelian barangan bernilai RM1,000.00 dan baucar penginapan di MyANGKASA Akademi Resort (MAAR), Langkawi kepada Pengetua SMK Seksyen 19 Shah Alam merangkap Pengerusi Koperasi SMK 19 Shah Alam Berhad, Puan Rohana Jaafar (empat dari kanan). Turut bersama, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah (tiga dari kiri) dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Haji Hashim Anang (lima dari kanan).
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Koperasi SMK Seksyen 19 Shah Alam Berhad telah berjaya mencatatkan perolehan melebihi RM1 juta buat pertama kali hasil daripada pelbagai aktiviti yang diusahakan, antaranya adalah perniagaan kedai buku yang menjual alat tulis, baju sukan, aneka roti, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi. Selain itu, koperasi sekolah
sekolah seperti menambah bilangan kipas dan lampu di bilik darjah, menaik taraf pejabat guru dan memasang penghawa dingin di surau serta kebajikan guru dan murid antaranya adalah sumbangan pakaian dan baucar makanan.
Koperasi sekolah di negara ini disarankan menambah modal saham mereka untuk meningkatkan modal bagi mempelbagaikan lagi aktiviti ekonomi sekali gus melonjakkan perolehan yang dicatat setiap tahun. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan bahawa kekurangan modal adalah faktor utama yang menjadi halangan dalam usaha mengembangkan perniagaan koperasi. “Besar modal, besar turnover (perolehan), besar pulangan kembali kepada anggota,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pengiktirafan RM1 Juta Koperasi Sekolah Tahun 2023 Koperasi SMK Seksyen 19 Shah Alam Berhad di Shah Alam, Selangor pada 13 Disember 2023. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengetua SMK Seksyen 19 merangkap Pengerusi Koperasi SMK Seksyen 19 Shah Alam Berhad, Puan Rohana Jaafar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan, Haji Hashim Anang. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berkata, koperasi sekolah wajar menggunakan kesempatan tidak perlu membayar cukai dan membuat bayaran kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi untuk menaikkan modal saham. “Nak berjaya itu mudah, tetapi nak menguruskan kejayaan koperasi itu yang mencabar. Tapi saya yakin, dengan kebolehan, pengalaman dan kerjasama antara guru dengan murid, koperasi ini mampu untuk mengekalkan kejayaan, malah mampu untuk meningkatkan lagi jumlah perolehan pada tahun akan datang,” tambah beliau.
tersebut turut menjual barangan keperluan asas melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100) yang disertai pada tahun 2022 serta menawarkan kepada tenaga pengajar bayaran secara ansuran untuk pembelian barangan seperti perkakas elektrik dan rumah. Hasil daripada pendapatan yang meningkat dari tahun ke tahun juga membolehkan koperasiberkenaanmemberikan sumbangan kepada infrastruktur
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra bersama murid.
Kedai buku yang diusahakan oleh Koperasi SMK Seksyen 19 Shah Alam Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease