16
Program Komuniti Tarik Minat Belia Indonesia Terhadap Gerakan Koperasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk tengah) dan tetamu kehormat bergambar bersama 31 orang pelajar yang menyertai program Malaysian Community Engagement (MCE) ketika majlis penutupan program itu di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Oktober 2023.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
(SKM), Puan Rosidah Ramli, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), YBhg. Dato' Mohd. Ali Mansor dan Bapak Muhammad Ridha Haykal Amal daripada Dinas Perdagangan & Perindustrian, Energi, Sumber Daya Mineral & Perlombongan Pemerintah Provinsi Sumatera Utara Indonesia. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) IKMa, Encik Mohd Zaib Mat Yunus, Sekretaris Jenderal ADAI, Dr. Ngatemin, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim. Terdahulu turut berlangsung Forum Wacana Ilmu yang bertajuk "Pembangunan Koperasi di Malaysia dan Potensi Keusahawanan Koperasi di Indonesia". Forum tersebut menampilkan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai moderator dan barisan panel terdiri daripada Puan Rosidah Ramli, YBhg. Dato' Mohd. Ali Mansor dan Bapak Muhammad Ridha Haykal Amal. Program MCE yang dijalankan selama lima hari bermula 2 Oktober 2023 dianjurkan secara bersama oleh ANGKASA, Manipal International University dan ADAI dengan kerjasama SKM dan IKMa. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada bahagian, seksyen dan jaringan di bawah ANGKASA serta melakukan pelbagai aktiviti sekali gus mendedahkan mereka dengan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia dan selok belok sektor koperasi di negara ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengadakan lawatan ke ibu pejabat IKMa di Petaling Jaya serta
melawat koperasi sekolah, koperasi siswa, koperasi masjid dan koperasi inap desa di sekitar Lembah Klang. Beberapa pelajar juga didedahkan dengan Program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok yang diterajui oleh ANGKASA.
Program Community Engagement (MCE) yang disertai seramai 31 orang pelajar dari tujuh buah universiti di Indonesia melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan di Kelana Jaya, Selangor yang disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Malaysian Dalam ucapannya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, golongan belia perlu merebut peluang perniagaan sektor baharu, khususnya dalam bidang digital dan seterusnya menjadi perintis yang mampu mewujudkan rantaian ekonomi baharu dalam ekosistem koperasi melalui kerjasama strategik yang pasti akan memanfaatkan gerakan koperasi secara keseluruhan. Beliau turut menyentuh mengenai jumlah koperasi di Malaysia dan Indonesia yang masing-masing adalah sebanyak 15, 315 buah dan mencecah 220,000 buah. “Bukan itu indikator yang kita letakkan semata-mata apabila kita berbicara tentang gerakan koperasi. Sebagai perusahaan sosial adalah amat penting kebajikan dan kepentingan anggota dipenuhi dan diberi perhatian di samping kita mencari keuntungan.” “Oleh itu, kami di ANGKASA mengharapkan supaya kita semua bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan lagi gerakan koperasi, seterusnya memastikan jaminan kehidupan yang lebih baik kepada generasi muda di rantau ini terus terjamin dan terbela melalui gerakan koperasi yang perniagaannya bersifat lestari,” tambah beliau. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Presiden Asosiasi Dosen Akuntansi Indonesia (ADAI), Dr. Arfan Ikhsan Lubis, Naib Canselor Manipal International University, Prof. Dr. Jason Fitzsimmons, Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Hadir sama, Naib Canselor Manipal International University, Prof. Dr. Jason Fitzsimmons (kanan) dan Presiden Asosiasi Dosen Akuntansi Indonesia (ADAI), Dr. Arfan Ikhsan Lubis (kiri sekali).
Forum Wacana Ilmu yang bertajuk "Pembangunan Koperasi di Malaysia dan Potensi Keusahawanan Koperasi di Indonesia" menampilkan Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (kiri sekali) sebagai moderator dan barisan panel terdiri daripada Pengarah Bahagian Penyeliaan dan Tadbir Urus Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Rosidah Ramli (dua dari kiri), Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), YBhg. Dato' Mohd. Ali Mansor (dua dari kanan) dan Bapak Muhammad Ridha Haykal Amal (kanan sekali) daripada Dinas Perdagangan & Perindustrian, Energi, Sumber Daya Mineral & Perlombongan Pemerintah Provinsi Sumatera Utara Indonesia.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease