WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2023

KOPERASI 14

DISEMBER 2023

Kerjasama Strategik MAAB dan KAIMB Perkasa Produk Perancangan dan Pentadbiran Pusaka

Pengerusi Lembaga MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (barisan hadapan enam dari kanan) bersalaman dengan Pengerusi Koperasi Amanah Ikhtiar Berhad (KAIMB), Haji Saad Ishak (lima dari kiri) ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik (MoA) di Kelana Jaya, Selangor pada 12 Disember 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Amanah Ikhtiar merangkap anggota KAIMB serta 350,000 ahli Amanah Ikhtiar yang digelar sahabat Amanah Ikhtiar. "KAIMB juga berbesar hati untuk menambah produk wasiat ini sebagai salah satu tawaran dalam perniagaan koperasi kami, dalam masa sama menjadi sebahagian entiti yang memberi kesedaran tentang dan manfaat khairat wasiat,” jelasnya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi KAIMB, Encik Azrul Nizam Akashah, Pengarah Urusan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus dan Ketua Pegawai Perniagaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Haji Mohd Zulkifli Ismail.

Kerjasama strategik antara MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dengan Koperasi Amanah Ikhtiar Berhad (KAIMB) dijangka dapat memberikan sokongan yang signifikan dalam meningkatkan keberkesanan pemasaran produk perancangan dan pentadbiran pusaka kepada anggota KAIMB secara khusus, sambil memberikan manfaat yang meluas kepada masyarakat umum. Menurut Pengerusi Lembaga MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, kerjasama tersebut juga diharap dapat membantu mengurangkan harta terbeku yang difahamkan pada masa kini telah mencapai RM90 billion. Sebanyak 90 peratus daripada jumlah itu adalah harta umat Islam berbangsa Melayu. "Masih ramai yang belum mempunyai kesedaran untuk meninggalkan wasiat menyebabkan kita kerugian berbilion-bilion wang tidak dituntut yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk membantu ummah. "Setelah hampir 10 tahun beroperasi, MAAB masih giat mencari rakan niaga baik dari sektor korporat mahupun koperasi bagi melestarikan industri perancangan dan pentadbiran pusaka selain memberi manfaat pulangan keuntungan kepada ummah," katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik antara MAAB dengan KAIMB di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 12 Disember 2023. Sementara itu, Pengerusi KAIMB, Haji Saad Ishak dalam ucapannya berkata, Amanah Ikhtiar Malaysia telah 30 tahun berkhidmat membantu golongan berpendapatan rendah khususnya B40 menambah baik ekonomi melalui skim mikro kredit. "Menerusi kerjasama ini, kami berupaya untuk memasarkan produk perancangan dan pentadbiran pusaka kepada 22,000 kakitangan

Datuk Haji Mohamad Ali ketika menyampaikan ucapan.

Tetamu yang hadir mengaminkan doa sebelum majlis bermula.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease