WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

OKTOBER 2023 JILID: WP05 /10

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Insentif Program Tanam Semula Sawit: ANGKASA Mohon Kerajaan Beri Keutamaan kepada Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) menyerahkan Setem Edisi Terhad Jubli Emas ANGKASA 1971-2021 sebagai tanda cenderahati kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof (empat dari kiri).

Oleh RAHMAT MOHD DID

Perkara tersebut telah disuarakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof dalam satu sesi kunjungan hormat delegasi ANGKASA di Putrajaya pada 18 Oktober 2023. Menurut Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, operasi penanaman semula sawit memerlukan kos yang tinggi dan perlu ditanggung sendiri oleh pengusaha sawit.

“Dianggarkan kos tanam semula adalah sekitar RM8,500.00 sehektar. Bagi pemain kecil industri termasuklah sektor koperasi, jumlah ini jelas memberikan implikasi kewangan yang besar. Terdapat 51 buah koperasi berkaitan sawit bawah ANGKASA di seluruh negara dengan keluasan tanaman 55,718.25 hektar yang meliputi pelbagai peringkat usia,” katanya.

ANGKASA memohon pertimbangan kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk memberi keutamaan dalam menyalurkan Insentif Program Tanam Semula Sawit kepada gerakan koperasi selaras dengan pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2 KOPERASI

OKTOBER 2023

DARI MUKA 1 Tambah beliau, bancian yang telah dilakukan oleh Seksyen Pertanian dan Perladangan ANGKASA menunjukkan jumlah keluasan kebun sawit yang berusia 25 tahun dalam kalangan koperasi anggota ANGKASA adalah sebanyak 4,927.31 hektar yang terdiri daripada 35 buah koperasi. Justeru, beliau mencadangkan agar pihak kerajaan dapat memberikan Insentif Tanam Semula Sawit (SITS) yang pernah diperkenalkan pada tahun 2009 bagi menggantikan sistem pinjaman sedia ada yang dikenali sebagai Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula. “ANGKASA juga memohon diberikan kepercayaan untuk menguruskan geran insentif tanam semula sawit khusus bagi koperasi bawah ANGKASA. Langkah ini berupaya memastikan produktiviti hasil penanaman sawit berada pada tahap optimum melalui profil usia tanaman yang kekal produktif serta memacu lonjakan hasil komoditi negara melalui peningkatan hasil sawit dalam kalangan pemain kecil industri seperti pekebun kecil dan sektor koperasi yang merupakan 26.2 peratus daripada keseluruhan jumlah tanaman sawit negara,” jelasnya. “Perkara ini juga mampu mengurangkan beban kos operasi bagi kerja penanaman semula yang perlu ditanggung oleh koperasi selain meningkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar terutama dalam kalangan anggota koperasi,” tambah beliau. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah membentangkan kertas cadangan Insentif Program Tanam Semula Sawit kepada YAB Dato' Sri Haji Fadillah.

KELUASAN KAWASAN TANAMAN KELAPA SAWIT MENGIKUT KATEGORI (2022)

Pekebun kecil dan koperasi 1,483,975 Ha (26.2%)

Swasta dan kerajaan/ estet agensi negeri 4,190,766 Ha (73.8%)

JUMLAH KELUASAN KESELURUHAN TANAMAN SAWIT DI MALAYSIA (2022) 5,674,742 Ha

Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

BILANGAN KOPERASI

JUMLAH LUAS TANAMAN KELAPA SAWIT YANG BERUMUR 25 TAHUN KE ATAS (HEKTAR)

35 buah koperasi

4,927.31 Hektar

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya

• Halim Haji Ibrahim Pegawai Media Sosial (Menanggung Tugas Pengurus) • Nadiah Kamarudin Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Selangor Darul Ehsan. Seksyen PELANCAR

Muat Turun Aplikasi

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

3 KOPERASI

OKTOBER 2023

ANGKASA Mohon Kerajaan Iktiraf ACO dan OICCU

Menteri Luar Negeri, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir (lima dari kanan) dan delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) memegang plakad Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia yang dilancarkan oleh ANGKASA.

dunia dengan rujukan model gerakan koperasi di Malaysia,” ujarnya. Katanya, KLN akan memperhalusi perkara tersebut dan akan mengatur langkah sebaiknya untuk memastikan idea tersebut dapat direalisasikan. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2023. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, sehingga bulan Oktober 2023 ANGKASA masih lagi menunggu maklum balas daripada pejabat Sekretariat ASEAN di Jakarta berhubung kelulusan pendaftaran ACO. “Pihak Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia telah mengambil maklum mengenai proses pendaftaran ACO sebagai rakan sekutu ASEAN, manakala ACO turut mengambil maklum bahawa badan apeks koperasi di negara anggota ASEAN lain perlu bersama-sama mengemukakan per- mohonan berkenaan pendaftaran ACO di pejabat Sekretariat Kebangsaan ASEAN di negara masing-masing. Terdapat lebih 300,000 buah koperasi dengan keanggotaan kira- kira 65 juta orang di seluruh ASEAN

yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pemerkasaan ekonomi rantau ini,” katanya. Tambahnya, ANGKASA juga telah diberikan mandat bagi penubuhan OICCU yang telah diusulkan semasa Program Rundingan Meja Bulat ANGKASA 2018 dan telah dimajukan ke Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Timur Tengah dan Afrika Utara 2019 seterusnya diterima sebagai salah satu usul utama. "Penubuhan kesatuan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi negara Islam melalui galakan perdagangan dan perniagaan, memperkenalkan sistem dunia Islam sebagai kaukus perdagangan dan pelaburan yang menguntungkan serta mampu menarik pelabur asing dan rakan kongsi perniagaan dari seluruh dunia. Selain itu, OICCU juga berperanan dalam mengukuhkan rangkaian dan memupuk pakatan strategik melalui pertukaran idea, maklumat dan penge- tahuan serta menggalakkan dialog dan memupuk kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan ke arah keamanan dan kemakmuran antara dunia Islam dengan bukan Islam,” jelasnya.

Dalam majlis sama, ANGKASA turut berkesempatan menyampaikan Sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Syria Gerakan Koperasi Malaysia berjumlah RM65,971.50 kepada Dato' Seri Diraja Dr. Zambry serta melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan KLN, Puan Sharon Ho Swee Peng dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan KLN, Puan Rosnita Hamzah. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Samsudin, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Kerajaan menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) menyokong dan sedia membantu ASEAN Co-operative Organization (ACO) untuk didaftarkan sebagai rakan sekutu ASEAN serta memenuhi visi ANGKASA dalam usaha menubuhkan Kesatuan Koperasi Bagi Negara di Bawah Pertubuhan Kerajaan Islam (OICCU). Menurut Menteri KLN, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, kedua-dua idea dan hasrat tersebut adalah bertepatan dengan fungsi ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia sekali gus membuktikan ANGKASA mampu mengorak langkah ke hadapan di peringkat global. “Langkah ini bukan sahaja dapat membantu kerajaan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), malah secara tidak langsung membantu sosioekonomi koperasi tempatan untuk memasarkan produk mereka ke luar negara. Di samping itu, penubuhan OICCU juga dilihat mampu memperkasa lagi ekonomi umat Islam di seluruh

Dari Meja Presiden

berterusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap prinsip koperasi serta fungsi dan manfaatnya. ANGKASA turut menyambut baik RM100 juta dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan (TPM- SKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023. Peruntukan tersebut membuktikan kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan lebih 15,000 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.3 juta individu.

Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) adalah sebuah dokumen yang menggariskan hala tuju strategik gerakan koperasi sebagai antara penyumbang utama dan efektif kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat. Sebagai sebuah naskhah panduan yang perlu diamati dan diteliti oleh seluruh warga koperasi, DaKoM 2030 merupakan kesinambungan daripada Dasar Koperasi Negara 2011-2020 yang mencakupi tiga objektif utama, empat teras dasar dan 20 strategi pemangkin. Melalui DaKoM 2030, sektor koperasi bukan sahaja terus diiktiraf sebagai pemangkin utama pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, malah salah satu objektif utama ialah “Model Perniagaan Pilihan” yang terkandung di dalamnya mengangkat kedudukan koperasi sebagai model perniagaan pilihan selain milikan tunggal, perkongsian atau Sdn. Bhd. Pengenalan objektif tersebut yang juga bertepatan dengan tema Pelan Strategik ANGKASA 2050 (Pelan Jangka Sederhana 2021-2030) iaitu “Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan” menunjukkan usaha

Justeru, harapan ANGKASA adalah kerajaan memberikan juga keutamaan kepada gerakan koperasi dalam menyalurkan dana atau insentif yang ditawarkan melalui mana-mana kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya sebagai contoh Insentif Program Tanam Semula Sawit. Langkah itu berpotensi untuk meningkatkan pendapatan koperasi dan melonjakkan pencapaian gerakan yang akan memanfaatkan anggota koperasi dan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

KOPERASI 4

OKTOBER 2023

DaKoM 2030: Pemangkin Kemajuan Gerakan Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (dua dari kiri) menunjukkan buku Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030). Turut bersama, Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami (kiri sekali) , Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad (dua dari kanan) dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar (kanan sekali).

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick secara rasmi pada 12 Oktober 2023 telah menyempurnakan Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) yang bakal memetakan hala tuju gerakan koperasi sehingga tahun 2030. Empat teras dasar dan 20 strategi yang digariskan dalam DaKoM 2030 adalah pemangkin terhadap sasaran perolehan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025 dan RM73 bilion pada tahun 2030, sekali gus bertindak sebagai hala tuju strategik kepada pembangunan koperasi pada masa hadapan. Menurut YB Datuk Ewon, kerangka DaKoM 2030 tersebut menetapkan usaha meningkatkan prestasi ekonomi dan kesejahteraan sosial anggota dengan visi menjadikan sektor koperasi sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.

YB Datuk Ewon menyerahkan anugerah, sijil dan replika cek berjumlah RM10,000.00 bagi Anugerah 10 Koperasi Terbaik 2023 kepada Koperasi Wawasan Malaysia Berhad yang diwakili Anggota Lembaga Koperasinya merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa(tiga dari kanan).

KOPERASI 5

OKTOBER 2023

Majlis Dialog 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2023 Bersama YB Datuk Ewon yang dikendalikan moderator, Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM, Encik Rozdeen Jaafar (kiri sekali).

"Tiga objektif utama DaKoM 2030 adalah menjadikan sektor koperasi sebagai penyumbang signifikan pertumbuhan ekonomi Malaysia, membentuk koperasi yang berkemampuan, kukuh dan diterima rakyat Malaysia serta meletakkan koperasi sebagai model perniagaan pilihan dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara," ujarnya. Majlis Peluncuran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Bangi, YB Tuan Syahredzan Johan, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan YDH Dato' Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Dato' Rosli Othman. Seramai 500 tetamu hadir memeriahkan majlis yang turut menyaksikan penyampaian anugerah, sijil dan replika cek kepada 10 Koperasi Terbaik Malaysia 2023 atas sumbangan dan pencapaian cemerlang yang

dilakar mereka dalam gerakan koperasi negara. Koperasi menerima hadiah berupa sijil, plak dan wang tunai berjumlah RM15,000.00 bagi tempat pertama hingga ketiga dan RM10,000.00 untuk tempat keempat hingga ke-10. Program kemudiannya diterus- kan dengan penganjuran Majlis Dialog 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2023 Bersama YB Datuk Ewon. Sesi dialog yang dikendalikan oleh moderator, Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat SKM, Encik Rozdeen Jaafar itu menjadi platform interaksi berkesan serta membuka peluang kepada wakil koperasi untuk menyuarakan hasrat di samping berkongsi ilmu, idea dan pengalaman mengenai kemajuan pembangunan gerakan. Kepimpinan ANGKASA yang hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP), Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Anggota Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad dan Dr. Ainuddin Bahari.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) beramah mesra bersama koperator yang hadir.

Sebahagian 500 tetamu yang memeriahkan Majlis Peluncuran DaKoM 2030 bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor.

10 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2023 BIL.

1. Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad 2. Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad 3. Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad 4. Koperasi Kakitangan Petronas Berhad 5. Koperasi Wawasan Malaysia Berhad 6. Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad 7. Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad 8. Koperasi Tenaga Nasional Berhad 9. Koperasi Ladang Berhad 10. Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad

KOPERASI 6

OKTOBER 2023

MPKK 2023 Fokus Tambah Baik Tadbir Urus, Tingkat Kerjasama Negeri–Pusat

Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK ) Tahun 2023 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Tahun 2023 memberi fokus untuk menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara, menambah baik tadbir urus dan mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, MPKK 2023 juga membincangkan pelbagai perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi agar terus kekal relevan sebagai wadah pembangunan sosioekonomi negara. “KUSKOP telah melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasa gerakan koperasi melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA, sebagai contoh pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030) yang menggariskan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan koperasi dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi digital,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucaptama MPKK 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2023. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Pengerusi Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Ahli Majlis MPKK yang terdiri daripada 35 orang wakil mewakili 14 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio koperasi, sembilan wakil gerakan koperasi, tiga orang wakil akademik dan dua wakil industri. Kepimpinan ANGKASA yang hadir termasuklah Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah) mempengerusikan MPKK Tahun 2023. Turut bersama, Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami (kiri) dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad (kanan).

Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon menyerahkan watikah lantikan Ahli Majlis MPKK kepada Setiausaha Kehormat Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Encik Ahmad Naqiuddin Mohamad.

KOPERASI 7

OKTOBER 2023

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) turut hadir ke MPKK 2023. Turut bersama Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor (tiga dari kanan) dan Pengerusi Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad, Dato' Haji Md Aini Haji Taib (kanan sekali).

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh turut hadir ke MPKK 2023.

Tambah Datuk Ewon Benedick, KUSKOP turut telah meminda Akta SKM (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut telah diwartakan pada 23 Ogos 2023 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2023. “Tujuan utama pindaan tersebut dibuat adalah untuk menambahbaik struktur tadbir urus SKM sebagai agensi pembangunan dan kawal selia koperasi,” menurut beliau. Menurutnya juga mengalu-alukan kerjasama dan sokongan kerajaan negeri dalam memberikan insentif kepada gerakan koperasi.

“Kerajaan telah memperuntukkan insentif berbentuk geran dan bantuan berjumlah RM3.3 juta kepada 299 koperasi, kerajaan negeri Sarawak berjumlah RM3 juta kepada 12 koperasi, kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM1.2 juta kepada 101 koperasi, kerajaan negeri Terengganu berjumlah RM66,000.00 kepada 10 koperasi dan kerajaan negeri Perak telah menyediakan peruntukan berjumlah RM33,000.00 kepada 11 koperasi. negeri Johor

Justeru, saya berharap negeri-negeri ini terus konsisten memberikan insentif kepada koperasi yang memerlukan dan negeri-negeri lain juga dapat mengikut jejak langkah yang sama,” ujarnya lagi. Katanya, MPKK akan menjadi satu platform di mana ahli majlis boleh memberikan input kepada kerajaan melalui kementerian tentang bagaimana mahu memperkasakan lagi gerakan koperasi.

ANGKASA 8

OKTOBER 2023 Keusahawanan Koperasi Komuniti India Terus Diperkasa

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Senator Puan Saraswathy (duduk tengah) bergambar bersama peserta Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Komuniti India Tahun 2023 Bersama YB Timbalan Menteri KUSKOP terdiri daripada koperator dan usahawan komuniti India. Turut bersama ialah Setiausaha Bahagian Pemerkasaan dan Pemantauan Keusahawanan KUSKOP, Encik Saifuzzaman Abdul Manan (duduk kiri) dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Peniaga dan Penjaja Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias (duduk kanan).

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

bagi menjana pendapatan secara kolektif kerana entiti utama dalam keusahawanan adalah koperasi. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Komuniti India Tahun 2023 Bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 30 September 2023. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Bahagian Pemerkasaan dan Pemantauan Keusahawanan KUSKOP, Encik Saifuzzaman Abdul Manan, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Peniaga dan Penjaja Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias, Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi & Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Hamidah Mohd Jos dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah mewakili Presiden ANGKASA. YB Senator Puan Saraswathy berkata, beliau berbangga dengan pencapaian gerakan koperasi negara yang telah berjaya menjana perolehan perniagaan berjumlah RM45.5 bilion pada tahun 2022 dengan keanggotaan mencecah seramai 7.3 juta orang serta pengumpulan modal syer dan yuran sebanyak RM16.5 bilion.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu koperasi komuniti India terus diperkasakan bagi merancakkan ekonomi gerakan koperasi negara seterusnya menghasilkan impak pertumbuhan ekonomi rakyat yang stabil. Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami berkata, dengan jumlah 312 buah koperasi komuniti India dengan keanggotaan seramai 228,429 dan perolehan berjumlah RM292,126,458.00 sehingga Jun 2023, koperasi komuniti tersebut berpotensi untuk diperkasa. Modal syer terkumpul dan nilai aset pula masing-masing direkodkan berjumlah RM509 juta dan RM1.5 bilion. Menurutnya, usaha pemerkasaan koperasi komuniti itu boleh diperluas menerusi penubuhan koperasi dalam kalangan usahawan

YB Senator Puan Saraswathy bersama barisan agensi terdiri daripada wakil SKM, IKMa, TEKUN Nasional, Uda Holdings Berhad, INSKEN, SME Corp., PERNAS, AIM, Bank Rakyat dan SME Bank ketika sesi dialog.

Seorang peserta memberikan pandangan.

"Kerajaan melihat gerakan koperasi yang berjumlah 15,315 buah wajar digembleng dengan lebih giat, manakala ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) berjumlah 1.173 juta usahawan PMKS berupaya menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat.

Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami.

ANGKASA 9

OKTOBER 2023

Sebahagian peserta yang menghadiri Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Komuniti India Tahun 2023 Bersama YB Timbalan Menteri KUSKOP di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.

Peserta mengunjungi gerai pameran ANGKASA untuk mendapatkan maklumat berkaitan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Dalam konteks ini, koperasi dan usahawan PMKS adalah pemegang taruh (stakeholder) KUSKOP yang menjadi tunjang kepada perancangan dan gerak kerja kementerian. Justeru, usaha bimbingan dan pengembangan ilmu perniagaan serta bantuan pembangunan menerusi dana dan pembiayaan akan terus dipergiat bagi memastikan kedua-dua entiti ini maju dan menjana pendapatan lebih tinggi," ujarnya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penganjuran Sesi Dialog YB Timbalan Menteri bersama usahawan dan koperasi komuniti India bagi mendapatkan pandangan, input

serta maklum balas dan hasrat golongan berkenaan dalam membantu KUSKOP menyusun serta merangka program keusahawanan bagi menepati kehendak dan keperluan penerima manfaat KUSKOP. Seramai 350 peserta hadir dalam sesi dialog yang julung kali diadakan itu yang melibatkan pemimpin persatuan usahawan serta pemimpin koperasi komuniti India dari seluruh negara. Sesi dialog tersebut turut disertai oleh pelbagai agensi berkaitan seperti SKM, IKMa, TEKUN Nasional, Uda Holdings Berhad, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),

SME Corp., Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat dan SME Bank. Terdahulu pada sebelah pagi, seramai 170 peserta terdiri daripada pemimpin koperasi komuniti India dari seluruh negara telah menjayakan Seminar Koperasi Komuniti India 2023. Mereka berpeluang menerima pendedahan mengenai kefahaman terhadap tadbir urus koperasi serta peluang dan tatacara memohon dana pembiayaan perniagaan koperasi yang disampaikan oleh panel daripada SKM, IKMa dan ANGKASA.

ANGKASA 10

OKTOBER 2023 RM25 Juta Diperlukan daripada Kerajaan untuk Perkasa Sistem Point of Sale (POS) CoopMart

Oleh RAHMAT MOHD DID

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick yakin gerakan koperasi berpotensi besar untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dalam negara serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat. Menurut beliau, sempena pelancaran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) yang dijadualkan berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2023. Beliau telah menggariskan beberapa dasar yang perlu bagi memantapkan lagi gerakan koperasi selari dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030). “Kerajaan sedar kesukaran yang dihadapi koperasi di Malaysia kerana terpaksa bersaing dengan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain tanpa dana yang mencukupi. Ini sedang kami perbaiki dan akan dibentangkan dalam DaKoM 2030 nanti," katanya. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2023. Pertemuan tersebut turut disertai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP), Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Ketua Pegawai Kewangan (Bahagian Kewangan dan Perolehan) ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim dan Penasihat Undang- Undang ANGKASA, Dato’ Mohamad Shariff Haji Abu Samah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dan delegasi ANGKASA diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar selepas kunjung hormat.

Pelbagai isu berkenaan gerakan koperasi dibincangkan antara YB Datuk Ewon dengan delegasi ANGKASA.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah mencadangkan pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan KUSKOP bagi melestarikan gerakan koperasi seperti pemansuhan cukai berganda koperasi, pemerkasaan CoopMart, penubuhan koperasi asnaf, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), lesen bank digital kepada ANGKASA dan banyak lagi.

Terdapat 3,000 buah koperasi yang telah mendaftar untuk melaksanakan BA100, namun mempunyai kekangan untuk membina sistem POS yang menelan belanja sehingga RM12,000.00 termasuk infrastruktur. ANGKASA sendiri turut membantu dengan menyediakan modal pusingan sebanyak RM10,000.00 setiap satu CoopMart untuk memulakan perniagaan. Perkara tersebut penting untuk kemajuan koperasi kerana sistem POS mempunyai sistem simpanan awan ( cloud saves ) yang mampu menyimpan data pelanggan dan boleh mewakili kerajaan jika dasar subsidi bersasar diperkenalkan untuk mengenal pasti pelanggan yang layak menerima bantuan dan sebagainya,” katanya. Tambah beliau, jika perkara tersebut dapat dijayakan di peringkat nasional, koperasi mikro dan sederhana bakal mendapat impak terbesar sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat termiskin.

“Fokus kita sekarang adalah untuk mendapatkan dana RM25 juta daripada kerajaan bagi memperkasakan sistem Point of Sale (POS) di semua

CoopMart yang melanggan Projek Barang Asas 100 (BA100).

YB Datuk Ewon yakin gerakan koperasi di Malaysia mampu membawa perubahan dan menyelesaikan masalah kemiskinan dan membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat.

ANGKASA 11

OKTOBER 2023 Menteri Besar Pahang Rasmi Kedai Outlet BA100 Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyempurnakan perasmian kedai outlet BA100 milik Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad bertempat di Pelangai, Pahang pada 4 Oktober 2023. Kedai yang mula beroperasi pada 28 September 2023 itu menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, bihun, gula, kicap, sos, makanan dalam tin dan pelbagai lagi dengan tawaran harga yang berpatutan. Pengerusi koperasi berkenaan, Encik Mohd Sofi Soid berkata, dengan beroperasinya kedai tersebut, bakal memberi peluang kepada komuniti setempat yang terdiri daripada 200 buah rumah di penempatan itu untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dengan mudah. Ketika ditemui wakil media PELANCAR, beliau menyatakan rasa berbesar hati dengan kehadiran YAB Menteri Besar kerana sudi merasmikan kedai dan merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada Presiden ANGKASA, Dato' Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang sentiasa memberi sokongan dalam merealisasikan pelaksanaan perniagaan tersebut. Menurutnya, kedudukan strategik premis berkenaan yang terletak di pekan Agropolitan, Felda Chemomoi itu bakal menjadi tumpuan komuniti setempat, sekali gus membantu mereka yang kebanyakannya berpendapatan di bawah RM1,000.00 sebulan menikmati harga barang berpatutan tanpa perlu keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan. Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad yang ditubuhkan pada 11 Mac 2023 dianggotai seramai 35 orang dan kini giat menjalankan aktiviti peruncitan

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama anggota koperasi di hadapan kedai oulet BA100 Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad.

dalam usaha meningkatkan perolehan koperasi. Hadir sama dalam majlis perasmian berkenaan ialah Dato' Seri Dr. Abdul Fattah, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Pahang, Encik Ibrahim Husain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang III (Barat), Dato' Syed Ali Syed Mohammad. Terdahulu, YB Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut merasmikan Program Bual Bicara Keusahawanan Tunjang Masa Depan Koperasi, Pemangkin Ekonomi Negara ANGKASA Negeri Pahang III (Barat) bertempat di Dewan Agropolitan Chemomoi, Pelangai. Seramai 200 orang terdiri daripada komuniti setempat hadir mengikuti program bual bicara tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Kerajaan Negeri Pahang akan terus menyokong usaha pembangunan gerakan koperasi di negeri berkenaan bagi memastikan kemajuan dan pencapaian gerakan terus diperhebat. Katanya, perkembangan dan kejayaan koperasi di negeri Pahang telah membuktikan sektor tersebut telah

memainkan peranan penting dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat. Justeru, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa memberi perhatian dan sokongan padu dalam membantu koperasi negeri serta bertindak peka dengan masalah yang dihadapi. Turut hadir dalam program tersebut ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohamad Fakharuddin Mohd Ariff dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Pengerusi Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad, Encik Mohd Sofi Soid memberi penerangan mengenai produk beras yang dijual di kedai outlet BA100 kepada YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melihat produk makanan dalam tin yang terdapat di kedai outlet BA 100.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra bersama anggota koperasi.

ANGKASA 12

OKTOBER 2023

MAAB, Bank Islam Jalin Kerjasama Perluas Perkhidmatan Penulisan Wasiat

Sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengarah Urusan merangkap Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), Encik Darulnizam Mat Darus (empat dari kiri) dengan Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Puan Zaharah Abdul Muttalib (dua dari kanan). Turut bersama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah), Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam, Encik Mirzan Masram (tiga dari kanan) dan Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kiri).

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Perjanjian seumpamanya adalah yang kesembilan melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang ada di Malaysia. Sebelum itu, MAAB turut berkerjasama dengan lebih 20 rakan niaga korporat, antaranya institusi kewangan seperti Bank Muamalat, Agro Bank dan Co-opbank Pertama, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELCRA Berhad, Tekun Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd dan Pos Malaysia serta koperasi anggota ANGKASA untuk memasarkan produk MAAB di seluruh negara. Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam, Encik Mirzan Masram dalam ucapannya berkata, usaha tersebut adalah sejajar dengan visi syarikat itu dalam bersaing menggunakan kerangka perkhidmatan yang terbuka selain memastikan kakitangan jualan Bank Islam dapat

memasarkan pelbagai produk bersesuaian dengan keperluan pelanggan. Jelasnya, MAAB dengan reputasinya yang cemerlang adalah rakan kolaborasi yang tepat untuk kerjasama tersebut, selain membuka pintu kepada era baharu yang memungkinkan Bank Islam melangkah lebih jauh. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga Timbalan Pengerusi MAAB dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Puan Zaharah Abdul Muttalib dan Pengarah Urusan Merangkap Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.

MyANGKASA (MAAB) menyasarkan 20 peratus daripada 4.7 juta pemegang akaun Bank Islam Malaysia Amanah Berhad Berhad (Bank Islam) akan menyertai program perkhidmatan pengurusan pewarisan harta pusaka yang ditawarkannya sehingga hujung tahun 2023. Sasaran berkenaan adalah susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang termeterai antara anak syarikat ANGKASA itu dengan institusi kewangan tersebut dalam satu majlis di Kelana Jaya, Selangor pada 5 Oktober 2023. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kerjasama berkenaan adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan dan pentadbiran wasiat dalam kalangan orang awam khususnya pelanggan bank. "Kami menyasarkan

seramai yang boleh dan berharap pada tahun 2024, lebih 50 peratus daripada jumlah pemegang akaun akan turut serta," ujarnya. Tambah beliau, Bank Islam akan menjadi rakan niaga dan memberi hak kepada MAAB untuk pembekalan dan pengurusan wasiat kepada pelanggan bank tersebut merangkumi perancangan sehingga kepada pentadbiran harta pusaka.

Tetamu kehormat merakamkam gambar kenangan dengan sebahagian mereka yang hadir.

ANGKASA 13

OKTOBER 2023

ANGKASA, HASiL Meterai MoU Tingkat Kesedaran Pematuhan Cukai dalam Kalangan Koperasi

Oleh NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan koperasi di Malaysia untuk mendaftar sebagai pembayar cukai serta meningkatkan pemahaman mengenai pengurusan cukai yang lebih efisien dan pematuhan sistem percukaian. Pemeteraian MoU tersebut yang telah berlangsung di Kelana Jaya, Selangor pada 29 September 2023 merupakan kesinambungan daripada kejayaan MoU antara kedua-dua belah pihak yang ditandatangani pada tahun 2018. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, ANGKASA komited meneruskan kerjasama dengan HASiL untuk memastikan gerakan koperasi dapat menyumbang kepada kemajuan negara melalui pembayaran cukai. Tambahbeliau,ANGKASAakanterusmenyeru gerakan koperasi untuk merebut peluang dalam Program Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi yang membolehkan koperasi mendaftar cukai tanpa dikenakan sebarang penalti oleh HASiL. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Dato' Sri Dr. Mohd Nizom Sairi berkata, kerjasama strategik yang dijalin dengan ANGKASA itu merupakan inisiatif HASiL dalam merakyatkan percukaian selaras dengan pendekatan kesedaran (awareness) , pendidikan (education) dan perkhidmatan (services) atau ringkasnya AES yang giat dilaksanakan oleh HASiL pada masa kini. “HASiL yakin dan percaya, dengan kepakaran yang dimiliki ANGKASA dapat membantu meningkatkan bilangan pembayar cukai koperasi yang berdaftar, cakna dan konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian secara sukarela kepada negara,” ujar beliau. Data terkini oleh Bahagian Data Analisis & Maklumat, Jabatan Penyelidikan dan Strategik, HASiL melaporkan bahawa sebanyak 4,463 buah koperasi atau 30 peratus koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di seluruh negara telah berdaftar cukai dengan HASiL. Sebanyak 1,001 buah koperasi daripada jumlah tersebut merupakan pembayar cukai secara aktif. Pada tahun 2022, sebanyak RM163.02 juta cukai telah disumbangkan oleh pembayar cukai kategori koperasi dengan peningkatan hampir 178%

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) bertukar dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), Dato' Sri Dr. Mohd Nizom Sairi (dua dari kiri) di Kelana Jaya, Selangor pada 29 September 2023. Turut bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (kanan sekali) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, Datuk Dr. Sotimin Muhalip (kiri sekali).

Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk

Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) HASiL, Datuk Hisham Rusli.

Seminar Percukaian Koperasi: Isu dan Cabaran yang menampilkan ahli panel iaitu Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mahzan Nordin (kanan) dan Pengarah Bahagian Amanah dan Koperasi Cawangan Pembayar Cukai Besar HASiL, Encik Zainudin Muhamed (tengah) serta Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya (kiri) sebagai moderator.

berbanding kutipan pada tahun 2020 yang mencatatkan jumlah RM58.65 juta. Hadir sama dalam program itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Pengarah Kanan (Keusahawanan & Perniagaan) Institut Koperasi Malaysia, Puan Sri Datin Sri Noraesyah Saari, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encil Azizul Alias yang mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan dengan sebahagian peserta yang hadir.

ANGKASA 14

OKTOBER 2023

Kerjasama ANGKASA-UMK: Sasar Perolehan Koperasi RM100 Bilion Menjelang 2030

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (depan, dua dari kanan) dan Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak (depan, dua dari kiri) menunjukkan dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani antara ANGKASA dengan UMK.

Oleh RAHMAT MOHD DID

meningkatkan keupayaan koperasi di negara ini kepada perniagaan berasaskan teknologi. Tambah Prof. Dato’ Dr. Razli, pihaknya akan sedaya upaya membantu sektor koperasi meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kini berada di paras kurang empat peratus bersamaan RM45.5 billion pada tahun 2022 kepada sekurang-kurangnya lima peratus menjelang tahun 2025. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, agenda pemerkasaan koperasi Malaysia sangat penting kerana gerakan itu telah berusia lebih 100 tahun, namun masih tidak mencapai impak yang sepatutnya seperti negara lain. Jelasnya, ANGKASA sentiasa mengalu- alukan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan percambahan idea yang lebih segar demi kelestarian koperasi di masa hadapan. “Kerjasama antara ANGKASA dengan UMK ini amat bertepatan memandangkan UMK merupakan universiti yang ditubuhkan khusus untuk menerajui pendidikan keusahawanan negara, manakala ANGKASA pula badan puncak yang menerajui pembangunan perniagaan koperasi. Kami mengharapkan kerjasama ini terus memberi impak khususnya dalam meningkatkan kemahiran modal insan koperasi dalam bidang baharu keusahawanan selaras dengan pendigitalan dunia perniagaan hari ini,” katanya. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah pelancaran Buku Webinar AURA dan penyerahan replika cek Geran Kajian Kes Koperasi Kariah Masjid berjumlah RM30,000.00. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan terus memainkan peranan membantu gerakan koperasi di Malaysia untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030). Menurut Naib Cancelor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan untuk sektor koperasi merekodkan perolehan berjumlah RM100 billion menjelang tahun 2030. “Ini bermakna kita hanya mempunyai masa kurang tujuh tahun untuk memperkasakan semua koperasi di Malaysia agar lebih maju dan mampu bersaing dengan sektor swasta seiring kemajuan semasa,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara ANGKASA dengan UMK yang berlangsung di Kelana Jaya, Selangor pada 3 Oktober 2023. Majlis tersebut merupakan kesinambungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang telah dimeterai pada 17 Julai 2020 dalam bidang koperasi, perniagaan dan keusahawanan yang meliputi skop latihan dan perundingan, penyelidikan dan penerbitan, peruncitan dan pembangunan perniagaan koperasi serta lain-lain bidang. Antara kejayaan besar kerjasama tersebut adalah penubuhan ANGKASA- UMK Research Academy (AURA) yang memainkan peranan sebagai hub penyelidikan, perundingan serta pembangunan modal insan berkaitan koperasi dan pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 bagi

Tetamu kehormat menunjukkan Buku Webinar AURA yang dilancarkan .

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek Geran Kajian Kes Koperasi Kariah Masjid berjumlah RM30,000.00 kepada Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.

Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengarah AURA, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Dr. Noor Raihani Zainol.

ANGKASA 15

OKTOBER 2023

ANGKASA-UKM Meterai Kerjasama Penyelidikan Tingkatkan Kesedaran Generasi Muda Terhadap Alam Sekitar

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Wan Kamal Mujani (dua dari kanan) bersalaman sambil menunjukkan dokumen memorandum kerjasama antara ANGKASA dengan UKM. Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (kiri sekali) dan Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi (kanan sekali).

Oleh RAHMAT MOHD DID

ANGKASA menjalinkan kerjasama penyelidikan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam usaha meningkatkan kesedaran generasi muda khususnya kepada dua juta anggota koperasi sekolah terhadap isu perubahan iklim dan kepentingan melestarikan alam sekitar serta ekosistem hutan. Kerjasama yang dimeterai dalam tempoh dua tahun bermula Oktober 2023 hingga September 2025 itu diharap dapat memupuk kesedaran mengenai isu alam sekitar, khususnya dalam kalangan koperator berusia 13 hingga 17 tahun. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof. Datuk Dr. Wan Kamal Mujani, kerjasama tersebut bakal mengukur sejauh mana kesedaran generasi muda terhadap isu kelestarian alam sekitar serta impaknya menerusi kajian yang dijalankan. Katanya, antara yang menjadi fokus kepada kajian tersebut adalah kesan aktiviti yang dijalankan oleh manusia, impak perubahan iklim jangka pendek dan jangka panjang serta langkah mitigasi dalam mengurangkan impak bagi menangani cabaran perubahan iklim. "Penerbitan pelaporan dan artikel dalam jurnal oleh pihak UKM menerusi kajian ini akan menjadi rujukan kepada pelaksanaan program kesedaran dan aktiviti pemeliharaan alam sekitar oleh anggota koperasi dan juga masyarakat Malaysia secara amnya. Pada masa kini, universiti bukan lagi menjadi medan penghasilan modal insan untuk pasaran negara semata-mata, malah universiti turut berperanan menyumbang kepada pembangunan negara seperti usaha memupuk kesedaran alam sekitar," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Penyelidikan antara ANGKASA dengan UKM di Kelana Jaya, Selangor pada 13 Oktober 2023. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, gerakan koperasi berperanan sebagai perusahaan sosial yang memenuhi keperluan anggota dan masyarakat.

Tetamu kehormat merakamkam gambar kenangan dengan sebahagian mereka yang hadir.

“Isu perubahan iklim ini bukan sahaja memberi kesan kepada persekitaran malah terhadap landskap ekonomi, sosial dan juga politik. Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok merupakan inisiatif ANGKASA menanam sejuta pokok bagi menyokong agenda kerajaan dalam menghijaukan negara melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang tahun 2025,” katanya. Tambahnya, program tersebut merupakan bukti kesungguhan dan komitmen ANGKASA menyokong agenda nasional Penghijauan Malaysia seiring dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030) dan Dekad Pemulihan Ekosistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2021-2030. “Memorandum kerjasama penyelidikan ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan memorandum perjanjian (MoA) yang telah ditandatangani antara ANGKASA dengan UKM pada tahun 2021 bagi menyokong agenda Penghijauan Malaysia menerusi usaha pemuliharaan hutan terosot di Kompartment 19, Hutan Simpan Sungai Lalang, Semenyih. Melalui kerjasama tersebut, pihak ANGKASA dan UKM telah membangunkan modul

pendidikan dan pembelajaran bertajuk ‘Sejuta Pokok Segunung Harapan’ yang dimanfaatkan oleh 2,481 buah koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, Prof. Madya Dr. Zaini Sakawi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Haji Hafiz Ridhuan Md. Daud, Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan mewakili Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Encik Radhi Chu Abdullah dan Ketua Bidang Mitigasi Perubahan Iklim, Kursi Kelestarian UKM-YSD dan Felo Utama Bersama Institut Perubahan Iklim UKM, Prof. Dr. Mohd Nizam Mohd Said. Barisan kepimpinan ANGKASA yang hadir terdiri daripada Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

16

Program Komuniti Tarik Minat Belia Indonesia Terhadap Gerakan Koperasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk tengah) dan tetamu kehormat bergambar bersama 31 orang pelajar yang menyertai program Malaysian Community Engagement (MCE) ketika majlis penutupan program itu di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Oktober 2023.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

(SKM), Puan Rosidah Ramli, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), YBhg. Dato' Mohd. Ali Mansor dan Bapak Muhammad Ridha Haykal Amal daripada Dinas Perdagangan & Perindustrian, Energi, Sumber Daya Mineral & Perlombongan Pemerintah Provinsi Sumatera Utara Indonesia. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus, Sekretaris Jenderal ADAI, Dr. Ngatemin, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim. Terdahulu turut berlangsung Forum Wacana Ilmu yang bertajuk "Pembangunan Koperasi di Malaysia dan Potensi Keusahawanan Koperasi di Indonesia". Forum tersebut menampilkan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai moderator dan barisan panel terdiri daripada Puan Rosidah Ramli, YBhg. Dato' Mohd. Ali Mansor dan Bapak Muhammad Ridha Haykal Amal. Program MCE yang dijalankan selama lima hari bermula 2 Oktober 2023 dianjurkan secara bersama oleh ANGKASA, Manipal International University dan ADAI dengan kerjasama SKM dan IKMa. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada bahagian, seksyen dan jaringan di bawah ANGKASA serta melakukan pelbagai aktiviti sekali gus mendedahkan mereka dengan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia dan selok belok sektor koperasi di negara ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengadakan lawatan ke ibu pejabat IKMa di Petaling Jaya serta

melawat koperasi sekolah, koperasi siswa, koperasi masjid dan koperasi inap desa di sekitar Lembah Klang. Beberapa pelajar juga didedahkan dengan Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang diterajui oleh ANGKASA.

Program Community Engagement (MCE) yang disertai seramai 31 orang pelajar dari tujuh buah universiti di Indonesia melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan di Kelana Jaya, Selangor yang disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Malaysian Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, golongan belia perlu merebut peluang perniagaan sektor baharu, khususnya dalam bidang digital dan seterusnya menjadi perintis yang mampu mewujudkan rantaian ekonomi baharu dalam ekosistem koperasi melalui kerjasama strategik yang pasti akan memanfaatkan gerakan koperasi secara keseluruhan. Beliau turut menyentuh mengenai jumlah koperasi di Malaysia dan Indonesia yang masing-masing adalah sebanyak 15, 315 buah dan mencecah 220,000 buah. “Bukan itu indikator yang kita letakkan semata-mata apabila kita berbicara tentang gerakan koperasi. Sebagai perusahaan sosial adalah amat penting kebajikan dan kepentingan anggota dipenuhi dan diberi perhatian di samping kita mencari keuntungan.” “Oleh itu, kami di ANGKASA mengharapkan supaya kita semua bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan lagi gerakan koperasi, seterusnya memastikan jaminan kehidupan yang lebih baik kepada generasi muda di rantau ini terus terjamin dan terbela melalui gerakan koperasi yang perniagaannya bersifat lestari,” tambah beliau. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Presiden Asosiasi Dosen Akuntansi Indonesia (ADAI), Dr. Arfan Ikhsan Lubis, Naib Canselor Manipal International University, Prof. Dr. Jason Fitzsimmons, Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Hadir sama, Naib Canselor Manipal International University, Prof. Dr. Jason Fitzsimmons (kanan) dan Presiden Asosiasi Dosen Akuntansi Indonesia (ADAI), Dr. Arfan Ikhsan Lubis (kiri sekali).

Forum Wacana Ilmu yang bertajuk "Pembangunan Koperasi di Malaysia dan Potensi Keusahawanan Koperasi di Indonesia" menampilkan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kiri sekali) sebagai moderator dan barisan panel terdiri daripada Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Rosidah Ramli (dua dari kiri), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), YBhg. Dato' Mohd. Ali Mansor (dua dari kanan) dan Bapak Muhammad Ridha Haykal Amal (kanan sekali) daripada Dinas Perdagangan & Perindustrian, Energi, Sumber Daya Mineral & Perlombongan Pemerintah Provinsi Sumatera Utara Indonesia.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease