WADAH PELANCAR EDISI OKTOBER 2023

ANGKASA 9

OKTOBER 2023

Sebahagian peserta yang menghadiri Seminar Koperasi dan Sesi Dialog Komuniti India Tahun 2023 Bersama YB Timbalan Menteri KUSKOP di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya.

Peserta mengunjungi gerai pameran ANGKASA untuk mendapatkan maklumat berkaitan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).

Dalam konteks ini, koperasi dan usahawan PMKS adalah pemegang taruh (stakeholder) KUSKOP yang menjadi tunjang kepada perancangan dan gerak kerja kementerian. Justeru, usaha bimbingan dan pengembangan ilmu perniagaan serta bantuan pembangunan menerusi dana dan pembiayaan akan terus dipergiat bagi memastikan kedua-dua entiti ini maju dan menjana pendapatan lebih tinggi," ujarnya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penganjuran Sesi Dialog YB Timbalan Menteri bersama usahawan dan koperasi komuniti India bagi mendapatkan pandangan, input

serta maklum balas dan hasrat golongan berkenaan dalam membantu KUSKOP menyusun serta merangka program keusahawanan bagi menepati kehendak dan keperluan penerima manfaat KUSKOP. Seramai 350 peserta hadir dalam sesi dialog yang julung kali diadakan itu yang melibatkan pemimpin persatuan usahawan serta pemimpin koperasi komuniti India dari seluruh negara. Sesi dialog tersebut turut disertai oleh pelbagai agensi berkaitan seperti SKM, IKMa, TEKUN Nasional, Uda Holdings Berhad, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),

SME Corp., Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat dan SME Bank. Terdahulu pada sebelah pagi, seramai 170 peserta terdiri daripada pemimpin koperasi komuniti India dari seluruh negara telah menjayakan Seminar Koperasi Komuniti India 2023. Mereka berpeluang menerima pendedahan mengenai kefahaman terhadap tadbir urus koperasi serta peluang dan tatacara memohon dana pembiayaan perniagaan koperasi yang disampaikan oleh panel daripada SKM, IKMa dan ANGKASA.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease