WADAH PELANCAR EDISI DISEMBER 2023

ANGKASA 9

DISEMBER 2023

Budaya Kerja Berintegriti Tingkat Keyakinan Anggota Terhadap Keupayaan Perkhidmatan Koperasi

Dr. Mohd Azlan Yahya ketika mengendalikan pembentangan bertajuk 'Pembudayaan Integriti Membentuk Insani' yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (barisan hadapan tujuh dari kanan) serta barisan kepimpinan ANGKASA bergambar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (barisan hadapan tujuh dari kiri) dan peserta Seminar Antirasuah Koperasi 2023 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 10 Disember 2023.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Tadbir urus koperasi yang baik serta budaya kerja berintegriti dan berkualiti dapat meningkatkan keyakinan anggota terhadap keupayaan koperasi dalam melaksanakan amanah dan mandat yang diberikan oleh anggota. Perubahan persekitaran kerja koperasi yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran turut menuntut kepada pemantapan nilai integriti serta akauntabiliti yang tinggi dalam diri anggota. Sebagai badan apeks koperasi negara, ANGKASA sejak tahun 2017 sentiasa bekerjasama secara berterusan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi inisiatif Ikrar Bebas Rasuah bagi mengukuhkan komitmen ke arah sifar rasuah ANGKASA dan gerakan koperasi seterusnya mewujudkan perkhidmatan yang cekap dan telus. Demikian antara inti pati ucapan perasmian yang disampaikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA dalam Seminar Antirasuah Koperasi 2023 bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9 Disember 2023. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd. Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, Tuan Ridzuan Abd. Malik. Seminar yang berlangsung pada 9 hingga 10 Disember 2023 tersebut diadakan adalah bertepatan dengan sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2023 yang disambut pada 9 Disember 2023 bertemakan 'Menyatukan Dunia Menentang Rasuah'. Seramai 200 pemimpin koperasi seluruh negara menyertai seminar yang diadakan secara hibrid itu yang bermatlamat meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman dan keyakinan anggota koperasi mengenai usaha pembudayaan antirasuah dan tadbir urus koperasi di samping menerapkan nilai integriti dalam pengurusan koperasi. Usaha tersebut adalah selaras dengan teras perkhidmatan koperasi ke arah nilai tambah yang

Sesi Forum bertajuk 'Ke Arah Kecemerlangan Integriti dan Tadbir Urus Koperasi' yang dikendalikan moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kiri) menampilkan Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) SKM, Encik Azam Sulaiman (kanan) dan Pengerusi KOSPERA, Dato' Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil.

boleh menyumbang kepada perkhidmatan koperasi berprestasi tinggi dan berinovasi. Sesi forum dan tiga sesi pembentangan menjadi pengisian sepanjang seminar berlangsung. Pembentangan pertama bertajuk 'Pemerkasaan Budaya Antirasuah' telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Tuan Ridzuan Abd. Malik yang dikendalikan moderator, iaitu Dato' Haji Che Mohd. Shukree. Pembentangan kedua bertajuk 'Integriti Dibela, Rasuah Dicela, Maruah Dibela' pula disampaikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Tuan Samsul Salip yang dikendalikan moderator, iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail. Sementara itu, pembentangan ketiga pula mengenengahkan tajuk 'Pembudayaan Integriti Membentuk Insani' yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay telah dikendalikan oleh moderator iaitu Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya. Forum 'Ke Arah Kecemerlangan Integriti dan Tadbir Urus Koperasi' yang dikendalikan moderator iaitu Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menampilkan Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar dan Pembangunan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Azam Sulaiman dan Pengerusi Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Berhad (KOSPERA), Dato' Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil. Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik mewakili Presiden ANGKASA ketika merasmikan Seminar Antirasuah Koperasi 2023.

Pembentangan bertajuk 'Integriti Dibela, Rasuah Dicela, Maruah Dibela' disampaikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Tuan Samsul Salip yang dikendalikan moderator iaitu, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa bertindak sebagai moderator ketika sesi pembentangan bertajuk 'Pemerkasaan Budaya Antirasuah' yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Negeri Selangor, Tuan Ridzuan Abd. Malik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease