ANGKASA 4
DISEMBER 2023
Melestarikan Ekosistem Agromakanan Negara: ANGKASA Tingkat Kolaborasi dengan KPKM
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu (tengah) bergambar bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan barisan kepimpinan ANGKASA.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
pemasaran hasil pertanian dan perladangan. Sehingga kini, sebanyak 172 buah koperasi terlibat secara khusus dalam aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan pembekalan input pertanian/ternakan dan beliau yakin gerakan koperasi memiliki peranan signifikan bagi membantu kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Menerusi pertemuan tersebut, ANGKASA turut mengambil peluang membincangkan hala tuju pembangunan projek ekosistem ternakan ayam dengan kerjasama koperasi serta rakan strategik bagi memastikan bekalan dan harga ayam stabil dalam pasaran. Selain itu, beberapa projek pembangunan agromakanan negara yang digerakkan ANGKASA turut dibincangkan, antaranya adalah Projek Pembangunan Lembu Tenusu,
Projek Tanaman Fertigasi, Projek Tanaman Melon, Projek Kebun Komuniti dan Pertanian Bandar, Projek Pembangunan & Latihan Pertanian Pintar serta Projek Tanaman Cendawan Secara Berkelompok.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengalu-alukan kolaborasi dan sinergi kerjasama dengan ANGKASA khususnya dalam meningkatkan pembangunan agromakanan negara menerusi penglibatan gerakan koperasi negara. Kolaborasi tersebut diharap mampu melestarikan ekosistem industri agromakanan negara dengan meningkatkan prestasi rangkaian dalam semua aktiviti pertanian termasuk melibatkan usaha berkaitan pengeluaran, pemprosesan, dan pengedaran khususnya melibatkan gerakan koperasi. Kesudian bekerjasama itu dinyatakan oleh Menteri KPKM, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu kepada Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika barisan kepimpinan ANGKASA mengadakan kunjung hormat di pejabat beliau di Putrajaya pada 15 Disember 2023. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Kamaruddin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik. Selain itu, turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Ahmad Marzuki Ismail, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim, Pengurus Kanan Bahagian Peneraju, Kumpulan Pembangunan Koperasi, Encik Muhammad Zuhid Jamaluddin dan Pengurus Seksyen Pertanian dan Perladangan, Encik Mohd Rais Ismail. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA komited dalam usaha memperkasakan koperasi yang menjalankan aktiviti pertanian dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan
Projek Inkubator Meliponini bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Projek Integrasi Tanaman Kelapa,
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengetuai kepimpinan ANGKASA ketika kunjung hormat menemui YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu di Putrajaya pada 15 Disember 2023.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease