KOPERASI 8
DISEMBER 2023
Aktiviti Hartanah KPFMB Bantu Rakyat Selangor Miliki Rumah
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa & Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi, Perpaduan Nasional, Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Negeri Selangor, YB Datuk Haji Rizam Haji Ismail (empat dari kanan) meletakkan tangan pada tablet sebagai simbolik kepada perasmian Makan Malam Sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) Kali Ke-41 di Kuala Lumpur pada 13 Disember 2023.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik inisiatif Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) yang bakal membangunkan Projek Perumahan Selangor Madani di Sungai Tua, Selayang dengan keluasan sekitar lapan (8) ekar menerusi pembinaan
empat (4) blok pangsapuri 29 tingkat berjumlah 928 unit. Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 kelak akan menyaksikan pertambahan penduduk di
YB Datuk Haji Rizam ketika menyampaikan ucapan.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersalaman dengan perwakilan yang hadir.
kawasan tersebut sehingga melebihi 3,000 orang serta berkeupayaan membuka peluang kepada golongan B40 memiliki rumah yang kondusif pada harga mampu milik. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi, Perpaduan Nasional, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi Negeri Selangor, YB Datuk Haji Rizam Haji Ismail menyatakan, usaha tersebut membuktikan keprihatinan KPFMB dalam mengimbangi kepentingan rakyat seterusnya menggalakkan aktiviti pembangunan hartanah di lokasi berpotensi di negeri itu. Katanya, kerajaan negeri turut menggalakkan koperasi atau agensi serta pihak swasta yang berminat berkolaborasi bagi menjalankan aktiviti pembangunan hartanah untuk manfaat anggota dan rakyat secara keseluruhannya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mewakili Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari pada Makan Malam Sempena Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) Kali Ke-41 bertempat di Kuala Lumpur pada 13 Disember 2023. Seramai 400 perwakilan hadir dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Encik Amran Abd. Kadir, Pengarah SKM cawangan Wilayah Persekutuan, Haji Efendee O.P Andu dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Penasihat KPFMB, Dato' Idris Lasim, Pengerusi KPFMB, Dato' Haji Sabari Misran dan Pengerusi Malaysian College for Security and Investigation Studies, Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harun. KPFMB diasaskan pada 29 Julai 1979 oleh Pengurusan FELCRA Berhad di Lekir, Setiawan, Perak dan telah didaftarkan pada 18 Oktober 1980 mengikut Akta Koperasi 1993.
Berakhir Jun 2023, KPFMB memiliki keanggotaan sebanyak 154 buah Koperasi Rancangan FELCRA Berhad di seluruh negara dengan jumlah anggota melebihi 50,000 orang pemegang saham. Turut membanggakan sehingga kini, jumlah modal syer terkumpul adalah sebanyak RM11.8 juta serta memiliki aset sebanyak 15 buah bangunan kedai/ pejabat, ladang kelapa sawit dan hartanah di seluruh negara. Pengiktirafan KPFMB tersenarai di tempat kedua dalam Penarafan 100 Koperasi Terbaik Malaysia dua (2) tahun berturut-turut merupakan pencapaian membanggakan, sekali gus membuktikan koperasi itu berada pada posisi lebih tinggi berbanding koperasi lain. KPFMB menjalankan pelbagai aktiviti termasuk pemasaran Buah Tandan Segar (BTS), pertanian, pembekalan bahan termasuk baja, racun kimia dan input pertanian lain serta aktiviti tapak semaian kelapa sawit dan ladang sawit.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease