WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2023

KOPERASI 18

OGOS 2023

Arang – Keperluan Masa Kini dan Sumber Pendapatan Koperasi

Puan Fadzilah Arshad (tiga dari kanan) bersama Anggota Lembaga Koperasi Ekonomi Wanita Islam Daerah Larut Matang dan Selama Berhad bergambar di hadapan tanor.

Oleh NOR AZAH ABD AZIZ

antarabangsa mempunyai pengurusan ekosistem bakau yang terbaik di dunia. kerana Selepas ditebang, kayu bakau tersebut diletakkan di tepi sungai selama tiga hingga empat hari sebelum dibawa masuk ke dalam tanor atau dapur arang dengan menggunakan tongkang. Koperasi itu mempunyai tiga buah tongkang untuk mengangkut kayu dan sebuah tongkang mampu memuatkan sehingga 10 tan kayu. Kerja penebangan pokok memerlukan lesen yang

Arang bukan sahaja digunakan sebagai bahan keperluan untuk memasak, malah mempunyai pelbagai kegunaan lain. Berdasarkan kajian dijalankan oleh Japan Science and Technology Agency dengan kerjasama Japan Cancer Institute , arang turut digunakan sebagai kaedah perubatan untuk menyembuhkan penyakit, seperti membunuh sel kanser dan tumor tanpa kesan sampingan. Selain itu, kepala arang juga mampu bertindak sebagai penyerap bau dan berfungsi sebagai perapi tanah dengan baik dan berkesan. Melihat kepada kepelbagaian manfaat arang, Koperasi Ekonomi Wanita Islam Larut Matang dan Selama Berhad dari Taiping, Perak yang ditubuhkan sejak tahun 2009 menjadikan pengeluaran arang sebagai salah satu aktiviti utama mereka. Aktiviti tersebut diusahakan di Bukit Gantang, Taiping. Koperasi itu turut menternak kira-kira 24,000 ekor ayam di sebuah reban berkeluasan 40 X 300 kaki persegi. Menurut Pengerusinya, Puan Fadzilah Arshad, aktiviti tersebut yang memerlukan modal permulaan sekitar RM500,000 berpotensi menjana perolehan selain mampu meningkatkan taraf hidup anggota yang majoritinya adalah ibu tunggal. Proses pembuatan arang bermula dengan menebang pokok kayu bakau spesis Bakau Kurap (Rhizophora Mucronata) dan Bakau Minyak (Rhizophora Apiculata) yang berusia sekitar 25 hingga 30 tahun di sekitar kawasan sungai di Kuala Trong. Di samping itu, kawasan Hutan Paya Laut Matang merupakan antara kawasan paya bakau yang diiktiraf di peringkat

Proses pembakaran kayu bakau.

dikeluarkan hanya untuk setiap kawasan seluas 6.6 hektar dan kebiasaannya selesai dalam tempoh lapan bulan dengan tenaga kerja seramai enam orang. Koperasi tersebut turut

mempunyai sembilan buah tanor di mana setiap tanor boleh membakar sehingga 15 tan kayu. Dua orang pekerja juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga suhu api untuk proses pembakaran yang boleh memakan masa selama 25 hari sekiranya menggunakan api kecil sebelum diakhiri dengan proses penyejukan arang selama 10 hari. Arang pula dijual kepada pemborong dan pengusaha kedai runcit dengan harga RM1.65 dan RM2.50 setiap kilogram. Puan Fadzillah berharap agar Koperasi Ekonomi Wanita Islam Larut Matang dan Selama Berhad diberi lebih banyak peluang, terutamanya dalam mendapatkan permit atau lesen menebang kayu bakau memandangkan setiap permit menebang bertahan untuk tempoh lima tahun sahaja. Beliau juga berharap agar ANGKASA dapat mengetengahkan isu (permit) tersebut supaya lebih banyak koperasi dapat menceburi perniagaan arang dan membantu mereka dari segi promosi dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Kayu bakau yang ditebang diangkat ke kilang dengan bot.

Koperasi Ekonomi Wanita Islam Daerah Larut Matang dan Selama Berhad No. 38, Kampung Tupai Alamat 34000 Taiping, Perak Telefon +6016 599 9031 E-mel kewi_lms@yahoo.com Tarikh ditubuhkan 2009 Jumlah keanggotaan 85 0rang

• Pengusaha Arang Kayu

Aktiviti

• Penternakan Ayam Pedaging • Pelancongan • Gubahan Arang Kayu

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease