3 ANGKASA
DISEMBER 2023
BA100 antara 226 Reruai Meriahkan Jualan Mega MADANI
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan berupa barangan asas melalui BA100 kepada pengunjung. Turut bersama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd. Shukree Haji Che Isa (dua dari kiri).
Barangan asas seperti minyak, beras, gula, garam, tepung dan pelbagai lagi dijual pada harga berpatutan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) melihat pelbagai barangan yang dijual di reruai BA100. Turut bersama ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Encik Azizul Alias.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Projek Barangan Asas 100 (BA100) oleh ANGKASA adalah antara 226 reruai jualan yang terlibat dalam Jualan Mega MADANI yang berlangsung bersempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor bermula 8 hingga 10 Disember 2023. Selain aktiviti jualan, antara tarikan lain sepanjang program tersebut adalah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat dan sesi libat urus pelbagai kementerian bersama rakyat. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah berjaya menarik lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung.
Pengunjung melawat reruai BA100.
Dari Meja Presiden
Sebagai contoh, koperasi yang terlibat dalam industri hartanah boleh menumpu kepada pembangunan semula projek terbengkalai yang kini menjadi isu besar kepada negara. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sehingga September 2023, terdapat sebanyak 68 projek mengalami kelewatan untuk disiapkan, 476 projek berhadapan dengan pelbagai masalah serta 111 projek telah disahkan terbengkalai dan kesemua projek tersebut dengan Nilai Pembangunan Kasar (Gross Development Value, GDV) berjumlah RM79.03 bilion. Justeru, langkah dan penglibatan proaktif sektor koperasi diharap dapat membantu kerajaan menangani cabaran tersebut seterusnya boleh membina kepercayaan rakyat bagi membuktikan gerakan koperasi dalam sektor hartanah berdaya maju dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
Koperasi yang terlibat dalam sektor hartanah mempunyai tanggungjawab besar dalam menyumbang kepada landskap pembangunan ekonomi negara. Menyedari industri hartanah merupakan antara salah satu sektor utama dalam pembangunan sesebuah negara, koperasi yang menerajui bidang hartanah berperanan penting dalam melaksanakan pelbagai projek menerusi penyediaan perkhidmatan berkualiti termasuk projek infrastruktur, perumahan, kemudahan awam, bahan binaan dan perkhidmatan kontraktor. Sebagai entiti yang mengamalkan prinsip koperasi, faktor kepekaan terhadap isu kos pemilikan hartanah menjadi keutamaan khususnya dalam membantu mengurangkan kos pembangunan melalui pemilihan bahan binaan, pengurusan projek yang cekap dan penggunaan teknologi yang tinggi. Amalan ini ternyata mampu memberi manfaat kepada kerajaan dalam menjaga keseimbangan dasar fiskal, seterusnya memastikan akses kepada perumahan dan kemudahan asas kepada rakyat.
Dalam hal ini, koperasi hartanah sewajarnya membuktikan keprihatinan yang tidak hanya memfokuskan keuntungan semata- mata, sebaliknya turut mengimbangi kepentingan rakyat dengan meningkatkan produktiviti, menggalakkan perkongsian idea berstrategik serta mengoptimumkan pendekatan baharu yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease