WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

ANGKASA 12

OKTOBER 2023

MAAB, Bank Islam Jalin Kerjasama Perluas Perkhidmatan Penulisan Wasiat

Sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengarah Urusan merangkap Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB), Encik Darulnizam Mat Darus (empat dari kiri) dengan Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Puan Zaharah Abdul Muttalib (dua dari kanan). Turut bersama ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah), Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam, Encik Mirzan Masram (tiga dari kanan) dan Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kiri).

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Perjanjian seumpamanya adalah yang kesembilan melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang ada di Malaysia. Sebelum itu, MAAB turut berkerjasama dengan lebih 20 rakan niaga korporat, antaranya institusi kewangan seperti Bank Muamalat, Agro Bank dan Co-opbank Pertama, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti FELCRA Berhad, Tekun Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd dan Pos Malaysia serta koperasi anggota ANGKASA untuk memasarkan produk MAAB di seluruh negara. Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Bank Islam, Encik Mirzan Masram dalam ucapannya berkata, usaha tersebut adalah sejajar dengan visi syarikat itu dalam bersaing menggunakan kerangka perkhidmatan yang terbuka selain memastikan kakitangan jualan Bank Islam dapat

memasarkan pelbagai produk bersesuaian dengan keperluan pelanggan. Jelasnya, MAAB dengan reputasinya yang cemerlang adalah rakan kolaborasi yang tepat untuk kerjasama tersebut, selain membuka pintu kepada era baharu yang memungkinkan Bank Islam melangkah lebih jauh. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail yang juga Timbalan Pengerusi MAAB dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Pengarah Pengurusan Kekayaan Bank Islam, Puan Zaharah Abdul Muttalib dan Pengarah Urusan Merangkap Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.

MyANGKASA (MAAB) menyasarkan 20 peratus daripada 4.7 juta pemegang akaun Bank Islam Malaysia Amanah Berhad Berhad (Bank Islam) akan menyertai program perkhidmatan pengurusan pewarisan harta pusaka yang ditawarkannya sehingga hujung tahun 2023. Sasaran berkenaan adalah susulan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang termeterai antara anak syarikat ANGKASA itu dengan institusi kewangan tersebut dalam satu majlis di Kelana Jaya, Selangor pada 5 Oktober 2023. Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kerjasama berkenaan adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan dan pentadbiran wasiat dalam kalangan orang awam khususnya pelanggan bank. "Kami menyasarkan

seramai yang boleh dan berharap pada tahun 2024, lebih 50 peratus daripada jumlah pemegang akaun akan turut serta," ujarnya. Tambah beliau, Bank Islam akan menjadi rakan niaga dan memberi hak kepada MAAB untuk pembekalan dan pengurusan wasiat kepada pelanggan bank tersebut merangkumi perancangan sehingga kepada pentadbiran harta pusaka.

Tetamu kehormat merakamkam gambar kenangan dengan sebahagian mereka yang hadir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease