RENCANA 19
OKTOBER 2023
Mengambil masyarakat bermakna koperasi memperkasakan pekerja, melayani pengguna dengan baik dan membantu komuniti melalui perkongsian, sumbangan dan derma. Mempunyai sistem tadbir urus yang kukuh bermakna koperasi ditadbir oleh lembaga koperasi melalui struktur tadbir urus yang baik, telus, ke hadapan dan penyertaan meluas anggota-anggota. berat tentang Ini bermakna koperasi membangunkan strategi untuk mencapai matlamat yang selaras dengan ESG dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) melalui penyertaan yang meluas di peringkat antarabangsa dan nasional. Koperasi mempertimbang dan memastikan bagaimana operasi perniagaan mempengaruhi persekitaran semula jadi, pekerja dan komuniti. Pelanggan dan pelabur membuat keputusan berdasarkan faktor tersebut. Melalui penerapan amalan ESG, koperasi akan meningkatkan prospek pelaburan, melaksanakan perubahan dan mempercepat proses pemulihan, seterusnya meningkatkan daya tahan korporat koperasi. Produk yang mendapat penilaian positif sering dikaitkan dengan pelaburan hijau mendapat skor ESG yang lebih tinggi, manakala ia memperoleh penilaian negatif apabila terlibat dengan industri alkohol, tembakau, senjata api dan perjudian serta melakukan pelanggaran hak asasi manusia, buruh dan ketidakpatuhan piawaian alam sekitar seperti digariskan oleh United Nations Global Compact Principles. Sekiranya syarikat mendapat penarafan yang rendah, saham syarikat boleh dianggap sebagai aset tidak mampan dan dikecualikan daripada portfolio pelabur. Jika ramai pelabur menggunakan kriteria penarafan itu, maka harga
saham syarikat berkenaan akan menerima kesan negatif. Perniagaan yang mengamalkan ESG boleh mendapat empat manfaat utama. Pertama, ESG membantu syarikat / koperasi meningkat atau mengekalkan reputasi korporat dengan menyampaikan isu berkaitan ESG kepada pelabur, pelanggan dan pihak berkepentingan. Langkah berkenaan akan meningkatkan kesedaran dan mewujudkan peluang perniagaan untuk koperasi dalam perubahan lanskap ekonomi, sosial dan alam sekitar. Tambahan pula, ESG dapat meningkatkan kemampuan syarikat / koperasi beroperasi dan menyesuaikan keadaan dengan lebih mudah bagi membantu firma mencapai objektif perniagaan dan bertindak balas terhadap krisis. Kedua, ESG membantu firma mengenal pasti risiko jangka masa pendek dan panjang seperti kekurangan bahan mentah dan tenaga kerja. Ketiga, ESG menggalakkan firma untuk mewujudkan peluang perniagaan melalui peningkatan inovasi. Sebagai contoh, firma berkemungkinan perlu membangunkan produk atau perkhidmatan baharu untuk memenuhi kehendak pasaran bagi menangani isu ESG. Keempat, penerapan kriteria ESG dalam penilaian tenaga kerja akan memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu pengambilan dan pengekalan pekerja. Justeru amatlah penting untuk pengeluar / perusahaan / syarikat / koperasi / PKS menerapkan amalan ESG dalam perniagaan dan menilai kesannya ESG serta melaporkan kepada pemilik perniagaan dan pihak berkepentingan dengan cara yang jelas dan konsisten.
Gurindam
VISI MISI KOPERASI
ANGKASA pemacu unggul kelestarian, Sosioekonomi tetap menuju kejayaan.
Menjadi pemangkin tiap kecemerlangan, Ahli memacu misi kegemilangan.
Memperkasa jaringan serta rantaian, Sentiasa seiringan dalam perniagaan.
Koperasi tingkatkan sumber ekonomi, Setiap ahli aktif kekal bersemi.
PESAN 50 terus hebat diperkukuh, Berdaya saing kuat lagi ampuh.
Koperasi sekolah disertai pelajar, Dapat keuntungan sambil belajar.
CONTOH PENARAFAN ESG
Bergerak dinamik mengikut zaman, Sejak ditubuhkan tidak ketinggalan.
Koperasi masjid membantu kariah, Sesama ahli akrab sambil beribadah.
Koperasi kekal terus berjasa, Di bawah naungan kukuh ANGKASA.
RUJUKAN Harris, C. (2020). Weathering the Storm – Where Strong ESG Performance Counts, Originally Published by Acre. Dicapai daripada https:// www.csrwire.com/press_releases/45231- weathering-the-storm-where-strong-esgperformance-counts Malaysia Petroleum Resources Corporation. (2021). The Presentation of Sustainability in the Malaysia OGSE Sector on 15 July 2021. Dicapai daripada https://drive.google.com/ drive/folders /1e55Ct2T80IIBzbPxvQSvzO_ h7dMRvBjq Morningstar. (2021b). Global Sustainable Fund Flows: Q4 2020 in Review: ESG Fund Assets Reach USD1.65 Trillion by Record Inflows. Chicago, US. Dicapai daripada https://www. morningstar.com/content/dam/marketing/shared/pdfs/Research/Global_ESG_Q4_2020_ Flows. pdf Ng, J. (2020). ESG Becoming Mainstream. The Edge Malaysia. Dicapai daripada https:// www. theedgemarkets.com/article/cover-storyesg-becoming-mainstream The Star. (2021). More Companies Keen to Improve ESG Disclosure. Dicapai daripada https:// www.thestar.com.my/business/ business-news/2021/03/16/more-companieskeen-to-improve- esg-disclosure
Muhammad Fawwaz Mohd Fitri Yayasan ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Koperasi Alumni Yayasan ANGKASA Berhad
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease