WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2023

RENCANA 16

OGOS 2023

Ekonomi Digital: Transformasi ke Arah Koperasi Berdaya Tahan

Dalam persekitaran perniagaan yang sangat bergelora dan kompleks, mengetahui cara untuk terus bertahan atau mengubah 'ancaman' menjadi 'peluang' untuk mencapai pembangunan yang lebih mampan menjadi tumpuan penting perniagaan hari ini. Transformasi digital telah menjadi strategi utama bagi koperasi, syarikat, perniagaan atau perusahaan meningkatkan daya tahan untuk bertindak balas secara berkesan bagi mencapai kemampanan dalam konteks ekonomi digital. Ekonomi digital ditakrifkan merangkumi semua aktiviti ekonomi yang bergantung atau ditingkatkan secara signifikan oleh input digital iaitu teknologi, infrastruktur, perkhidmatan dan data. Aktiviti ini, merujuk kepada penggunaan digital oleh pengeluar dan pengguna termasuk kerajaan, swasta dan perusahaan lain (OECD, 2020). Ekonomi ini, dipacu oleh sektor e-dagang yang kukuh meliputi peruncitan dalam talian, penggunaan peranti berkaitan internet serta pelaburan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Forum Ekonomi Dunia 2020, menganggarkan 70 peratus nilai baharu akan diwujudkan melalui model perniagaan platform digital. Sektor dengan kadar digitalisasi tinggi terutama berkaitan dengan maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans dapat mendepani cabaran ini, dengan lebih baik. Teknologi digital seperti e-dagang dan pembelajaran dalam talian mewujudkan peluang baharu dengan merapatkan jurang antara pengguna dengan koperasi atau peniaga serta pelajar dengan pendidik. Perkembangan ini, menjadikan transaksi ekonomi lebih cepat dan cekap kos. Peningkatan penawaran perkhidmatan platform e-dagang dan penyelesaian pembayaran digital telah membolehkan banyak perniagaan mampu bertahan malah beralih kepada operasi melalui platform dalam talian untuk terus berkembang. Dari sudut permintaan, pendigitalan meningkatkan penggunaan dengan bantuan platform dalam talian. Dari sudut penawaran, pendigitalan mengubah cara perniagaan beroperasi terutamanya membolehkan Oleh SITI AISHAH JAFFAR Pegawai Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan / AURA Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Gambar hiasan

Jadual 1: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar, 2020 dan Kadar Penggunaan Teknologi Digital Mengikut Sektor

2020

2019

SEKTOR

Internet Mudah Alih dan Teknologi (%)

Pertumbuhan KDNK (%)

Laman Web (%)

Media Sosial (%)

Pengkomputeran Awam (%)

Perisian Pengurusan (%)

KADAR KEBANGSAAN PEMBUATAN PERTANIAN

-5.6

48.5 60.0

63.8

46.8

41.9

-2.6 -2.2

53.1 51.8 19.2

73.0 56.7 46.1

62.7 54.7 24.6 55.9 64.9

46.3 56.8 60.8 48.8 46.4

48.4 39.5 40.5 29.1 42.7

PERLOMBONGAN

-10.6 -19.4

PEMBINAAN

34.9 47.5 49.4 60.4

PERKHIDMATAN PERDAGANGAN BORONG DAN RUNCIT PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN DAN MINUMAN

-5.5

-6.1

50.4 64.0

65.3

47.1

47.1

-21.9

55.8

44.2

76.1

54.2

42.5

-20.6

37.4

72.9

61.7

23.0

20.4

PENGINAPAN

-50.3

42.5

66.7

51.8

43.0 65.0

56.6 76.8

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KEWANGAN DAN INSURANS

6.0

86.9 85.6

82.6

2.7

52.4

38.1

68.4

44.2

41.6

Nota: Angka tidak semestinya berjumlah 100 % disebabkan pelbagai pilihan jawapan oleh responden Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease