ANGKASA 14
OKTOBER 2023
Kerjasama ANGKASA-UMK: Sasar Perolehan Koperasi RM100 Bilion Menjelang 2030
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (depan, dua dari kanan) dan Naib Cancelor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak (depan, dua dari kiri) menunjukkan dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani antara ANGKASA dengan UMK.
Oleh RAHMAT MOHD DID
meningkatkan keupayaan koperasi di negara ini kepada perniagaan berasaskan teknologi. Tambah Prof. Dato’ Dr. Razli, pihaknya akan sedaya upaya membantu sektor koperasi meningkatkan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kini berada di paras kurang empat peratus bersamaan RM45.5 billion pada tahun 2022 kepada sekurang-kurangnya lima peratus menjelang tahun 2025. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, agenda pemerkasaan koperasi Malaysia sangat penting kerana gerakan itu telah berusia lebih 100 tahun, namun masih tidak mencapai impak yang sepatutnya seperti negara lain. Jelasnya, ANGKASA sentiasa mengalu- alukan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan percambahan idea yang lebih segar demi kelestarian koperasi di masa hadapan. “Kerjasama antara ANGKASA dengan UMK ini amat bertepatan memandangkan UMK merupakan universiti yang ditubuhkan khusus untuk menerajui pendidikan keusahawanan negara, manakala ANGKASA pula badan puncak yang menerajui pembangunan perniagaan koperasi. Kami mengharapkan kerjasama ini terus memberi impak khususnya dalam meningkatkan kemahiran modal insan koperasi dalam bidang baharu keusahawanan selaras dengan pendigitalan dunia perniagaan hari ini,” katanya. Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah pelancaran Buku Webinar AURA dan penyerahan replika cek Geran Kajian Kes Koperasi Kariah Masjid berjumlah RM30,000.00. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Ts. Dr.
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan terus memainkan peranan membantu gerakan koperasi di Malaysia untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030). Menurut Naib Cancelor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan untuk sektor koperasi merekodkan perolehan berjumlah RM100 billion menjelang tahun 2030. “Ini bermakna kita hanya mempunyai masa kurang tujuh tahun untuk memperkasakan semua koperasi di Malaysia agar lebih maju dan mampu bersaing dengan sektor swasta seiring kemajuan semasa,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara ANGKASA dengan UMK yang berlangsung di Kelana Jaya, Selangor pada 3 Oktober 2023. Majlis tersebut merupakan kesinambungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak yang telah dimeterai pada 17 Julai 2020 dalam bidang koperasi, perniagaan dan keusahawanan yang meliputi skop latihan dan perundingan, penyelidikan dan penerbitan, peruncitan dan pembangunan perniagaan koperasi serta lain-lain bidang. Antara kejayaan besar kerjasama tersebut adalah penubuhan ANGKASA- UMK Research Academy (AURA) yang memainkan peranan sebagai hub penyelidikan, perundingan serta pembangunan modal insan berkaitan koperasi dan pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 bagi
Tetamu kehormat menunjukkan Buku Webinar AURA yang dilancarkan .
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyerahkan replika cek Geran Kajian Kes Koperasi Kariah Masjid berjumlah RM30,000.00 kepada Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.
Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business UMK, Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengarah AURA, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Dr. Noor Raihani Zainol.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease