WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2023

12

APCYS 4.0 Iktiraf Peranan Belia dalam Amalan Gaya Hidup Lestari Melalui Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick ketika menyampaikan ucapan.

YB Datuk Ewon dan tetamu kehormat bergambar bersama peserta APCYS 4.0 dari Filipina.

YB Datuk Ewon menyampaikan plak penghargaan kepada Pengerusi Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP), Datuk Baharom Embi.

Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad,

Tambah beliau, gerakan koperasi menyediakan platform ideal untuk individu muda mengembangkan kemahiran kepimpinan, memupuk semangat keusahawanan dan memanfaatkan potensi diri mereka di mana koperasi mampu memupuk persekitaran yang menggalakkan kerjasama, keterangkuman dan pengambilan keputusan secara serta sama. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) KUSKOP, Datuk Haji Zamri Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Naib Pengerusi Eksekutif SKM, Encik Amran Abd. Kadir dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohd Zaib Mat Yunus. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi ICA-AP Committee on Cooperatives in Educational Institutions (ICEI), Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan yang juga Ahli Lembaga Cooperative Housing International, Dato’ Haji Kamarudin Ismail merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias yang mewakili KUSKOP serta Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah beramah mesra dengan peserta dari Korea Selatan.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Rusli Jaafar, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. YB Datuk Ewon juga menyeru semua delegasi untuk menghayati tema itu dan menerapkannya dalam kehidupan seharian di samping terus memperkasakan nilai dan prinsip koperasi. “KUSKOP komited untuk terus menggalakkan lebih ramai persatuan komuniti, usahawan dan golongan profesional supaya menubuhkan koperasi bagi meneroka peluang untuk melonjakkan ekonomi dan perniagaan. Oleh itu, kami percaya bahawa sidang kemuncak ini adalah platform terbaik untuk menarik lebih ramai belia memahami dan akhirnya mengambil bahagian dalam sektor koperasi,” ujarnya.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Tema 'Cooperation for Sustainable Lifestyle' atau ‘Kerjasama untuk Gaya Hidup Lestari’ telah dibincang dalam Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0) untuk mengiktiraf peranan signifikan yang dimainkan oleh belia dalam membentuk masa hadapan yang didorong oleh kerjasama, keterangkuman dan kemampanan melalui platform koperasi. Demikian antara intipati ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick kepada 189 delegasi belia dari 19 negara rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia ketika merasmikan sidang tersebut di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Julai 2023. Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Menteri KUSKOP, YB Senator Puan

Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kiri), Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (enam dari kiri) dan Encik Azizul Alias (empat dari kiri) yang mewakili KUSKOP ketika menghadiri majlis perasmian APCYS 4.0.

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (tiga dari kiri) dan Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (lima dari kanan) turut hadir dalam majlis.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease