WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2023

RENCANA 16

DISEMBER 2023

Memperkasakan Koperasi Ke Arah Bebas Rasuah

Oleh DR. MOHD AZLAN YAHYA Timbalan Presiden ANGKASA

kesedaran seterusnya mengekang sebarang perbuatan rasuah dalam apa jua bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan dan tadbir urus koperasi. Setiap pemimpin koperasi juga perlu mematuhi Akta dan Peraturan Koperasi demi mewujudkan persekitaran budaya kerja positif dan kondusif,” menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Menurut Dr. Mohd. Azlan pula, punca atau masalah rasuah dalam organisasi dan individu disebabkan oleh masalah pengurusan integriti. Sesebuah organisasi dikatakan berada pada tahap pengurusan integriti yang baik apabila secara berterusan mengadaptasikan amalan tadbir urus terbaik dalam operasi dan pengurusannya. Apa jua perancangan, tindakan dan keputusan yang diambil hendaklah berasaskan kepada nilai-nilai murni serta kepentingan organisasi dan bukan kepentingan diri. Perancangan dan tindakan mestilah betul dari segi moral, etika dan undang-undang. Beliau turut mengkategorikan pengurusan integriti kepada dua tahap iaitu organisasi dan individu. Sesebuah organisasi yang melaksanakan pengurusan integriti dengan baik tidak bermakna tidak berlaku rasuah. Hal ini kerana yang menguruskan organisasi adalah manusia yang mempunyai pelbagai karakter. Dalam pengurusan integriti pada tahap individu perlu ada latihan berterusan, prinsip moral, nilai-nilai murni ditanam dalam jiwa mereka supaya dapat diselaraskan kepentingan

mata pada 2022 yang menggambarkan rasuah di negara ini berada pada tahap membimbangkan. Bagi membasmi rasuah dan membawa negara ke tangga 25 seperti disasarkan kerajaan, sektor koperasi juga tidak terkecuali dan memainkan peranan penting untuk mencapai aspirasi kerajaan. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menegaskan, “ANGKASA akan terus menganjur sebanyak mungkin program untuk meningkatkan amalan integriti dan memupuk kesedaran mengenai bahaya rasuah dengan sasaran setiap anggota koperasi yang berjumlah lebih 7 juta orang mendapat manfaat dan memastikan integriti menjadi amalan pengurusan koperasi di negara ini.” Beliau berkata demikian dalam webinar “Memperkasakan Koperasi Ke Arah Bebas Rasuah” anjuran ANGKASA – UMK Research Academy (AURA) pada 21 November 2023. Webinar tersebut menampilkan dua panelis jemputan, iaitu Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Penolong Kanan Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tuan Samsul Salip dan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad selaku moderator. “ANGKASA akan terus mempromosikan nilai ketelusan, amanah dan tadbir urus yang merupakan intipati integriti untuk kelestarian gerakan koperasi di negara ini. Pendekatan ini dapat meningkatkan

Oleh SAFINAH SAUPI

Pengurus Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan / AURA Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Memperkasa pengurusan integriti koperasi terutamanya dalam membanteras rasuah menjadi antara agenda utama ANGKASA. Usaha tersebut selaras dengan dasar dan matlamat digariskan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahu membanteras rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang semakin membimbangkan. Perkara ini disuarakan dalam ucapannya pada 27 Julai 2023 sempena pelancaran 'Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat' yang menggariskan tujuh penanda aras sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai dalam tempoh 10 tahun. Penanda aras keenam meletakkan sasaran untuk mencapai kedudukan negara di tangga 25 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI). Malaysia berada di kedudukan ke-61 dalam CPI daripada keseluruhan 180 negara pada tahun 2022 berbanding tangga ke-62 pada tahun 2021. Skor CPI Malaysia merosot satu mata daripada 48 mata pada 2021 kepada 47

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease