WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

3 KOPERASI

OKTOBER 2023

ANGKASA Mohon Kerajaan Iktiraf ACO dan OICCU

Menteri Luar Negeri, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir (lima dari kanan) dan delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kanan) memegang plakad Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia yang dilancarkan oleh ANGKASA.

dunia dengan rujukan model gerakan koperasi di Malaysia,” ujarnya. Katanya, KLN akan memperhalusi perkara tersebut dan akan mengatur langkah sebaiknya untuk memastikan idea tersebut dapat direalisasikan. Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2023. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkata, sehingga bulan Oktober 2023 ANGKASA masih lagi menunggu maklum balas daripada pejabat Sekretariat ASEAN di Jakarta berhubung kelulusan pendaftaran ACO. “Pihak Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia telah mengambil maklum mengenai proses pendaftaran ACO sebagai rakan sekutu ASEAN, manakala ACO turut mengambil maklum bahawa badan apeks koperasi di negara anggota ASEAN lain perlu bersama-sama mengemukakan per- mohonan berkenaan pendaftaran ACO di pejabat Sekretariat Kebangsaan ASEAN di negara masing-masing. Terdapat lebih 300,000 buah koperasi dengan keanggotaan kira- kira 65 juta orang di seluruh ASEAN

yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pemerkasaan ekonomi rantau ini,” katanya. Tambahnya, ANGKASA juga telah diberikan mandat bagi penubuhan OICCU yang telah diusulkan semasa Program Rundingan Meja Bulat ANGKASA 2018 dan telah dimajukan ke Persidangan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) Timur Tengah dan Afrika Utara 2019 seterusnya diterima sebagai salah satu usul utama. "Penubuhan kesatuan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi negara Islam melalui galakan perdagangan dan perniagaan, memperkenalkan sistem dunia Islam sebagai kaukus perdagangan dan pelaburan yang menguntungkan serta mampu menarik pelabur asing dan rakan kongsi perniagaan dari seluruh dunia. Selain itu, OICCU juga berperanan dalam mengukuhkan rangkaian dan memupuk pakatan strategik melalui pertukaran idea, maklumat dan penge- tahuan serta menggalakkan dialog dan memupuk kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan ke arah keamanan dan kemakmuran antara dunia Islam dengan bukan Islam,” jelasnya.

Dalam majlis sama, ANGKASA turut berkesempatan menyampaikan Sumbangan Tabung Bencana Gempa Bumi Syria Gerakan Koperasi Malaysia berjumlah RM65,971.50 kepada Dato' Seri Diraja Dr. Zambry serta melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan KLN, Puan Sharon Ho Swee Peng dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan KLN, Puan Rosnita Hamzah. Barisan kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Samsudin, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Kerajaan menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) menyokong dan sedia membantu ASEAN Co-operative Organization (ACO) untuk didaftarkan sebagai rakan sekutu ASEAN serta memenuhi visi ANGKASA dalam usaha menubuhkan Kesatuan Koperasi Bagi Negara di Bawah Pertubuhan Kerajaan Islam (OICCU). Menurut Menteri KLN, YB Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, kedua-dua idea dan hasrat tersebut adalah bertepatan dengan fungsi ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia sekali gus membuktikan ANGKASA mampu mengorak langkah ke hadapan di peringkat global. “Langkah ini bukan sahaja dapat membantu kerajaan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), malah secara tidak langsung membantu sosioekonomi koperasi tempatan untuk memasarkan produk mereka ke luar negara. Di samping itu, penubuhan OICCU juga dilihat mampu memperkasa lagi ekonomi umat Islam di seluruh

Dari Meja Presiden

berterusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap prinsip koperasi serta fungsi dan manfaatnya. ANGKASA turut menyambut baik RM100 juta dana pembiayaan kepada gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan (TPM- SKM) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023. Peruntukan tersebut membuktikan kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan lebih 15,000 koperasi dengan keanggotaan seramai 7.3 juta individu.

Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) adalah sebuah dokumen yang menggariskan hala tuju strategik gerakan koperasi sebagai antara penyumbang utama dan efektif kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat. Sebagai sebuah naskhah panduan yang perlu diamati dan diteliti oleh seluruh warga koperasi, DaKoM 2030 merupakan kesinambungan daripada Dasar Koperasi Negara 2011-2020 yang mencakupi tiga objektif utama, empat teras dasar dan 20 strategi pemangkin. Melalui DaKoM 2030, sektor koperasi bukan sahaja terus diiktiraf sebagai pemangkin utama pertumbuhan sosioekonomi Malaysia, malah salah satu objektif utama ialah “Model Perniagaan Pilihan” yang terkandung di dalamnya mengangkat kedudukan koperasi sebagai model perniagaan pilihan selain milikan tunggal, perkongsian atau Sdn. Bhd. Pengenalan objektif tersebut yang juga bertepatan dengan tema Pelan Strategik ANGKASA 2050 (Pelan Jangka Sederhana 2021-2030) iaitu “Koperasi Menjadi Pilihan Utama Perniagaan” menunjukkan usaha

Justeru, harapan ANGKASA adalah kerajaan memberikan juga keutamaan kepada gerakan koperasi dalam menyalurkan dana atau insentif yang ditawarkan melalui mana-mana kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya sebagai contoh Insentif Program Tanam Semula Sawit. Langkah itu berpotensi untuk meningkatkan pendapatan koperasi dan melonjakkan pencapaian gerakan yang akan memanfaatkan anggota koperasi dan rakyat daripada pelbagai latar belakang.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease