ANGKASA 5
DISEMBER 2023
ANGKASA Serah Zakat Perniagaan Berjumlah RM63,941.61
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
ANGKASA telah menunaikan tanggungjawab yang diwajibkan dalam Islam dengan menyerahkan zakat perniagaan bagi tempoh kewangan berakhir 2022 berjumlah RM63,941.61 kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 19 Disember 2023. Penyerahanzakatperniagaanyangmerupakan rukun Islam keempat itu telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Menurut beliau, jumlah tersebut adalah sebahagian daripada agihan keseluruhan zakat ANGKASA bagi sepanjang tahun 2022 yang berjumlah RM2,866,053.98, iaitu peningkatan sebanyak RM265,016 daripada tahun 2021. Selain ANGKASA, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali turut menerima serahan zakat perniagaan daripada 14 agensi dan syarikat korporat lain berjumlah RM6,098,493.83. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Mewakili Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Rahmat Mariman, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Haji Ibrahim Haji Fazil dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab. Rahim Md. Tawel. "Selain agihan zakat yang disalurkan kepada Pusat Zakat, dalam masa sama kami (ANGKASA) turut membantu golongan asnaf termasuk membantu anggota koperasi atau anak anggota koperasi yang ingin melanjutkan pengajian ke
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek bernilai RM63,941.61 kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd. Ali Mohd Rustam dalam Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Agensi Korporat bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka pada 19 Disember 2023.
peringkat lebih tinggi,” kata Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Tambah beliau, ANGKASA juga telah dilantik sebagai wakil amil zakat Perniagaan Koperasi yang bertindak membuat taksiran dan kutipan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri bagi seluruh Malaysia. Bayaran zakat perniagaan boleh dilakukan dengan mudah
dan pantas melalui perkhidmatan percuma oleh Pegawai Zakat ANGKASA yang membantu koperasi membuat taksiran zakat perniagaan. Sebagai rekod, pada tahun 2022, sebanyak 655 buah koperasi telah menunaikan zakat mereka melalui ANGKASA.
MAIK Terima Zakat Perniagaan RM130,493.07 Koperasi Negeri Kelantan
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
ANGKASA Negeri Kelantan berbesar hati menyerahkan zakat perniagaan koperasi negeri berkenaan bernilai RM130,493.07 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat 2023 bertempat di Dewan Mesyuarat Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja, MAIK, Kompleks Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan pada 19 Disember 2023. Penyerahan zakat tersebut telah disampaikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa kepada Yang Dipertua MAIK, Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz. Turut hadir pada majlis penyerahan berkenaan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Haji Mohd Zin Halim dan Setiausaha, Tuan Mohd Fairul Tuan Ismail serta Pengurus Seksyen Pematuhan Syariah, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Encik Azahari Ahmad.
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa menyerahkan zakat perniagaan koperasi negeri Kelantan bernilai RM130,493.07 kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease