WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

ANGKASA 10

OKTOBER 2023 RM25 Juta Diperlukan daripada Kerajaan untuk Perkasa Sistem Point of Sale (POS) CoopMart

Oleh RAHMAT MOHD DID

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick yakin gerakan koperasi berpotensi besar untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dalam negara serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat. Menurut beliau, sempena pelancaran Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) yang dijadualkan berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2023. Beliau telah menggariskan beberapa dasar yang perlu bagi memantapkan lagi gerakan koperasi selari dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030). “Kerajaan sedar kesukaran yang dihadapi koperasi di Malaysia kerana terpaksa bersaing dengan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan lain-lain tanpa dana yang mencukupi. Ini sedang kami perbaiki dan akan dibentangkan dalam DaKoM 2030 nanti," katanya. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 5 Oktober 2023. Pertemuan tersebut turut disertai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias (Wakil KUSKOP), Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Haji Hasnan Haji Mustapha, Ketua Pegawai Kewangan (Bahagian Kewangan dan Perolehan) ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim dan Penasihat Undang- Undang ANGKASA, Dato’ Mohamad Shariff Haji Abu Samah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick dan delegasi ANGKASA diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar selepas kunjung hormat.

Pelbagai isu berkenaan gerakan koperasi dibincangkan antara YB Datuk Ewon dengan delegasi ANGKASA.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah mencadangkan pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan KUSKOP bagi melestarikan gerakan koperasi seperti pemansuhan cukai berganda koperasi, pemerkasaan CoopMart, penubuhan koperasi asnaf, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), lesen bank digital kepada ANGKASA dan banyak lagi.

Terdapat 3,000 buah koperasi yang telah mendaftar untuk melaksanakan BA100, namun mempunyai kekangan untuk membina sistem POS yang menelan belanja sehingga RM12,000.00 termasuk infrastruktur. ANGKASA sendiri turut membantu dengan menyediakan modal pusingan sebanyak RM10,000.00 setiap satu CoopMart untuk memulakan perniagaan. Perkara tersebut penting untuk kemajuan koperasi kerana sistem POS mempunyai sistem simpanan awan ( cloud saves ) yang mampu menyimpan data pelanggan dan boleh mewakili kerajaan jika dasar subsidi bersasar diperkenalkan untuk mengenal pasti pelanggan yang layak menerima bantuan dan sebagainya,” katanya. Tambah beliau, jika perkara tersebut dapat dijayakan di peringkat nasional, koperasi mikro dan sederhana bakal mendapat impak terbesar sekali gus meningkatkan sosioekonomi masyarakat termiskin.

“Fokus kita sekarang adalah untuk mendapatkan dana RM25 juta daripada kerajaan bagi memperkasakan sistem Point of Sale (POS) di semua

CoopMart yang melanggan Projek Barang Asas 100 (BA100).

YB Datuk Ewon yakin gerakan koperasi di Malaysia mampu membawa perubahan dan menyelesaikan masalah kemiskinan dan membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease