ANGKASA 13
DISEMBER 2023
ANGKASA Negeri Selangor Anjur Kejohanan Sukan Menembak
Penganjur dan peserta bergambar kenangan sebelum aktiviti menembak bermula.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Program Kejohanan Sukan Menembak yang julung kali dianjurkan oleh ANGKASA Negeri Selangor mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 60 peserta telah menyertai aktiviti itu di Lapang Sasar Briged Tengah PGA Cheras, Selangor pada 17 Disember 2023. Peserta yang terlibat mewakili agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Bank Rakyat serta koperasi, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Angkatan Belia Islam Malaysia. Aktiviti yang dianjurkan dengan kerjasama Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad serta Persatuan Rifle dan Penembak Kuala Lumpur (PRPKL) tersebut terbahagi kepada kategori individu lelaki, individu perempuan dan kumpulan. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan beliau mengajak semua pihak untuk terus memanfaatkan acara sebegitu sebagai medium untuk memperluas jaringan kerjasama dan pertukaran idea. “Ini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk bersama-sama memupuk semangat koperasi dan memastikan setiap langkah yang diambil memberi impak positif kepada masyarakat. Sukan menembak ini bukan sekadar acara sukan untuk tujuan riadah, tetapi ini adalah satu platform yang begitu bermakna, menterjemahkan pengertian tentang betapa pentingnya kerjasama dalam kalangan organisasi dan jabatan
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyarungkan pingat kepada peserta yang bertanding di bawah kategori individu lelaki.
Pemenang kategori kumpulan ketika menerima pingat.
yang terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan koperasi di Selangor,” kata beliau. Hadir sama dalam program itu ialah Penaung PRPKL, Brigedier Jeneral Dato' Haji Mislan Anuar, Presiden PRPKL, Kolonel (B) Dato’ Seri Dr. Rashid Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Haji Mohd Yahya Haji Mat Sahri, Ahli Lembaga Pengarah SKM, Dato’ Mohd Syukri Abdul Majid, Pengarah SKM Cawangan Negeri Selangor, Encik Zahir Dahari, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah.
Presiden Persatuan Rifle dan Penembak Kuala Lumpur, Kolonel (B) Dato' Seri Dr. Rashid Ali.
Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease