WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2023

ANGKASA 15

OGOS 2023

Kerjasama ANGKASA dan Samsung Perkukuh Ekosistem Perniagaan Koperasi

Oleh RAHMAT MOHD DID

peranti berkualiti tinggi yang berupaya meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka. Kerjasama ini juga mampu merebut sebahagian besar pasaran, sekurang-kurangnya dalam kalangan lebih tujuh juta anggota koperasi di seluruh negara. ANGKASA juga berharap kerjasama ini menjadi pendorong kepada lebih banyak lagi kerjasama dengan pemain industri lain di luar sana, sekali gus memperkuat ekosistem koperasi yang memberi manfaat besar kepada anggota koperasi dan masyarakat umum," jelas beliau. Encik Denny Kim pula dalam ucapannya meluahkan rasa teruja terhadap kerjasama tersebut

dan berharap jenama Samsung dapat meneroka ruang pasaran yang lebih luas serta terus mendapat tempat dalam hati pengguna Malaysia, khususnya anggota koperasi. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengarah Hal Ehwal Korporat SME, Dato’ Roh Jae Yeol dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Kerjasama strategik antara ANGKASA dengan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. akan memperkukuh ekosistem perniagaan koperasi, khususnya dalam sektor inovasi dan teknologi sekali gus membuka ruang bagi mereka mempelbagaikan penawaran produk kepada pengguna dan anggotanya. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama tersebut juga merupakan tanda kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pemain industri kepada ANGKASA dan gerakan koperasi selain mengiktiraf potensi dan nilai besar yang dibawa oleh gerakan tersebut kepada landskap perniagaan. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan SME di Ibu Pejabat ANGKASA pada 1 Ogos 2023. Kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah manakala SME diwakili oleh Presidennya, Encik Denny Kim. Melalui kerjasama tersebut, ANGKASA akan menjadi salah satu pembekal produk keluaran syarikat gergasi teknologi dari Korea Selatan itu dan usaha tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa. Dalam fasa pertama, koperasi boleh mendapatkan bekalan produk melalui sistem dalam talian, iaitu JimatBiz dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran. Koperasi mempunyai kebebasan untuk menjual atau menyimpan barang tersebut bergantung kepada strategi perniagaan mereka. Untuk fasa kedua dan seterusnya, pengguna boleh mendapatkan peranti Samsung melalui anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dan pengguna diberikan kemudahan membeli secara dalam talian serta mempunyai pilihan membayar secara ansuran melalui potongan gaji. “Ciri tambahan ini adalah sejajar dengan matlamat ANGKASA untuk memperkasakan perniagaan koperasi dan anggotanya serta menyediakan akses kepada

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Encik Denny Kim menunjukkan dokumen MoU yang ditandatangani antara ANGKASA dengan SME Sdn. Bhd.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Encik Denny Kim menandatangani MoU antara ANGKASA dengan SME Sdn. Bhd. pada 'screen monitor' . Turut kelihatan ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail (dua dari kiri) dan Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kiri sekali).

Encik Denny Kim menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA bergambar bersama barisan pengurusan SME Sdn. Bhd. yang diketuai Encik Denny Kim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease