WADAH PELANCAR EDISI OGOS 2023

8

Penglibatan Generasi Baharu dalam Koperasi Beri Keberhasilan Berimpak Tinggi – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi (duduk, tiga dari kanan) dan tetamu kehormat bergambar bersama peserta Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0).

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Penglibatan generasi baharu dalam gerakan koperasi akan memberikan keberhasilan yang berimpak tinggi di mana semangat berkoperasi disuntik sejak di peringkat awal. Menurut Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kerajaan berharap koperasi belia di Malaysia dapat diperkasakan agar mampu melahirkan produk kepimpinan di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Tambah beliau, koperasi merupakan salah satu cabang untuk memperkukuh dan memperkasakan ekonomi negara. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penutupan Asia Pacific Cooperative Youth Summit 4.0 (APCYS 4.0) di Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Julai 2023. APCYS 4.0 secara rasminya melabuhkan tirainya selepas ber– langsung selama empat hari bermula pada 27 Julai 2023 di Kota Kinabalu dengan penyertaan seramai 189 belia dari 19 negara rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Abidin Madingkir, Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Makhzan Mahyuddin. Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid juga berkata peranan golongan belia adalah signifikan dalam memacu momentum transformasi kerana

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan.

YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid menyerahkan replika cek bernilai USD2,000 kepada wakil Mudamudi.coop (Indonesia) yang merupakan johan pertandingan ‘ Coop Pitch ’.

Kolej Vokasional Likas dari Malaysia memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD1,500.

LMPC Coop Youth Planet (Filipina) memenangi tempat ketiga dan memenangi wang tunai berjumlah USD1,000.

sebagai bakal pemimpin, golongan tersebut merupakan ‘kunci’ kepada masa hadapan negara. “Oleh itu, amat penting untuk melibatkan belia dan memperkasakan peranan mereka secara progresif dalam tadbir urus dan pembangunan negara,” ujar beliau. Katanya, usaha menggalakkan belia untuk terlibat dalam gerakan koperasi akan mempromosikan pertumbuhan jati diri, kemahiran kepimpinan dan penglibatan komuniti mereka di samping memupuk persekitaran perniagaan yang mampan serta beretika dan seterusnyamemberimanfaatkepadamasyarakat

Wakil Koperasi SMK Putatan Berhad, Puan Jumahira Nurdin menerima sijil penghargaan sukarelawan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease