WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

ANGKASA 8

OKTOBER 2023 Keusahawanan Koperasi Komuniti India Terus Diperkasa

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Senator Puan Saraswathy (duduk tengah) bergambar bersama peserta Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Komuniti India Tahun 2023 Bersama YB Timbalan Menteri KUSKOP terdiri daripada koperator dan usahawan komuniti India. Turut bersama ialah Setiausaha Bahagian Pemerkasaan dan Pemantauan Keusahawanan KUSKOP, Encik Saifuzzaman Abdul Manan (duduk kiri) dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Peniaga dan Penjaja Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias (duduk kanan).

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

bagi menjana pendapatan secara kolektif kerana entiti utama dalam keusahawanan adalah koperasi. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Komuniti India Tahun 2023 Bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertempat di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 30 September 2023. Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Bahagian Pemerkasaan dan Pemantauan Keusahawanan KUSKOP, Encik Saifuzzaman Abdul Manan, Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi, Peniaga dan Penjaja Kecil KUSKOP, Encik Azizul Alias, Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi & Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Ahmad Dauta, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Puan Hamidah Mohd Jos dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah mewakili Presiden ANGKASA. YB Senator Puan Saraswathy berkata, beliau berbangga dengan pencapaian gerakan koperasi negara yang telah berjaya menjana perolehan perniagaan berjumlah RM45.5 bilion pada tahun 2022 dengan keanggotaan mencecah seramai 7.3 juta orang serta pengumpulan modal syer dan yuran sebanyak RM16.5 bilion.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu koperasi komuniti India terus diperkasakan bagi merancakkan ekonomi gerakan koperasi negara seterusnya menghasilkan impak pertumbuhan ekonomi rakyat yang stabil. Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami berkata, dengan jumlah 312 buah koperasi komuniti India dengan keanggotaan seramai 228,429 dan perolehan berjumlah RM292,126,458.00 sehingga Jun 2023, koperasi komuniti tersebut berpotensi untuk diperkasa. Modal syer terkumpul dan nilai aset pula masing-masing direkodkan berjumlah RM509 juta dan RM1.5 bilion. Menurutnya, usaha pemerkasaan koperasi komuniti itu boleh diperluas menerusi penubuhan koperasi dalam kalangan usahawan

YB Senator Puan Saraswathy bersama barisan agensi terdiri daripada wakil SKM, IKMa, TEKUN Nasional, Uda Holdings Berhad, INSKEN, SME Corp., PERNAS, AIM, Bank Rakyat dan SME Bank ketika sesi dialog.

Seorang peserta memberikan pandangan.

"Kerajaan melihat gerakan koperasi yang berjumlah 15,315 buah wajar digembleng dengan lebih giat, manakala ekosistem Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) berjumlah 1.173 juta usahawan PMKS berupaya menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat.

Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease