WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

ANGKASA 11

OKTOBER 2023 Menteri Besar Pahang Rasmi Kedai Outlet BA100 Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah menyempurnakan perasmian kedai outlet BA100 milik Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad bertempat di Pelangai, Pahang pada 4 Oktober 2023. Kedai yang mula beroperasi pada 28 September 2023 itu menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, bihun, gula, kicap, sos, makanan dalam tin dan pelbagai lagi dengan tawaran harga yang berpatutan. Pengerusi koperasi berkenaan, Encik Mohd Sofi Soid berkata, dengan beroperasinya kedai tersebut, bakal memberi peluang kepada komuniti setempat yang terdiri daripada 200 buah rumah di penempatan itu untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dengan mudah. Ketika ditemui wakil media PELANCAR, beliau menyatakan rasa berbesar hati dengan kehadiran YAB Menteri Besar kerana sudi merasmikan kedai dan merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan kepada Presiden ANGKASA, Dato' Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang sentiasa memberi sokongan dalam merealisasikan pelaksanaan perniagaan tersebut. Menurutnya, kedudukan strategik premis berkenaan yang terletak di pekan Agropolitan, Felda Chemomoi itu bakal menjadi tumpuan komuniti setempat, sekali gus membantu mereka yang kebanyakannya berpendapatan di bawah RM1,000.00 sebulan menikmati harga barang berpatutan tanpa perlu keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan. Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad yang ditubuhkan pada 11 Mac 2023 dianggotai seramai 35 orang dan kini giat menjalankan aktiviti peruncitan

Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama anggota koperasi di hadapan kedai oulet BA100 Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad.

dalam usaha meningkatkan perolehan koperasi. Hadir sama dalam majlis perasmian berkenaan ialah Dato' Seri Dr. Abdul Fattah, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Pahang, Encik Ibrahim Husain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang III (Barat), Dato' Syed Ali Syed Mohammad. Terdahulu, YB Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut merasmikan Program Bual Bicara Keusahawanan Tunjang Masa Depan Koperasi, Pemangkin Ekonomi Negara ANGKASA Negeri Pahang III (Barat) bertempat di Dewan Agropolitan Chemomoi, Pelangai. Seramai 200 orang terdiri daripada komuniti setempat hadir mengikuti program bual bicara tersebut. Dalam ucapannya, beliau menyatakan Kerajaan Negeri Pahang akan terus menyokong usaha pembangunan gerakan koperasi di negeri berkenaan bagi memastikan kemajuan dan pencapaian gerakan terus diperhebat. Katanya, perkembangan dan kejayaan koperasi di negeri Pahang telah membuktikan sektor tersebut telah

memainkan peranan penting dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat setempat. Justeru, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa memberi perhatian dan sokongan padu dalam membantu koperasi negeri serta bertindak peka dengan masalah yang dihadapi. Turut hadir dalam program tersebut ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohamad Fakharuddin Mohd Ariff dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Pengerusi Koperasi Agropolitan Chemomoi Berhad, Encik Mohd Sofi Soid memberi penerangan mengenai produk beras yang dijual di kedai outlet BA100 kepada YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail melihat produk makanan dalam tin yang terdapat di kedai outlet BA 100.

YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra bersama anggota koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease