ANGKASA 13
OKTOBER 2023
ANGKASA, HASiL Meterai MoU Tingkat Kesedaran Pematuhan Cukai dalam Kalangan Koperasi
Oleh NADIAH KAMARUDIN
ANGKASA telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan koperasi di Malaysia untuk mendaftar sebagai pembayar cukai serta meningkatkan pemahaman mengenai pengurusan cukai yang lebih efisien dan pematuhan sistem percukaian. Pemeteraian MoU tersebut yang telah berlangsung di Kelana Jaya, Selangor pada 29 September 2023 merupakan kesinambungan daripada kejayaan MoU antara kedua-dua belah pihak yang ditandatangani pada tahun 2018. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, ANGKASA komited meneruskan kerjasama dengan HASiL untuk memastikan gerakan koperasi dapat menyumbang kepada kemajuan negara melalui pembayaran cukai. Tambahbeliau,ANGKASAakanterusmenyeru gerakan koperasi untuk merebut peluang dalam Program Khas Pengakuan Sukarela Kepada Koperasi yang membolehkan koperasi mendaftar cukai tanpa dikenakan sebarang penalti oleh HASiL. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Dato' Sri Dr. Mohd Nizom Sairi berkata, kerjasama strategik yang dijalin dengan ANGKASA itu merupakan inisiatif HASiL dalam merakyatkan percukaian selaras dengan pendekatan kesedaran (awareness) , pendidikan (education) dan perkhidmatan (services) atau ringkasnya AES yang giat dilaksanakan oleh HASiL pada masa kini. “HASiL yakin dan percaya, dengan kepakaran yang dimiliki ANGKASA dapat membantu meningkatkan bilangan pembayar cukai koperasi yang berdaftar, cakna dan konsisten dalam melaksanakan tanggungjawab percukaian secara sukarela kepada negara,” ujar beliau. Data terkini oleh Bahagian Data Analisis & Maklumat, Jabatan Penyelidikan dan Strategik, HASiL melaporkan bahawa sebanyak 4,463 buah koperasi atau 30 peratus koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di seluruh negara telah berdaftar cukai dengan HASiL. Sebanyak 1,001 buah koperasi daripada jumlah tersebut merupakan pembayar cukai secara aktif. Pada tahun 2022, sebanyak RM163.02 juta cukai telah disumbangkan oleh pembayar cukai kategori koperasi dengan peningkatan hampir 178%
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) bertukar dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL), Dato' Sri Dr. Mohd Nizom Sairi (dua dari kiri) di Kelana Jaya, Selangor pada 29 September 2023. Turut bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (kanan sekali) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, Datuk Dr. Sotimin Muhalip (kiri sekali).
Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman yang diketuai oleh Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk
Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) HASiL, Datuk Hisham Rusli.
Seminar Percukaian Koperasi: Isu dan Cabaran yang menampilkan ahli panel iaitu Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mahzan Nordin (kanan) dan Pengarah Bahagian Amanah dan Koperasi Cawangan Pembayar Cukai Besar HASiL, Encik Zainudin Muhamed (tengah) serta Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd Azlan Yahya (kiri) sebagai moderator.
berbanding kutipan pada tahun 2020 yang mencatatkan jumlah RM58.65 juta. Hadir sama dalam program itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) HASiL, Datuk Dr. Sotimin Muhalip, Pengarah Kanan (Keusahawanan & Perniagaan) Institut Koperasi Malaysia, Puan Sri Datin Sri Noraesyah Saari, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encil Azizul Alias yang mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan dengan sebahagian peserta yang hadir.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease