WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2023

KOPERASI 6

DISEMBER 2023

Kelebihan Koperasi dalam Pembangunan Ekonomi Negara

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam (sepuluh dari kanan) bergambar bersama barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (lapan dari kanan). Turut bersama ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Encik Shahrizan Rosli (tujuh dari kiri) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah (sembilan dari kanan).

YB Tuan Veerapan berucap dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Sembilan.

YB Tuan Veerapan berbicara bersama Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

"Dalam pembangunan ekonomi, model koperasi mempunyai tempat atau niche yang tersendiri. Memang terdapat banyak aktiviti (perniagaan) di mana konsep koperasi mempunyai kelebihan tersendiri. Tambahan pula, koperasi sangat sesuai dalam membantu dan melibatkan para petani, pekebun kecil dan pengusaha pelbagai industri." Demikian antara isi utama ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam ketika merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Sembilan di Seremban, Negeri Sembilan pada 11 Disember 2023.

Sebahagian tetamu yang hadir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease