WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2023

ANGKASA 15

DISEMBER 2023

MBSB Jayakan Hari Terbuka Alpinia Residence

Gambaran Pangsapuri Alpinia Residence yang dijangka siap pada suku ketiga 2024.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Hari Terbuka Alpinia Residence yang dianjurkan oleh MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB) di Nilai, Negeri Sembilan pada 16 Disember 2023 mencapai sambutan yang menggalakkan, dengan kira-kira 150 orang anggota koperasi dan penduduk sekitar Lembah Klang dan Nilai turut hadir pada acara tersebut. MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB), sebuah anak syarikat milik penuh ANGKASA, telah dilantik sebagai rakan strategik oleh Putra Nilai Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan menjual unit-unit rumah di Alpinia Residence. Alpinia Residence merupakan pangsapuri 21 tingkat yang dilengkapi dengan 22 kemudahan, termasuk tempat letak kenderaan bertingkat. Terdapat empat jenis reka bentuk yang berbeza, dengan saiz bermula dari 581 kaki persegi hingga 1066 kaki persegi. Ketua Eksekutif MBSB, Dato' Sri. Dr. Haji Kamarul Rashdan Salleh menyifatkan kehadiran ramai tetamu sebagai petanda baik yang menunjukkan minat yang tinggi terhadap program anjuran MBSB.

Pelan bahagian dalam rumah Alpinia Residence.

Tambah beliau, pengunjung yang hadir dapat menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan oleh food truck , sambil turun meninjau kemajuan pembinaan yang telah mencapai hampir 75 peratus. Bahagian yang masih belum siap dijangka akan diselesaikan pada suku ketiga 2024. Turut ditawarkan Pakej Promosi Khas buat anggota koperasi dan kakitangan ketika Hari Terbuka Alpinia Residence untuk menikmati harga yang menarik dan pelbagai kelebihan kepada bakal pembeli. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Siti Mariam Shamsudin di talian +603- 7733 4141 sambungan 22 atau melalui e-mel (siti. myangkasabina@gmail.com).

Pengunjung mendapatkan penerangan dan melihat projek perumahan Alpinia Residence.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease