WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2023

OGOS 2023 JILID: WP05 /8

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

KDN PP19744/02/2023 (035373)

Belanjawan 2024: ANGKASA Mahu Kerajaan Beri Lebih Fokus kepada Koperasi

Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 14 Julai 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

ANGKASA berharap kerajaan melihat kepentingan gerakan koperasi di negara ini sebagai wadah untuk memperkasakan ekonomi rakyat dan wajar diberikan peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan nanti. “Misi kita tetap sama sejak dahulu. Perkasakan koperasi, perkasakan ekonomi rakyat. ANGKASA telah melakukan pelbagai usaha dan memfokus kepada perkembangan gerakan koperasi agar suatu hari nanti mampu mengatasi masalah sosioekonomi rakyat.” Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian sewaktu ditemui media PELANCAR selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 yang berlangsung di Putrajaya pada 14 Julai 2023. Majlis yang bertemakan ‘Memperkasa Malaysia MADANI’ telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tambahnya, langkah tersebut bertepatan dengan agenda kerajaanMADANIyangsentiasamencarijalanuntukmengurangkan beban rakyat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat. “Jadi kita menggesa kerajaan mempertimbang dan memberikan peluang kepada ANGKASA dan gerakan koperasi untuk turut serta dalam usaha tersebut dengan peruntukan yang lebih besar berbanding sebelum ini,” katanya. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sesi ucaptamanya berkata, setakat Jun 2023, kerajaan sudah membelanjakan RM188 bilion

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berbicara bersama Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

BERSAMBUNG DI MUKA 2

2 KOPERASI

OGOS 2023

DARI MUKA 1

atau 49 peratus daripada dana keseluruhan RM386.14 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2023. Beliau juga turut mengumumkan beberapa langkah penting dan segera sebagai ikhtiar awal untuk merealisasikan Naratif Ekonomi Madani sebelum dibentangkan Belanjawan Madani Dua 2024. “Ini merupakan langkah khusus dalam menyegerakan pelaksanaan projek cakna rakyat walaupun kerajaan sudah

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan sesuatu kepada Anggota Lembaga ANGKASA (Wakil Kementerian Kewangan Malaysia), Puan Suzana Alias.

membelanjakan sebanyak RM188 bilion atau bersamaan 49 peratus daripada peruntukan Belanjawan 2023, iaitu lebih tinggi berbanding sebanyak RM170 bilion pada 2022. Sebahagian program sudah dilaksanakan sebelum ini, iaitu memberi pemusatan kuasa, peruntukan tambahan, dan kelonggaran tatacara perolehan yang boleh mempercepat pelaksanaan projek,” katanya.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata sesuatu kepada Ketua Setiausaha Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama dalam Majlis Libat Urus Belanjawan Koperasi 2024.

Sebahagian wakil kerajaan, agensi dan swasta yang hadir.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan I, YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, Pengarah Belanjawan Negara, Dato' Shahrol Anuwar Sarman dan Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan (M), Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Puan Suzana Alias.

ANGKASA juga telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Shahrol Anuwar di Putrajaya pada 12 Julai 2023 untuk membentangkan tiga kertas kerja pemerkasaan gerakan koperasi yang meliputi Program Kesedaran Percukaian Koperasi dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pembangunan Ekosistem Ternakan Ayam dan Program Peruncitan dan Pemborongan Barang Asas 100 (BA100).

Pertemuan antara ANGKASA dengan Pengarah Belanjawan Negara, Dato' Shahrol Anuwar Sarman pada 12 Julai 2023.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya

• Halim Haji Ibrahim Pegawai Media Sosial (Menanggung Tugas Pengurus) • Nadiah Kamarudin Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Selangor Darul Ehsan. Seksyen PELANCAR

Muat Turun Aplikasi

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

WELCOME2PRINT SDN. BHD. (1141557V) (Wakil Koperasi Pos Nasional Berhad) No. 40, Jalan PBS 14/3 Taman Perindustrian Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

3 KOPERASI

OGOS 2023

Iktiraf Sumbangan Sektor Koperasi

Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin (tiga dari kanan), Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua dari kanan) dan Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick (empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena BKK' 23 pada 20 Julai 2023 di Kota Kinabalu, Sabah.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Julai 2023 telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin (tiga dari kanan). Majlis anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ANGKASA dan pelbagai agensi lain itu turut menyaksikan lima koperasi menerima Anugerah Koperasi Premier Negara 2023 atas pencapaian dan sumbangan kepada kemajuan sosioekonomi negara.

Dari kiri Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul bergambar sewaktu majlis.

BERSAMBUNG DI MUKA 4

itu dengan menggerakkan pelbagai usaha untuk memastikan suara warga koperasi terus didengar antaranya adalah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Belanjawan Negara, Dato’ Shahrol Anuwar Sarman di Putrajaya pada 12 Julai 2023. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk membentangkan tiga kertas kerja bagi pemerkasaan gerakan koperasi negara. Pada 14 Julai pula, ANGKASA dijemput untuk bersama-sama dengan wakil kerajaan, agensi dan swasta terpilih untuk menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. Jemputan tersebut menunjukkan kerajaan peka dan mengambil berat akan pandangan dan cadangan gerakan koperasi dalam pelaksanaan Belanjawan 2024.

Dari Meja Presiden

Petanda yang baik buat warga koperasi apabila Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan bahawa beliau akan mencadangkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya meningkatkan jumlah peruntukan untuk sektor koperasi dalam Belanjawan 2024. Lebih tepat, apabila beliau memaklumkan perkara tersebut dalam ucapan beliau pada Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) di Kota Kinabalu, Sabah, iaitu majlis yang menandakan berakhirnya Bulan Koperasi yang telah diluluskan oleh Kabinet untuk disambut sepanjang bulan Julai setiap tahun. Sambutan Bulan Koperasi merupakan tanda pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi atas peranan dan sumbangan gerakan tersebut dalam pembangunan sosioekonomi negara dan membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. ANGKASA mengambil inspirasi daripada bulan yang cukup bermakna

Adalah diharapkan pembaca memahami bahawa semua usaha yang dilaksanakan oleh ANGKASA adalah untuk memastikan isu-isu yang membantutkan pertumbuhan gerakan koperasi antaranya akta yang menyekat koperasi untuk berniaga dalam sektor tertentu dan kekangan modal diharap dapat dikaji, diteliti dan diambil tindakan oleh kerajaan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

ANGKASA 4

OGOS 2023

DARI MUKA 3

BKK'23 'Malaysia MADANI Teras Kecemerlangan Koperasi' telah dilancarkan di Kuantan, Pahang pada 10 Julai 2023. yang bertemakan Hadir sama dalam majlis tersebut ialah isteri Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua

Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Hajjah Norlidah Tan Sri Datuk R.M Jasni, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Menteri KUSKOP, YB Datuk Ewon Benedick. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir

ialah Anggota Lembaga ANGKASA iaitu terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh (tengah)bertemu koperator yang hadir.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin menyerahkan replika cek bagi Anugerah Koperasi Premier Negara 2023 kepada Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengerusinya, Dato' Hasanuddin Hassan.

Anugerah Koperasi Premier Negara tahun 2023 1. Koperasi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 2. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad 3. Koperasi Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad 4. National Land Finance Co-operative Society Limited 5. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

Tokoh Koperasi Negara tahun 2023 Dato’ Haji Mat Rejab Kassim

Dato’ Haji Mat Rejab Kassim Dinobat Tokoh Koperasi Negara 2023

Dato’ Haji Mat Rejab Kassim bergambar bersama trofi dan replika cek yang diterima oleh beliau.

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin menyampaikan replika cek kepada Dato’ Haji Mat Rejab Kassim.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Dato’ Haji Mat Rejab Kassim yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Berhad selama 37 tahun juga merupakan Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah adalah seorang koperator yang aktif sejak tahun 1978. Beliau terlibat secara langsung dalam memimpin gerakan koperasi di peringkat negeri Kedah sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Beliau juga pernah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Development of Cooperative Movement in the State of Kedah’ di Geneva, Switzerland dan membantu banyak koperasi lain sehingga tersenarai dalam profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia.

BIODATA TOKOH KOPERASI NEGARA 2023

Pengerusi Koperasi Keluarga Dato’ Haji Mat Rejab Alor Setar Berhad (Ko Dmas) yang juga Pengerusi Koperasi Shamelin Berhad, Dato' Haji Mat Rejab Kassim telah dinobatkan sebagai Tokoh Koperasi Negara 2023. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK'23) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Julai 2023.

Nama

: Dato’ Haji Mat Rejab Kassim

Tarikh Lahir

: 28 Mei 1947 (76 tahun)

Asal : Alor Setar, Kedah Jawatan Terakhir : Pegawai Tadbir Negeri Kedah : Koperator Terbaik Negeri Kedah (2003) Anugerah : Tokoh Kepimpinan Koperasi (Hari Koperasi Negara 2006)

: Tokoh Bina Insan Koperasi 2012 : Tokoh Koperasi Peringkat Negeri Kedah 2023 : Tokoh Koperasi Negara 2023

5

Koperasi di Sabah Perlu Ambil Peluang Bantuan, Kerajaan Negeri - Hajiji

Oleh RAHMAT MOHD DID

Kerajaan Negeri Sabah berharap agar gerakan koperasi di negeri itu dapat mengambil peluang sebaik-baiknya terhadap inisiatif dan dana disediakan untuk memajukan perniagaan yang diceburi. Menurut Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Sabah telah mencatatkan sejumlah 1.73 juta orang ketibaan

pelancong pada tahun 2022 hasil daripada pembukaan semula pintu masuk sempadan negara yang telah memberi impak positif dan menggalakkan pemulihan sektor pelancongan.

Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berucap sewaktu merasmikan Hari Koperasi Negara 2023.

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan tetamu kehormat bergambar bersama pemenang Anugerah Koperasi IPT Terbaik 2023, Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik 2023 dan Anugerah Koperasi Kariah Masjid Terbaik 2023.

Tawau Berhad telah tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia tahun 2022. “Syabas dan tahniah kepada semua koperasi di Sabah. Saya ingin melihat agar lebih banyak lagi koperasi dari Sabah disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun akan datang," ujarnya. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji juga telah menyampaikan tiga anugerah dalam majlis tersebut, iaitu Anugerah Koperasi IPT Terbaik 2023, Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik 2023 dan Koperasi Kariah Masjid Terbaik 2023. Setiap pemenang membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM15,000 setiap satu. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Tuan Phoong Jin Zhe, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Sri Suriani Dato' Ahmad dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Rusli Jaafar. Kepimpinan ANGKASA yang turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh. Anugerah Koperasi IPT Terbaik 2023 -KoperasiPoliteknikMerlimauMelakaBerhad Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik 2023 - Koperasi SMK Meru Klang Berhad Koperasi Kariah Masjid Terbaik 2023 - Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup (tengah) bergambar bersama Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul (kanan) dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah (kiri) di gerai pameran ANGKASA.

YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor melawat gerai pameran di Hari Koperasi Negara 2023.

Program derma darah turut mendapat sambutan pengunjung.

Pengunjung melawat gerai pameran ANGKASA.

Sabah pada 22 Julai 2023. “Saya berbangga kerana Sabah mempunyai bilangan koperasi berdaftar kedua tertinggi di negara selepas Selangor dengan jumlah perolehan RM570 juta dan bilangan koperasi berdaftar sebanyak 1,707 buah dengan jumlah keanggotaan melebihi 350,000 orang. Ini membuktikan gerakan koperasi di Sabah telah berjaya memainkan peranannya dan menyumbang secara signifikan sebagai salah satu agen pertumbuhan sosioekonomi yang berpotensi mengatasi kemiskinan," katanya. Tambahnya, lebih membanggakan apabila terdapat empat koperasi dari Sabah, iaitu Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad, Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad, Koperasi Borneo Malaysia Berhad dan Koperasi Usahawan

Pada tahun 2023, jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 2.2 juta orang dan sekali gus mampu menjana perolehan sebanyak RM4.1 bilion. “Di Sabah kita mempunyai banyak jenis koperasi yang membangunkan sosioekonomi komuniti, sama ada berkaitan peruncitan atau aktiviti pelancongan dan kelestarian alam sekitar. Negeri ini kaya dengan sumber alam semula jadi dan sosiobudaya yang mampu menarik ramai pelancong berkunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Justeru, saya mahu gerakan koperasi di Sabah terus memperkasakan diri, meningkatkan daya saing dan merebut peluang ekonomi yang tersedia." Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Koperasi Negara 2023 di Kota Kinabalu,

BKK' 23 6

OGOS 2023

Sektor Koperasi Perlu Diberi Peruntukan Lebih Besar dalam Bajet 2024 – Ahmad Zahid

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MINISTRY OF INTERPRENEUR DEVELOPMENT & COOPERATIVES

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi (empat dari kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 kepada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad yang diwakili oleh Pengerusinya, Haji Alimen Ahmad (lima dari kanan).

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

antara agen pengubah kepada sistem sosial yang ada di negara kita. Maka dalam hal itu, apabila kita ketepikan perbezaan dalam kalangan kita, bila kita berkoperasi, kita ketepikan warna-warna politik dan koperasi adalah pentas terbaik untuk menyatukan fikrah atau unification of thought kita,” tambah beliau. Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid turut meluahkan harapannya agar KUSKOP dengan kerjasama SKM dan ANGKASA dapat menganjurkan Hari Koperasi Sedunia pada masa hadapan. Sementara itu, Datuk Ewon dalam ucapannya berkata, sebanyak 219 pempamer telah mengambil bahagian dalam ekspo perkhidmatan dan produk koperasi sempena HKN’23 yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 Julai 2023 di Kota Kinabalu. Tambah beliau, HKN’23 telah menyaksikan kehadiran lebih 10,000 pengunjung sekali gus merekodkan jualan tunai mencecah RM1.5 juta sepanjang tiga hari penganjurannya sementara Jualan MADANI mencatat nilai jualan sebanyak RM90 ribu. Nilai prospek perniagaan dalam sesi padanan perniagaan pula direkodkan sebanyak RM46.9 juta. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Koperasi Terbaik Mengikut Enam (6) Sektor Ekonomi kepada enam buah koperasi, Anugerah Koperasi Harapan dan Anugerah Koperasi Khidmat Masyarakat. Setiap pemenang anugerah membawa pulang sijil, plak dan wang tunai sejumlah RM15,000. Majlis penutup turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor dan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Kepimpinan ANGKASA yang lain turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan wakil KUSKOP, Encik Azizul Alias serta Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.

Peruntukan yang lebih besar perlu diberikan kepada Sektor Koperasi dalam Belanjawan 2024 kerana sektor tersebut merupakan penyumbang ketiga kepada pertumbuhan ekonomi negara. Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Julai 2023. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan Mahyuddin. Majlis penutupan tersebut menandakan berakhirnya BKK’23 yang telah berlangsung sepanjang bulan Julai tahun 2023 yang turut menyaksikan tiga lagi program utama telah berjaya dianjurkan, iaitu Majlis Pelancaran BKK’23, Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena BKK’23 dan Hari Koperasi Negara 2023 (HKN’23). Kesemua program telah dijalankan oleh KUSKOP menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan koperasi termasuk ANGKASA. Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid juga berkata, beliau menyambut baik usaha penjenamaan semula sebanyak 2,581 kedai koperasi di bawah jenama 'CoopMart' oleh KUSKOP. “Biarpun kedai koperasi diusahakan oleh pelbagai koperasi dengan pelbagai nama tetapi branding (CoopMart) ini cukup penting dan ini merupakan game changer yang dibawakan oleh koperasi dan saya ingin mengucapkan tahniah bagi pihak kerajaan,” katanya. “Apabila koperasi mempunyai keanggotaan seramai 7.3 juta orang, itu merupakan satu gerakan yang mengenepikan perbezaan politik, agama, bangsa dan budaya. Koperasi merupakan

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berbicara dengan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Dato’ Adam Abd Ghani.

Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (tengah) turut hadir ke Majlis Penutupan BKK’23.

Anugerah Koperasi Terbaik Mengikut Enam Sektor Ekonomi 1. Sektor Perkhidmatan Kewangan - Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad 2. Sektor Pemborongan & Peruncitan - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad 3. Sektor Pertanian & Industri Asas Tani - Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad 4. Sektor Perladangan - Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad 5. Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan 2023 - Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad 6. Sektor Pembangunan Hartanah & Industri Pembinaan 2003 - Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Anugerah Koperasi Harapan - Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Keningau Sabah Berhad Anugerah Koperasi Khidmat Masyarakat - Koperasi Bait Sarawak Berhad

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 7

OGOS 2023

8

Penglibatan Generasi Baharu dalam Koperasi Beri Keberhasilan Berimpak Tinggi – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi (duduk, tiga dari kanan) dan tetamu kehormat bergambar bersama peserta Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Penglibatan generasi baharu dalam gerakan koperasi akan memberikan keberhasilan yang berimpak tinggi di mana semangat berkoperasi disuntik sejak di peringkat awal. Menurut Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan berharap koperasi belia di Malaysia dapat diperkasakan agar mampu melahirkan produk kepimpinan di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Tambah beliau, koperasi merupakan salah satu cabang untuk memperkukuh dan memperkasakan ekonomi negara. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0) di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Julai 2023. APCYS 4.0 secara rasminya melabuhkan tirainya selepas ber– langsung selama empat hari bermula pada 27 Julai 2023 di Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 189 belia dari 19 negara rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan Mahyuddin. Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid juga berkata peranan golongan belia adalah signifikan dalam memacu momentum transformasi kerana

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan.

YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid menyerahkan replika cek bernilai USD2,000 kepada wakil Mudamudi.coop (Indonesia) yang merupakan johan pertandingan ‘ Coop Pitch ’.

Kolej Vokasional Likas dari Malaysia memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD1,500.

LMPC Coop Youth Planet (Filipina) memenangi tempat ketiga dan memenangi wang tunai berjumlah USD1,000.

sebagai bakal pemimpin, golongan tersebut merupakan ‘kunci’ kepada masa hadapan negara. “Oleh itu, amat penting untuk melibatkan belia dan memperkasakan peranan mereka secara progresif dalam tadbir urus dan pembangunan negara,” ujar beliau. Katanya, usaha menggalakkan belia untuk terlibat dalam gerakan koperasi akan mempromosikan pertumbuhan jati diri, kemahiran kepimpinan dan penglibatan komuniti mereka di samping memupuk persekitaran perniagaan yang mampan serta beretika dan seterusnyamemberimanfaatkepadamasyarakat

Wakil Koperasi SMK Putatan Berhad, Puan Jumahira Nurdin menerima sijil penghargaan sukarelawan.

9

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya.

YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid berbincang dengan Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (empat dari kanan).

YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid bersalaman dengan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid berswafoto bersama peserta APCYS 4.0.

YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid bersalaman dengan Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer.

in Educational Institutions (ICEI), Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias yang mewakili KUSKOP serta Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul. APCYS 4.0 dianjurkan oleh ICA-AP dengan kerjasama ICA-AP Committee on Youth Cooperation (ICYC) dan buat julung kalinya juga Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah melalui ANGKASA. Sidang tersebut mengangkat tema 'Cooperation for Sustainable Lifestyle' atau ‘Kerjasama untuk Gaya Hidup Lestari’ yang memberi fokus kepada peranan belia dalam pengamalan gaya hidup

secara keseluruhan. Penglibatan mereka dalam koperasi juga membantu mewujudkan impak positif kepada ekonomi dan alam sekitar. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama pertandingan ' Coop Pitch', iaitu Mudamudi.coop dari Indonesia manakala Kolej Vokasional Likas (Malaysia) dan LMPC Coop Youth Planet (Filipina) masing- masing memenangi tempat kedua dan ketiga. Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD2,000 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing meraih wang tunai berjumlah USD1,500 dan USD1,000. Semua pemenang akan turut menerima sokongan serta akses terus untuk membangun dan melaksanakan model koperasi yang diusahakan oleh mereka dalam pertandingan itu. Beliau juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada pengetua tujuh sekolah di Sabah yang telah menghantar beberapa pelajar dari sekolah masing-masing untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam APCYS 4.0. Majlis penutup turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi ICA-AP Committee on Cooperatives

Dalam aktiviti amali, delegasi telah menanam 261 anak pokok pelbagai spesis di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada 29 Julai 2023. Aktiviti tersebut dilaksanakan menerusi Go Green Campaign 4.0 anjuran ICYC dan program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok anjuran ANGKASA. Pada hari yang sama, delegasi juga terlibat dalam aktiviti pembersihan pantai di Pulau Manukan dan menyelami budaya tradisi masyarakat Sabah melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Koperasi Homestay Desa Cinta Kobuni (KOBUNI).

Senarai pemenang pertandingan ‘Coop Pitch’ Johan Mudamudi.coop (Indonesia) Naib johan Kolej Vokasional Likas (Malaysia) Tempat ketiga LMPC Coop Youth Planet (Filipina) Senarai koperasi sekolah yang menghantar sukarelawan ke APCYS 4.0 Bil. Nama koperasi 1. Koperasi SMK Tansau Berhad 2. Koperasi SMK Putatan Berhad 3. Koperasi Maktab Sabah Berhad 4. Koperasi SMK Bandaraya Berhad 5. Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad 6. Koperasi SMK Badin Tuaran Berhad 7. Koperasi SMK Taman Tun Fuad Berhad

lestari selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) melalui nilai dan prinsip koperasi serta memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar. Selain daripada ‘Coop Pitch’, delegasi turut didedahkan dengan perkongsian ilmu dan kemahiran mengenai pelbagai topik melalui tiga aktiviti utama, iaitu sesi pleno, sesi pembelajaran dan aktiviti amali. Antara topik menarik yang menjadi fokus dalam APCYS 4.0 adalah pembentukan nilai dalam keusahawanan koperasi, gaya hidup mampan dalam komuniti, kemahiran kewangan untuk koperasi mampan, inovasi dalam koperasi dan peranan koperasi dalam SDG 2030.

1

27th - 30th Ju

2

5

11

9

10

14

15

16

19 20

21

KETERANGAN GAMBAR

4.

Petugas ANGKASA bergambar bersama sukarelawan yang merupakan pelajar dari koperasi sekolah sekitar Sabah. Penceramah untuk Plenary Session: Cooperation for Sustainable Lifestyles iaitu; (dari kiri) Ms. Justine Lynn C. Limocon dari Lamac Multipurpose Cooperative (Filipina), Ms. Mira Dzhakshylykova dari American University of Central America dan Encik Zaiwin Kassim dari Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad. Peserta mempelajari cara untuk membuat kuih sinirung sirung.

7.

Peserta mencuba makanan tradisional suku kaum Kadazan - dusun dan Rungus iaitu Linopot. Mr. Balu menanam pokok di SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Barisan juri untuk pertandingan ‘Coop Pitch’ iaitu; (dari kanan) Mr. Alex Shieh dari Singapore National Cooperative Federation , Ms. Prakruti Upadhyay dari National Yuva Co-op Society Ltd. (India) dan Encik Zaiwin Kassim. Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul (kiri).

1.

Sesi pemberian cenderamata kepada semua penceramah APCYS 4.0 dan ANGKASA sebagai hos program. Sebahagian daripada peserta APCYS 4.0 bergambar kenangan selepas menyelami budaya tradisi masyarakat Sabah melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Koperasi Homestay Desa Cinta Kobuni (KOBUNI). Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer ketika menyampaikan ucapan.

5.

8.

9.

2.

3.

6.

10.

3

4

uly 2023 | Sabah, Malaysia

6

8

7

12

13

17

18

22

23

24

11.

Peserta bergambar sebelum aktiviti pembersihan pantai di Pulau Manukan. Aktiviti penanaman pokok di SMK Bandaraya Kota Kinabalu turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus (kanan) dan Setiausaha ANGKASA Negeri Sabah, Encik Mohd. Ramlan Haji Mohd Soon (tengah). Peserta mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok. Peserta lelaki dan perempuan masing- masing memakai kain pelikat dan kain batik.

15.

Penceramah untuk Plenary Session on Bootstrapping: Building a co-op from the ground up! yang terdiri daripada (dari kiri) Mr. Rohan Clarke dari Co-operative Farming (Australia), Ms. Teepee Gile dari Red Root Artists Cooperative (Filipina) dan Mr. Haneesh Katnawer dari Himalayan Hemp Cooperative (India). Peserta akhir ‘Coop Pitch’ dari India. Peserta menunjukkan guni berisi sampah yang dikutip dalam aktiviti pembersihan pantai. Peserta bergambar kenangan di KOBUNI.

19.- 20. Peserta mengambil peluang untuk bertanya soalan. 21.

12.

Ahli Lembaga Koperasi SMK Tansau Berhad, adik Iman Khadijah Maskini Jaironi ketika memberikan penerangan mengenai kejayaan koperasinya. Peserta dari India bergambar sambil memegang tanda #APCYS4.0, #WeAreCoops dan #CoopYouth. Peserta mengutip sampah di persisiran pantai. Peserta dari Filipina mengambil gambar kenangan.

22.

16. 17.

13.

23.

14.

24.

18.

12

APCYS 4.0 Iktiraf Peranan Belia dalam Amalan Gaya Hidup Lestari Melalui Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan ucapan.

YB Datuk Ewon dan tetamu kehormat bergambar bersama peserta APCYS 4.0 dari Filipina.

YB Datuk Ewon menyampaikan plak penghargaan kepada Pengerusi Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP), Datuk Baharom Embi.

Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad,

Tambah beliau, gerakan koperasi menyediakan platform ideal untuk individu muda mengembangkan kemahiran kepimpinan, memupuk semangat keusahawanan dan memanfaatkan potensi diri mereka di mana koperasi mampu memupuk persekitaran yang menggalakkan kerjasama, keterangkuman dan pengambilan keputusan secara serta sama. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Naib Pengerusi Eksekutif SKM, Encik Amran Abd. Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi ICA-AP Committee on Cooperatives in Educational Institutions (ICEI), Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga Ahli Lembaga Cooperative Housing International, Dato’ Haji Kamarudin Ismail merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias yang mewakili KUSKOP serta Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah beramah mesra dengan peserta dari Korea Selatan.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Rusli Jaafar, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. YB Datuk Ewon juga menyeru semua delegasi untuk menghayati tema itu dan menerapkannya dalam kehidupan seharian di samping terus memperkasakan nilai dan prinsip koperasi. “KUSKOP komited untuk terus menggalakkan lebih ramai persatuan komuniti, usahawan dan golongan profesional supaya menubuhkan koperasi bagi meneroka peluang untuk melonjakkan ekonomi dan perniagaan. Oleh itu, kami percaya bahawa sidang kemuncak ini adalah platform terbaik untuk menarik lebih ramai belia memahami dan akhirnya mengambil bahagian dalam sektor koperasi,” ujarnya.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Tema 'Cooperation for Sustainable Lifestyle' atau ‘Kerjasama untuk Gaya Hidup Lestari’ telah dibincang dalam Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0) untuk mengiktiraf peranan signifikan yang dimainkan oleh belia dalam membentuk masa hadapan yang didorong oleh kerjasama, keterangkuman dan kemampanan melalui platform koperasi. Demikian antara intipati ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick kepada 189 delegasi belia dari 19 negara rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia ketika merasmikan sidang tersebut di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Julai 2023. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kiri), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (enam dari kiri) dan Encik Azizul Alias (empat dari kiri) yang mewakili KUSKOP ketika menghadiri majlis perasmian APCYS 4.0.

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kanan) turut hadir dalam majlis.

13

Reaksi Peserta

" Saya hadir dalam sidang ini dengan ‘zero knowledge’ mengenai koperasi dan pulang ke negara saya dengan pelbagai ilmu baharu mengenai koperasi. Itulah istimewanya APCYS 4.0 dan saya pasti tidak akan melupakan pengalaman saya sepanjang berada di Sabah. Nguyen Mai Huong

Pembantu Projek StudiEx / Vietnam

" Pertandingan ‘Coop Pitch’ memberi peluang yang cukup besar dan bermakna kepada golongan belia seperti saya untuk mengetengahkan idea dan menunjukkan bahawa golongan muda juga mempunyai kuasa bagi mengubah masyarakat dan negara, malah dunia. Vastu K.S.G Garudatama

Ketua Pegawai Eksekutif Mudamudi.coop/ Indonesia

" APCYS kali ini memang berbeza kerana aktiviti luar yang kami lakukan bukan sahaja bertujuan untuk mempelajari budaya masyarakat dari negara lain, malahan juga untuk menghargai alam sekitar dan menyemarakkan sikap menyayangi bumi. Cherry Ann P. Adayo Ahli Lembaga Pengarah (mewakili sektor belia) MASS-SPECC Cooperative Development Center/ Filipina

" Perkongsian ilmu oleh penceramah daripada pelbagai bidang kepakaran dari negara yang kaya dengan sumber alam seperti Australia dan Korea cukup menarik khususnya bagaimana koperasi membantu petani dan pekebun kecil untuk meningkatkan taraf hidup.

Upakar Bhandari Pegawai Pertanian Satyawati Rural Municipality/ Nepal

" Sebagai individu yang berasal dari Sarawak, saya cukup teruja melihat dan menyelami budaya dan tradisi masyarakat di negeri jiran serta berasa bangga peserta dari negara lain turut dapat merasai sendiri pengalaman dan keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia. Nur Diyana Jamali Anggota Koperasi Sri Madani Sarawak Berhad/ Malaysia

" Ilmu yang saya raih daripada sesi pleno dan pembelajaran dalam APCYS 4.0 yang banyak menyentuh mengenai gaya hidup mampan akan saya kongsikan dengan rakan sekerja supaya kami dapat menghasilkan idea baharu untuk membantu meningkatkan sektor pertanian dan perladangan di Kemboja. Hoy Saksa Setiausaha Agung Cambodia Agricultural Cooperative Alliance/ Kemboja

ANGKASA 15

OGOS 2023

Kerjasama ANGKASA dan Samsung Perkukuh Ekosistem Perniagaan Koperasi

Oleh RAHMAT MOHD DID

peranti berkualiti tinggi yang berupaya meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka. Kerjasama ini juga mampu merebut sebahagian besar pasaran, sekurang-kurangnya dalam kalangan lebih tujuh juta anggota koperasi di seluruh negara. ANGKASA juga berharap kerjasama ini menjadi pendorong kepada lebih banyak lagi kerjasama dengan pemain industri lain di luar sana, sekali gus memperkuat ekosistem koperasi yang memberi manfaat besar kepada anggota koperasi dan masyarakat umum," jelas beliau. Encik Denny Kim pula dalam ucapannya meluahkan rasa teruja terhadap kerjasama tersebut

dan berharap jenama Samsung dapat meneroka ruang pasaran yang lebih luas serta terus mendapat tempat dalam hati pengguna Malaysia, khususnya anggota koperasi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengarah Hal Ehwal Korporat SME, Dato’ Roh Jae Yeol dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Kerjasama strategik antara ANGKASA dengan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. akan memperkukuh ekosistem perniagaan koperasi, khususnya dalam sektor inovasi dan teknologi sekali gus membuka ruang bagi mereka mempelbagaikan penawaran produk kepada pengguna dan anggotanya. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tersebut juga merupakan tanda kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pemain industri kepada ANGKASA dan gerakan koperasi selain mengiktiraf potensi dan nilai besar yang dibawa oleh gerakan tersebut kepada landskap perniagaan. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan SME di Ibu Pejabat ANGKASA pada 1 Ogos 2023. Kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah manakala SME diwakili oleh Presidennya, Encik Denny Kim. Melalui kerjasama tersebut, ANGKASA akan menjadi salah satu pembekal produk keluaran syarikat gergasi teknologi dari Korea Selatan itu dan usaha tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, koperasi boleh mendapatkan bekalan produk melalui sistem dalam talian, iaitu JimatBiz dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran. Koperasi mempunyai kebebasan untuk menjual atau menyimpan barang tersebut bergantung kepada strategi perniagaan mereka. Untuk fasa kedua dan seterusnya, pengguna boleh mendapatkan peranti Samsung melalui anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dan pengguna diberikan kemudahan membeli secara dalam talian serta mempunyai pilihan membayar secara ansuran melalui potongan gaji. “Ciri tambahan ini adalah sejajar dengan matlamat ANGKASA untuk memperkasakan perniagaan koperasi dan anggotanya serta menyediakan akses kepada

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Encik Denny Kim menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani antara ANGKASA dengan SME Sdn. Bhd.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Encik Denny Kim menandatangani MoU antara ANGKASA dengan SME Sdn. Bhd. pada 'screen monitor' . Turut kelihatan ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri) dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kiri sekali).

Encik Denny Kim menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA bergambar bersama barisan pengurusan SME Sdn. Bhd. yang diketuai Encik Denny Kim.

RENCANA 16

OGOS 2023

Ekonomi Digital: Transformasi ke Arah Koperasi Berdaya Tahan

Dalam persekitaran perniagaan yang sangat bergelora dan kompleks, mengetahui cara untuk terus bertahan atau mengubah 'ancaman' menjadi 'peluang' untuk mencapai pembangunan yang lebih mampan menjadi tumpuan penting perniagaan hari ini. Transformasi digital telah menjadi strategi utama bagi koperasi, syarikat, perniagaan atau perusahaan meningkatkan daya tahan untuk bertindak balas secara berkesan bagi mencapai kemampanan dalam konteks ekonomi digital. Ekonomi digital ditakrifkan merangkumi semua aktiviti ekonomi yang bergantung atau ditingkatkan secara signifikan oleh input digital iaitu teknologi, infrastruktur, perkhidmatan dan data. Aktiviti ini, merujuk kepada penggunaan digital oleh pengeluar dan pengguna termasuk kerajaan, swasta dan perusahaan lain (OECD, 2020). Ekonomi ini, dipacu oleh sektor e-dagang yang kukuh meliputi peruncitan dalam talian, penggunaan peranti berkaitan internet serta pelaburan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Forum Ekonomi Dunia 2020, menganggarkan 70 peratus nilai baharu akan diwujudkan melalui model perniagaan platform digital. Sektor dengan kadar digitalisasi tinggi terutama berkaitan dengan maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans dapat mendepani cabaran ini, dengan lebih baik. Teknologi digital seperti e-dagang dan pembelajaran dalam talian mewujudkan peluang baharu dengan merapatkan jurang antara pengguna dengan koperasi atau peniaga serta pelajar dengan pendidik. Perkembangan ini, menjadikan transaksi ekonomi lebih cepat dan cekap kos. Peningkatan penawaran perkhidmatan platform e-dagang dan penyelesaian pembayaran digital telah membolehkan banyak perniagaan mampu bertahan malah beralih kepada operasi melalui platform dalam talian untuk terus berkembang. Dari sudut permintaan, pendigitalan meningkatkan penggunaan dengan bantuan platform dalam talian. Dari sudut penawaran, pendigitalan mengubah cara perniagaan beroperasi terutamanya membolehkan Oleh SITI AISHAH JAFFAR Pegawai Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan / AURA Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Gambar hiasan

Jadual 1: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, 2020 dan Kadar Penggunaan Teknologi Digital Mengikut Sektor

2020

2019

SEKTOR

Internet Mudah Alih dan Teknologi (%)

Pertumbuhan KDNK (%)

Laman Web (%)

Media Sosial (%)

Pengkomputeran Awam (%)

Perisian Pengurusan (%)

KADAR KEBANGSAAN PEMBUATAN PERTANIAN

-5.6

48.5 60.0

63.8

46.8

41.9

-2.6 -2.2

53.1 51.8 19.2

73.0 56.7 46.1

62.7 54.7 24.6 55.9 64.9

46.3 56.8 60.8 48.8 46.4

48.4 39.5 40.5 29.1 42.7

PERLOMBONGAN

-10.6 -19.4

PEMBINAAN

34.9 47.5 49.4 60.4

PERKHIDMATAN PERDAGANGAN BORONG DAN RUNCIT PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN DAN MINUMAN

-5.5

-6.1

50.4 64.0

65.3

47.1

47.1

-21.9

55.8

44.2

76.1

54.2

42.5

-20.6

37.4

72.9

61.7

23.0

20.4

PENGINAPAN

-50.3

42.5

66.7

51.8

43.0 65.0

56.6 76.8

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KEWANGAN DAN INSURANS

6.0

86.9 85.6

82.6

2.7

52.4

38.1

68.4

44.2

41.6

Nota: Angka tidak semestinya berjumlah 100 % disebabkan pelbagai pilihan jawapan oleh responden Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

RENCANA 17

OGOS 2023

Jadual 2: Peningkatan Penggunaan e-Pembayaran di Malaysia, 2020

menyumbang kepada keputusan lebih baik untuk koperasi tindak balas pantas terhadap perubahan dalam persekitaran. Berdasarkan perspektif kesan, transformasi pendigitalan telah mengubah perniagaan tradisional koperasi kepada kemampanan perusahaan dan perniagaan:

Transaksi perbankan dalam talian (RM) 2.5 bilion (Meningkat 49 %)

Jumlah Transaksi e-dompet (RM) 0.6 bilion (Meningkat 131 %)

Pendaftaran Perniagaan Bagi Penerimaan Pembayaran Kod QR (RM)

Tahun

773,000 (Meningkat 164 %)

2020

2019

1.7 bilion

0.3 bilion

293,000

kerja secara jarak jauh, meningkatkan penyimpanan data dan menambah baik perkongsian maklumat. Transformasi digital bukanlah konsep baharu. Seawal tahun 1991, Morton menegaskan dalam penyelidikan rintisnya bahawa aplikasi teknologi digital akan membawa perubahan radikal dalam pengeluaran, operasi, pengurusan, dan mod perkhidmatan perniagaan. Konsep transformasi digital merupakan proses merealisasikan peningkatan perniagaan utama melalui gabungan maklumat, pengkomputeran, komunikasi dan teknologi. Transformasi digital membawa impak meluas. Daripada perspektif makro, transformasi digital koperasi akan merangsang perubahan mendalam perniagaan dan masyarakat serta boleh meningkatkan produktiviti pekerja, menggalakkan peningkatan struktur perindustrian, dan mengukuhkan kebajikan sosial masyarakat. Daripada perspektif mikro, transformasi digital boleh mengukuhkan kecekapan operasi seperti pengeluaran melalui automasi pengeluaran, penambahbaikan proses perniagaan, penjimatan kos, dan peningkatan pengkhususan tenaga kerja. Selain itu, ia boleh meningkatkan prestasi korporat koperasi seperti inovasi, prestasi kewangan, pertumbuhan syarikat, dan prestasi pasaran modal. Terdapat juga cabaran besar yang berpotensi dihadapi dengan aplikasi meluas teknologi digital, terutamanya dari segi keselamatan dan privasi data. Transformasi digital boleh memberi kesan positif terhadap daya tahan koperasi. Dari segi teori, transformasi digital boleh meningkatkan kerjasama menegak dengan rakan kongsi, pembekal dan pelanggan, serta kerjasama mendatar dengan pesaing dan institusi seperti universiti, meningkatkan ketangkasan koperasi, keboleh suaian dan daya tahan untuk bergelut dalam persekitaran pasaran yang kompleks dan berubah. Selain itu, teknologi digital boleh meningkatkan pemahaman dan kesesuaian koperasi terhadap perubahan persekitaran. Sebagai contoh, data raya membentuk asas analisis dan pemprosesan data, yang membantu koperasi dalam meramal dan mengenal pasti risiko luaran. Teknologi digital seperti kecerdasan buatan, boleh membantu koperasi membuat keputusan yang bijak dalam krisis dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan. Keupayaan pertama tindak balas daripada transformasi digital adalah penerapan teknologi digital boleh meningkatkan tahap automasi dan kecerdasan dalam proses pengeluaran dan operasi secara berkesan serta mengukuhkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan pembangunan produk dan kos pembuatan, dan memendekkan masa pasaran. Kelebihan ini membantu koperasi memperuntukkan sumber dan keupayaan sedia ada dengan cepat dan melibatkan diri dalam aktiviti pengeluaran baharu untuk menangkap dan mencipta peluang dalam menghadapi kesukaran untuk mencapai pertumbuhan yang tidak konvensional. Mengaktifkan daya tahan koperasi memerlukan hubungan berkesan dari dalam ke luar. Teknologi digital mengubah mod interaksi merentasi sempadan yang menghubungkan perniagaan secara berkesan dan meningkatkan kecekapan hubungan dalaman koperasi secara luar biasa. Ini dapat mengoptimumkan proses perniagaan koperasi dan membuat keputusan dalam situasi krisis sambil memperbaiki keupayaan tindak balas. Akhirnya, koperasi boleh mengguna pakai teknologi digital untuk membuat analisis data secara mendalam dan lebih luas. Ini akan memberi keupayaan kepada koperasi dari segi pemantauan, analisis, pemprosesan dan penghantaran data serta mengukuhkan keupayaan koperasi untuk mengenal pasti dan melihat risiko luaran. Perkara tersebut dapat membantu koperasi mengenal pasti kemungkinan krisis dan bertindak balas dengan cepat, terutamanya melalui keupayaan analisis data. Sebagai contoh, penyelesaian IT dalam analisis data boleh

Membantu koperasi mencapai pertumbuhan sihat dalam persekitaran pasaran tidak menentu dengan membolehkan pembentukan model perniagaan baharu, membangunkan peluang pasaran baharu, menambah segmen perniagaan baharu, dan meningkatkan keupayaan pasaran serta keuntungan.

01

02

Integrasi teknologi digital baharu muncul dalam pengeluaran, operasi dan pengurusan menyukarkan sumber dan keupayaan koperasi untuk ditiru oleh pesaing.

Teknologi digital akan membentuk semula inovasi persekitaran dalaman dan luaran serta mengoptimumkan proses dan mod inovasi dengan mempercepatkan aktiviti R&D, menggalakkan pembangunan aktiviti inovasi, dan menyediakan aliran dorongan yang mantap ke arah kemampanan. Dalam proses transformasi digital, penggunaan meluas peranti pintar akan meningkatkan permintaan buruh berkemahiran tinggi. Oleh itu, ia akan meningkatkan tahap modal insan dan menyediakan jaminan intelektual yang kukuh dan sokongan bakat untuk koperasi menjalankan aktiviti perniagaan baharu dan mencapai kemampanan. Transformasi digital meningkatkan daya tahan korporat dengan meningkatkan tahap modal insan. Koperasi yang mempunyai tahap pendigitalan tinggi, tenaga kerja berasaskan teknologi digital akan meluaskan sempadan pengetahuan yang sukar dicapai oleh buruh tradisional. Penerapan teknologi digital akan memudahkan pekerja berkongsi pengalaman dan pengetahuan, merealisasikan aliran dan perkongsian pengetahuan dan mengurangkan kos untuk mereka memperoleh pengetahuan, yang akhirnya membolehkan peningkatan kualiti modal insan.

03

04

05

06

Kesimpulannya, transformasi digital mampu memacu pembentukan semula dan pembaharuan model perniagaan dan pengurusan koperasi dari tiga aspek: perhubungan dan komunikasi, mengagregat data, dan meningkatkan kepenggunaan. Ada beberapa koperasi telah mewujudkan hubungan berkesan dengan pengguna, peringkat dalaman dalam semua aspek rantaian bekalan melalui aplikasi teknologi digital. Ini bagi meningkatkan pecutan luar biasa untuk menyumbang kepada peningkatan perniagaan.

RUJUKAN

Euler Hermes. (2020). Digital-Enabling Countries Proved More Resilient to the Covid-19 Economic Shock. https: //www. eulerhermes. com/en_global/news insights/economicinsights/ Digital-enabling-countries-countries-proved-more-resilient-to-the-Covid-19-economic-shock.html Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Digital Economy Malaysia 2021 . https://www.dosm.gov. my Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Penggunaan ICT dan e-Dagang oleh Pertubuhan 2020. https://dosm.gov.my Organisation for Economic Co-operation and Development. (2020). A Systemic Resilience Approach to Dealing with Covid-19 and Future Shocks. https://www.oecd.org/coronavirus/ policy-responses/a-systemic-resilience-approach-to-dealing-with-covid-19-and-future-shocks- 36a5bdfb/ Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2021). Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia. https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-02/rangka-tindakan- blueprint-blueprint-ekonomi-digital-Malaysia.pdf World Economic Forum. (2019). Shaping the Future of Digital Economy and New Value Creation. https://www.weforum.org/platforms/shaping-the-future-of-digital-economy-and new- value-creation

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease