WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

RENCANA 18

OKTOBER 2023

Kepentingan Amalan ESG dalam Meningkatkan Keyakinan Pihak Berkepentingan

KOMPONEN ESG

Oleh SAFINAH SAUPI Pengurus Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan / AURA Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Banyak syarikat termasuk koperasi dan kesatuan kredit yang sedang melaksanakan program Alam Sekitar (E), Sosial (S) dan Tadbir Urus (G) (ESG) untuk memberi kesan positif kepada dunia dan masyarakat. Amalan ESG bukanlah perkara yang baharu dalam syarikat korporat, malah konsep ESG muncul pada tahun 2005 melalui inisiatif Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). Hasilnya, amalan ESG berkembang positif, walaupun tidak ada satu pensijilan tunggal menarafkan bahawa syarikat itu seratus peratus mematuhi ESG. Amalan ESG kini diberi lebih penekanan oleh Syarikat Senarai Awam (SSA) di Bursa Kuala Lumpur. Keadaan ini disebabkan pihak berkepentingan seperti kerajaan, pengguna, pemegang saham, pelabur dan orang ramai mahukan dasar syarikat yang lebih telus dan kukuh terhadap alam sekitar, kesejahteraan sosial dan pelbagai kumpulan melibatkan pihak berkepentingan. Misalnya, pelabur yang sedang mencari peluang keuntungan mendapat manfaat risiko lebih rendah daripada syarikat yang memperuntukkan pelaburan besar untuk alam sekitar dan sosial. Pelabur beretika yang berminat untuk menyumbang kepada impak sosial dalam masa sama mendapat keuntungan juga akan tertarik dengan kestabilan pelaburan ESG. Oleh sebab itu, menyepadukan ESG ke dalam amalan perniagaan untuk meningkatkan daya saing dan memberi kesan positif kepada dunia sekeliling menjadi satu keperluan masa kini, khususnya jika syarikat ingin membawa produk ke luar negara dan untuk kelestarian ekonomi. Selain itu, kehilangan biodiversiti, pencemaran, kesan alam sekitar yang memberi kesan negatif kepada kesihatan dan ketidakadilan sosial telah menjadi metrik perniagaan arus perdana menyebabkan amalan ESG dalam perniagaan telah menjadi satu piawaian penting dalam kalangan pelabur dan pemberi pinjaman kepada pengeluar / perusahaan / syarikat / koperasi / perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutama selepas penularan COVID-19 pada 2020. Ini dapat dilihat dengan peningkatan dana berkaitan ESG di peringkat antarabangsa selepas krisis kewangan pada tahun 2008 hingga 2009 dan lebih ketara semasa pandemik COVID-19. Pandemik telah memberi kesan terhadap sistem ekonomi global menyebabkan kerajaan dan perniagaan menerapkan perancangan dan perniagaan yang lebih progresif. Pada masa ini, Malaysia merupakan pasaran kewangan hijau keempat terbesar di ASEAN selepas Singapura, Indonesia dan Filipina dan keseluruhan pasaran telah meningkat kepada USD1.3 bilion pada 2019 (The Malaysian Reserve, 2021). Penarafan ESG merupakan satu standard untuk pihak berkepentingan yang mempunyai kesedaran sosial mengenal pasti pelaburan

Sumber: Corporate Finance Institute, 2021

DANA PELABURAN MAMPAN

Bil.

Dana

Jenis Skim Pelaburan

Dana Borong Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Borong Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah Dana Unit Amanah

InterPac Social Enterprise and Responsibility Fund BIMB ESG Sukuk Fund Public e-Islamic Sustainable Millennial Fund Maybank Global Sustainable Equity-I Fund United-i Asia ESG Income Fund RHB i-Global Sustainable Disruptors Fund Maybank Global Sustainable Technology Fund Public e-Carbon Efficient Fund BIMB-ARABESQUE Global Shariah Sustainable Equity Fund TA Global Absolute ESG Alpha Fund RHB Sustainable Global Thematic Fund Makmur myWakaf Fund MIDF Amanah ESG Mustadamah Fund United ESG Series - Conservative Bond Fund

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

10. 11. 12. 13. 14.

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, 2021

berpotensi. Kriteria ESG mengukur komitmen syarikat / koperasi terhadap isu berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Sebagai contoh, kriteria alam sekitar mempertimbangkan bagaimana syarikat / koperasi melaksanakan peranan dalam pemeliharaan alam sekitar yang berkaitan dengan pelepasan karbon, penggunaan air, pencemaran air, sisa, sumber boleh baharu dan tidak boleh baharu. Kriteria sosial mengkaji bagaimana firma menguruskan hubungan dengan pekerja, pembekal, pelanggan dan komuniti. Perkara ini juga berkait dengan kepelbagaian di tempat kerja, kesihatan dan keselamatan, mogok pekerja, buruh kanak-kanak dan kebajikan pekerja. Kriteria tadbir urus pula merangkumi antara lain, falsafah kepimpinan dan pengurusan syarikat, polisi, kepelbagaian dan pengurusan lembaga pengarah, usaha memerangi rasuah serta hak

pemegang saham. Pelabur akan mengguna pakai kriteria ESG dalam penilaian isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang tidak dapat diukur melalui analisis kewangan konvensional. Dalam hal ini, United Nations Global Compact telah memperkenalkan ESG untuk Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI). Berdasarkan sebuah laporan firma perkhidmatan kewangan di Amerika Syarikat, Morningstar, pelaburan lestari semakin relevan berikutan krisis iklim dan kritikan yang semakin meningkat daripada pemegang saham utama syarikat / koperasi. Walau bagaimanapun, istilah ESG berbeza mengikut industri, syarikat dan model perniagaan memandangkan tiada klasifikasi universal untuk ESG. Koperasi misalnya merupakan satu jenis atau model perniagaan yang tidak hanya mementingkan keuntungan, tetapi dalam masa yang sama turut mengambil berat tentang masyarakat dan alam sekitar.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease