WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

KOPERASI 6

OKTOBER 2023

MPKK 2023 Fokus Tambah Baik Tadbir Urus, Tingkat Kerjasama Negeri–Pusat

Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK ) Tahun 2023 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Tahun 2023 memberi fokus untuk menentukan hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara, menambah baik tadbir urus dan mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, MPKK 2023 juga membincangkan pelbagai perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi agar terus kekal relevan sebagai wadah pembangunan sosioekonomi negara. “KUSKOP telah melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasa gerakan koperasi melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA, sebagai contoh pelancaran Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030) yang menggariskan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan koperasi dalam menjalankan perniagaan berasaskan teknologi digital,” kata beliau. Beliau berkata demikian ketika memberikan ucaptama MPKK 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2023. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Pengerusi Eksekutif SKM, Tuan Rusli Jaafar dan Ahli Majlis MPKK yang terdiri daripada 35 orang wakil mewakili 14 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio koperasi, sembilan wakil gerakan koperasi, tiga orang wakil akademik dan dua wakil industri. Kepimpinan ANGKASA yang hadir termasuklah Presiden, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Timbalan Presiden, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick (tengah) mempengerusikan MPKK Tahun 2023. Turut bersama, Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami (kiri) dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad (kanan).

Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon menyerahkan watikah lantikan Ahli Majlis MPKK kepada Setiausaha Kehormat Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad, Encik Ahmad Naqiuddin Mohamad.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease