RENCANA 17
OGOS 2023
Jadual 2: Peningkatan Penggunaan e-Pembayaran di Malaysia, 2020
menyumbang kepada keputusan lebih baik untuk koperasi tindak balas pantas terhadap perubahan dalam persekitaran. Berdasarkan perspektif kesan, transformasi pendigitalan telah mengubah perniagaan tradisional koperasi kepada kemampanan perusahaan dan perniagaan:
Transaksi perbankan dalam talian (RM) 2.5 bilion (Meningkat 49 %)
Jumlah Transaksi e-dompet (RM) 0.6 bilion (Meningkat 131 %)
Pendaftaran Perniagaan Bagi Penerimaan Pembayaran Kod QR (RM)
Tahun
773,000 (Meningkat 164 %)
2020
2019
1.7 bilion
0.3 bilion
293,000
kerja secara jarak jauh, meningkatkan penyimpanan data dan menambah baik perkongsian maklumat. Transformasi digital bukanlah konsep baharu. Seawal tahun 1991, Morton menegaskan dalam penyelidikan rintisnya bahawa aplikasi teknologi digital akan membawa perubahan radikal dalam pengeluaran, operasi, pengurusan, dan mod perkhidmatan perniagaan. Konsep transformasi digital merupakan proses merealisasikan peningkatan perniagaan utama melalui gabungan maklumat, pengkomputeran, komunikasi dan teknologi. Transformasi digital membawa impak meluas. Daripada perspektif makro, transformasi digital koperasi akan merangsang perubahan mendalam perniagaan dan masyarakat serta boleh meningkatkan produktiviti pekerja, menggalakkan peningkatan struktur perindustrian, dan mengukuhkan kebajikan sosial masyarakat. Daripada perspektif mikro, transformasi digital boleh mengukuhkan kecekapan operasi seperti pengeluaran melalui automasi pengeluaran, penambahbaikan proses perniagaan, penjimatan kos, dan peningkatan pengkhususan tenaga kerja. Selain itu, ia boleh meningkatkan prestasi korporat koperasi seperti inovasi, prestasi kewangan, pertumbuhan syarikat, dan prestasi pasaran modal. Terdapat juga cabaran besar yang berpotensi dihadapi dengan aplikasi meluas teknologi digital, terutamanya dari segi keselamatan dan privasi data. Transformasi digital boleh memberi kesan positif terhadap daya tahan koperasi. Dari segi teori, transformasi digital boleh meningkatkan kerjasama menegak dengan rakan kongsi, pembekal dan pelanggan, serta kerjasama mendatar dengan pesaing dan institusi seperti universiti, meningkatkan ketangkasan koperasi, keboleh suaian dan daya tahan untuk bergelut dalam persekitaran pasaran yang kompleks dan berubah. Selain itu, teknologi digital boleh meningkatkan pemahaman dan kesesuaian koperasi terhadap perubahan persekitaran. Sebagai contoh, data raya membentuk asas analisis dan pemprosesan data, yang membantu koperasi dalam meramal dan mengenal pasti risiko luaran. Teknologi digital seperti kecerdasan buatan, boleh membantu koperasi membuat keputusan yang bijak dalam krisis dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan. Keupayaan pertama tindak balas daripada transformasi digital adalah penerapan teknologi digital boleh meningkatkan tahap automasi dan kecerdasan dalam proses pengeluaran dan operasi secara berkesan serta mengukuhkan kecekapan pengeluaran, mengurangkan pembangunan produk dan kos pembuatan, dan memendekkan masa pasaran. Kelebihan ini membantu koperasi memperuntukkan sumber dan keupayaan sedia ada dengan cepat dan melibatkan diri dalam aktiviti pengeluaran baharu untuk menangkap dan mencipta peluang dalam menghadapi kesukaran untuk mencapai pertumbuhan yang tidak konvensional. Mengaktifkan daya tahan koperasi memerlukan hubungan berkesan dari dalam ke luar. Teknologi digital mengubah mod interaksi merentasi sempadan yang menghubungkan perniagaan secara berkesan dan meningkatkan kecekapan hubungan dalaman koperasi secara luar biasa. Ini dapat mengoptimumkan proses perniagaan koperasi dan membuat keputusan dalam situasi krisis sambil memperbaiki keupayaan tindak balas. Akhirnya, koperasi boleh mengguna pakai teknologi digital untuk membuat analisis data secara mendalam dan lebih luas. Ini akan memberi keupayaan kepada koperasi dari segi pemantauan, analisis, pemprosesan dan penghantaran data serta mengukuhkan keupayaan koperasi untuk mengenal pasti dan melihat risiko luaran. Perkara tersebut dapat membantu koperasi mengenal pasti kemungkinan krisis dan bertindak balas dengan cepat, terutamanya melalui keupayaan analisis data. Sebagai contoh, penyelesaian IT dalam analisis data boleh
Membantu koperasi mencapai pertumbuhan sihat dalam persekitaran pasaran tidak menentu dengan membolehkan pembentukan model perniagaan baharu, membangunkan peluang pasaran baharu, menambah segmen perniagaan baharu, dan meningkatkan keupayaan pasaran serta keuntungan.
01
02
Integrasi teknologi digital baharu muncul dalam pengeluaran, operasi dan pengurusan menyukarkan sumber dan keupayaan koperasi untuk ditiru oleh pesaing.
Teknologi digital akan membentuk semula inovasi persekitaran dalaman dan luaran serta mengoptimumkan proses dan mod inovasi dengan mempercepatkan aktiviti R&D, menggalakkan pembangunan aktiviti inovasi, dan menyediakan aliran dorongan yang mantap ke arah kemampanan. Dalam proses transformasi digital, penggunaan meluas peranti pintar akan meningkatkan permintaan buruh berkemahiran tinggi. Oleh itu, ia akan meningkatkan tahap modal insan dan menyediakan jaminan intelektual yang kukuh dan sokongan bakat untuk koperasi menjalankan aktiviti perniagaan baharu dan mencapai kemampanan. Transformasi digital meningkatkan daya tahan korporat dengan meningkatkan tahap modal insan. Koperasi yang mempunyai tahap pendigitalan tinggi, tenaga kerja berasaskan teknologi digital akan meluaskan sempadan pengetahuan yang sukar dicapai oleh buruh tradisional. Penerapan teknologi digital akan memudahkan pekerja berkongsi pengalaman dan pengetahuan, merealisasikan aliran dan perkongsian pengetahuan dan mengurangkan kos untuk mereka memperoleh pengetahuan, yang akhirnya membolehkan peningkatan kualiti modal insan.
03
04
05
06
Kesimpulannya, transformasi digital mampu memacu pembentukan semula dan pembaharuan model perniagaan dan pengurusan koperasi dari tiga aspek: perhubungan dan komunikasi, mengagregat data, dan meningkatkan kepenggunaan. Ada beberapa koperasi telah mewujudkan hubungan berkesan dengan pengguna, peringkat dalaman dalam semua aspek rantaian bekalan melalui aplikasi teknologi digital. Ini bagi meningkatkan pecutan luar biasa untuk menyumbang kepada peningkatan perniagaan.
RUJUKAN
Euler Hermes. (2020). Digital-Enabling Countries Proved More Resilient to the Covid-19 Economic Shock. https: //www. eulerhermes. com/en_global/news insights/economicinsights/ Digital-enabling-countries-countries-proved-more-resilient-to-the-Covid-19-economic-shock.html Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Digital Economy Malaysia 2021 . https://www.dosm.gov. my Jabatan Perangkaan Malaysia. (2021). Penggunaan ICT dan e-Dagang oleh Pertubuhan 2020. https://dosm.gov.my Organisation for Economic Co-operation and Development. (2020). A Systemic Resilience Approach to Dealing with Covid-19 and Future Shocks. https://www.oecd.org/coronavirus/ policy-responses/a-systemic-resilience-approach-to-dealing-with-covid-19-and-future-shocks- 36a5bdfb/ Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. (2021). Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia. https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-02/rangka-tindakan- blueprint-blueprint-ekonomi-digital-Malaysia.pdf World Economic Forum. (2019). Shaping the Future of Digital Economy and New Value Creation. https://www.weforum.org/platforms/shaping-the-future-of-digital-economy-and new- value-creation
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease