RENCANA 17
DISEMBER 2023
integriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengeluarkan Garis Panduan Tadbir Urus Koperasi (GP 27) berkuat kuasa pada Mei 2015 yang mengandungi 15 prinsip berkenaan dengan peranan anggota, lembaga, pengurusan dan JAD. Tuan Samsul menjelaskan terdapat empat jenis rasuah iaitu, memberi dan menerima wang, salah guna kuasa, penyelewengan dan tuntutan palsu. ALK dan pegawai yang terlibat boleh disiasat di bawah Akta SPRM. Sekiranya koperasi menubuhkan subsidiari, syarikat itu juga tertakluk di bawah seksyen 17A, Akta SPRM. Menerusi perkongsian pengalamannya, Tuan Samsul menjelaskan empat perkara menyebabkan berlakunya rasuah iaitu, keperluan, tamak, peluang dan pendedahan. Beliau turut menyatakan kegiatan rasuah dalam kalangan belia amat membimbangkan berdasarkan statistik tangkapan belia di bawah umur 40 tahun yang menjangkau 47.1 peratus daripada jumlah keseluruhan tangkapan SPRM bagi tempoh 5 tahun (2019 – September 2023). Ini menunjukkan trend yang tidak baik kepada pembangunan negara dan perlu ditangani segera. Pelbagai program pendidikan dan kesedaran tentang integriti dan antirasuah perlu dilaksanakan secara serius dan meluas bermula dari rumah, sekolah dan institut pengajian tinggi. Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai kes rasuah yang berlaku di sektor koperasi dengan peningkatan ketara dari tahun ke tahun. Berdasarkan aduan yang diterima dan tindakan yang telah diambil, kes rasuah di koperasi adalah berkaitan dengan salah guna kuasa ALK, memberi dan menerima wang serta membuat tuntutan palsu. Sehingga Oktober 2023, sebanyak 65 aduan telah diterima, 25 kertas siasatan dibuka dan 23 tangkapan telah dibuat oleh SPRM. Sebagai rumusan webinar, kerajaan serta jabatan dan agensi telah melaksanakan beberapa dasar dan tindakan dalam usaha meningkatkan pengurusan integriti terutamanya dalam sektor koperasi seperti berikut: 1. Pelancaran Pelan Anti Rasuah Nasional pada tahun 2019 di mana setiap organisasi perlu mewujudkan pelan pencegahan rasuah masing-masing; 2. Penubuhan Institut Integriti Malaysia pada 2004 khusus untuk memberi pendidikan dan latihan serta kesedaran kepada organisasi dan masyarakat Malaysia tentang integriti; 3. Memperkenalkan MS 37001: Sistem Pengurusan Anti Rasuah pada tahun 2017; 4. Beberapa strategik memperkasakan tadbir urus digariskan dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM); 5. SKM melancarkan Dasar Koperasi Negara 2030 (DaKoM) yang menggariskan beberapa strategi untuk memantapkan tadbir urus koperasi dan 6. Kajian semula Akta Koperasi 1993 dengan memberi penekanan terhadap pengurusan integriti; Kerjasama antara ANGKASA dengan SPRM akan diteruskan untuk membudayakan integriti dalam masyarakat seterusnya memperkasa sektor koperasi ke arah bebas rasuah. IKRAR BEBAS RASUAH (LAFAZ IKRAR / FORUM INTEGRITI / BENGKEL)
diri dan organisasi agar tidak timbul konflik. Oleh itu, ilmu dan kompeten serta integriti perlu disemai secara berterusan terhadap individu dalam organisasi. Seterusnya beliau menyatakan pengurusan integriti penting merupakan elemen penting untuk membantu koperasi mencapai hala tuju organisasi, menyelaras proses kerja dan akauntabiliti, membantu membuat keputusan yang baik, menentukan peranan dan tanggungjawab serta dapat mengurangkan risiko. Apabila pengurusan integriti koperasi berjalan dengan baik, imej dan penerimaan masyarakat juga akan baik seterusnya menjadi penentu prestasi dan kejayaan koperasi. Punca utama yang menyumbang kepada isu integriti dan berlakunya rasuah adalah disebabkan oleh masalah asas manusia sendiri yang mempunyai keinginan tidak terbatas. Apabila mereka memiliki ruang dan peluang serta kuasa, biasanya manusia akan cuba memenuhi sifat tamak dan penting diri. Bagi seorang pemimpin, kegagalan mengimbangi antara kuasa dan peluang dengan sifat tamak dan penting diri menyebabkan pemimpin tersebut gagal melunaskan tanggungjawab dan amanah dengan penuh integriti. Menurut beliau lagi, dalam struktur koperasi, terdapat empat komponen utama yang penting bagi pengurusan integriti iaitu Anggota,
Anggota Lembaga Koperasi (ALK), Pengurusan dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD). Mesyuarat Agung merupakan punca kuasa tertinggi dalam koperasi dan anggota mempunyai kuasa untuk memilih anggota lembaga, meluluskan belanjawan serta perancangan koperasi. Anggota perlu melunaskan tanggungjawab mereka dengan memilih anggota yang kompeten dan bersih, meluluskan belanjawan selaras dengan perancangan koperasi dan menilai perancangan koperasi. ALK pula perlu menentukan hala tuju koperasi dengan jelas dan membangunkan dasar dan polisi serta peraturan bagi mencapai arah tuju tersebut. Pengurusan pula perlu melaksanakan dengan baik semua dasar dan polisi yang telah ditetapkan dengan melaporkan secara berkala kepada ALK bagi tujuan pemantauan dan penilaian. JAD berperanan memastikan kawalan dalaman koperasi berjalan dengan baik dan pengurusan melaksanakan polisi dan peraturan ditetapkan sebaik mungkin serta melaporkan dan mencadangkan penambahbaikan berterusan kepada ALK. Sekiranya koperasi mempunyai keempat komponen tersebut, pengurusan integriti koperasi berada pada tahap yang baik. Bagi memastikan komponen itu bergerak dengan berkesan dan penuh
PROGRAM ANTIRASUAH DAN INTEGRITI KOPERASI ANJURAN ANGKASA
WEBINAR (2021)
BIL
TARIKH
PROGRAM
KEHADIRAN
1.
30 Jun 2021
Bicara Integriti Siri 1 –Membina Kepimpinan Berintegriti Dalam Koperasi”. Bicara Integriti Siri 2 - Kesalahan Rasuah oleh Organisasi Komersial (Liabiliti Korporat), Seksyen 17A, Akta SPRM 2019
260 ahli koperasi
2.
28 Ogos 2021
328 ahli koperasi
BIL
TARIKH
SASARAN
KEHADIRAN
1.
9 Dis 2017
Sarawak
93
WEBINAR (2022)
2.
6 Mac 2018
Perak
299
3.
12 Mac 2018
Negeri Sembilan
139
BIL
TARIKH
PROGRAM
KEHADIRAN
4.
14 Mac 2018
Selangor
95
1.
13 April 22
Bicara Integriti Negeri Selangor Bicara Integriti Negeri Sembilan Bicara Integriti Negeri Perak Bicara Integriti Negeri Kedah / Perlis Bicara Integriti Negeri Negeri Johor Bicara Integriti Negeri Kelantan / Terengganu Bicara Integriti Negeri Sabah / Sarawak Bicara Integriti Negeri Pahang Zon 1,2, 3 Bicara Integriti Negeri Pulau Pinang, Melaka & Wilayah
177
5.
16 Mac 2018
Sabah
130
2.
20 Julai 22
70
6.
19 Mac 2018
Kelantan
153
3.
27 Julai 22
50
7.
22 Mac 2018
Pulau Pinang
114
4.
24 Ogos 22
54
8.
26 Mac 2018
Pahang Zon 3
113
5
30 Ogos 22
24
9.
17 April 2018
Melaka
106
6
8 Sept 22
113
10.
23 Okt 2018
Terengganu
320
7
22 Sept 22
93
11.
17 Okt 2019
Pahang Zon 2
50
8.
12 Okt 22
32
12.
17 Okt 2019
Pahang Zon 1
50
9.
17 Nov 22
52
Sumber: Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease