3 KOPERASI
OGOS 2023
Iktiraf Sumbangan Sektor Koperasi
Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin (tiga dari kanan), Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua dari kanan) dan Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick (empat dari kiri) bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena BKK' 23 pada 20 Julai 2023 di Kota Kinabalu, Sabah.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Julai 2023 telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin (tiga dari kanan). Majlis anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ANGKASA dan pelbagai agensi lain itu turut menyaksikan lima koperasi menerima Anugerah Koperasi Premier Negara 2023 atas pencapaian dan sumbangan kepada kemajuan sosioekonomi negara.
Dari kiri Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul bergambar sewaktu majlis.
BERSAMBUNG DI MUKA 4
itu dengan menggerakkan pelbagai usaha untuk memastikan suara warga koperasi terus didengar antaranya adalah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Belanjawan Negara, Dato’ Shahrol Anuwar Sarman di Putrajaya pada 12 Julai 2023. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk membentangkan tiga kertas kerja bagi pemerkasaan gerakan koperasi negara. Pada 14 Julai pula, ANGKASA dijemput untuk bersama-sama dengan wakil kerajaan, agensi dan swasta terpilih untuk menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. Jemputan tersebut menunjukkan kerajaan peka dan mengambil berat akan pandangan dan cadangan gerakan koperasi dalam pelaksanaan Belanjawan 2024.
Dari Meja Presiden
Petanda yang baik buat warga koperasi apabila Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan bahawa beliau akan mencadangkan kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya meningkatkan jumlah peruntukan untuk sektor koperasi dalam Belanjawan 2024. Lebih tepat, apabila beliau memaklumkan perkara tersebut dalam ucapan beliau pada Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 (BKK’23) di Kota Kinabalu, Sabah, iaitu majlis yang menandakan berakhirnya Bulan Koperasi yang telah diluluskan oleh Kabinet untuk disambut sepanjang bulan Julai setiap tahun. Sambutan Bulan Koperasi merupakan tanda pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi atas peranan dan sumbangan gerakan tersebut dalam pembangunan sosioekonomi negara dan membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. ANGKASA mengambil inspirasi daripada bulan yang cukup bermakna
Adalah diharapkan pembaca memahami bahawa semua usaha yang dilaksanakan oleh ANGKASA adalah untuk memastikan isu-isu yang membantutkan pertumbuhan gerakan koperasi antaranya akta yang menyekat koperasi untuk berniaga dalam sektor tertentu dan kekangan modal diharap dapat dikaji, diteliti dan diambil tindakan oleh kerajaan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease