WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2023

KOPERASI 7

DISEMBER 2023

YB Tuan Veerapan menyerahkan replika cek berjumlah RM1,500.00 dan sijil kepada Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Seremban Berhad yang telah memenangi Anugerah Koperasi Terbaik (Kredit).

Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan merangkap Wakil Sektor Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif menyerahkan replika cek berjumlah RM5,000.00 untuk disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Negeri Sembilan kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah sambil disaksikan YB Tuan Veerapan.

Tetamu utama yang hadir dalam majlis itu ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Encik Shahrizan Rosli dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah. "Sudah sampai masanya gerakan koperasi di negeri ini membuat transformasi menyeluruh antaranya pertama, meningkatkan kecekapan pengurusan dengan membangunkan kaedah penggunaan yang lebih baik dengan proses latihan yang berterusan. Kedua, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penggunaan teknologi moden. Ketiga, meningkatkan keupayaan fizikal koperasi untuk mampu memasarkan produk. Keempat, kolaborasi antara koperasi dengan agensi kerajaan dan swasta serta dengan pusat-pusat pendidikan," jelas beliau. YB Tuan Veerapan juga berkata, kejayaan koperasi bergantung pada penghayatan falsafah perniagaan mereka iaitu kejujuran, inovasi, memenuhi kehendak pengguna, mengutamakan kepuasan pelanggan dan dedikasi kepada masyarakat setempat dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan bertimbang rasa. Dalam majlis yang sama, sebanyak tiga anugerah telah diberikan kepada koperasi dan individu iaitu Anugerah Koperasi Terbaik Berdasarkan Fungsi, Anugerah Koperasi Terbaik Kategori Khas (Sekolah dan Komuniti) dan Anugerah Koperator Harapan. Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan hasil sumbangan gerakan koperasi Negeri Sembilan berjumlah RM5,000.00 oleh ANGKASA Negeri Sembilan yang diwakili oleh Timbalan Pengerusinya merangkap Wakil Sektor Wanita ANGKASA, Hajah Noorizan Abd. Latif kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia. Turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Mohd. Che Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Ab. Rahim Md. Tawel, barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan dan Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

ANUGERAH KOPERASI TERBAIK BERDASARKAN FUNGSI 1. Anugerah Koperasi Terbaik (Kredit) Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Seremban Berhad Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Encik Mohd Nazri Rosli dari Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Jempol Berhad ketika menerima Anugerah Koperator Harapan Kategori Dewasa.

2.

Anugerah Koperasi Terbaik (Peruncitan dan Pemborongan) Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Lakai Negeri Sembilan Berhad Anugerah Koperasi Terbaik (Pertanian dan Industri Asas Tani) Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Jempol Berhad Anugerah Koperasi Terbaik (Pengangkutan) Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Kawasan Kerangai Penagoh Negeri Sembilan Berhad

3.

4.

5.

Anugerah Koperasi Terbaik (Perladangan) Koperasi Astana Raja Berhad

ANUGERAH KOPERASI TERBAIK KATEGORI KHAS

ANUGERAH KOPERATOR HARAPAN

1.

Anugerah Koperasi Terbaik Kategori Khas (Sekolah) Koperasi MRSM Gemencheh Berhad Anugerah Koperasi Terbaik Kategori Khas (Komuniti) Koperasi Kariah Masjid Eusoff Teh Pedas Berhad

1.

Anugerah Koperator Harapan Kategori Sekolah Encik Ahmad Razif Isnin Koperasi MRSM Kuala Klawang Berhad Anugerah Koperator Harapan Kategori Dewasa Encik Mohd Nazri Rosli Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Jempol Berhad

2.

2.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease