9
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick bersama Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya.
YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid berbincang dengan Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (empat dari kanan).
YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid bersalaman dengan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.
YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid berswafoto bersama peserta APCYS 4.0.
YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid bersalaman dengan Pengarah Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Mr. Balu Iyer.
in Educational Institutions (ICEI), Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias yang mewakili KUSKOP serta Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul. APCYS 4.0 dianjurkan oleh ICA-AP dengan kerjasama ICA-AP Committee on Youth Cooperation (ICYC) dan buat julung kalinya juga Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah melalui ANGKASA. Sidang tersebut mengangkat tema 'Cooperation for Sustainable Lifestyle' atau ‘Kerjasama untuk Gaya Hidup Lestari’ yang memberi fokus kepada peranan belia dalam pengamalan gaya hidup
secara keseluruhan. Penglibatan mereka dalam koperasi juga membantu mewujudkan impak positif kepada ekonomi dan alam sekitar. Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama pertandingan ' Coop Pitch', iaitu Mudamudi.coop dari Indonesia manakala Kolej Vokasional Likas (Malaysia) dan LMPC Coop Youth Planet (Filipina) masing- masing memenangi tempat kedua dan ketiga. Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD2,000 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing meraih wang tunai berjumlah USD1,500 dan USD1,000. Semua pemenang akan turut menerima sokongan serta akses terus untuk membangun dan melaksanakan model koperasi yang diusahakan oleh mereka dalam pertandingan itu. Beliau juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada pengetua tujuh sekolah di Sabah yang telah menghantar beberapa pelajar dari sekolah masing-masing untuk terlibat sebagai sukarelawan dalam APCYS 4.0. Majlis penutup turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Puan Noor Afifah Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tuan Rusli Jaafar, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Datuk Mohd Ali Mansor, Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer. Kepimpinan ANGKASA yang hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi ICA-AP Committee on Cooperatives
Dalam aktiviti amali, delegasi telah menanam 261 anak pokok pelbagai spesis di SMK Bandaraya Kota Kinabalu pada 29 Julai 2023. Aktiviti tersebut dilaksanakan menerusi Go Green Campaign 4.0 anjuran ICYC dan program Penghijauan Malaysia: Koperasi Prihatin Sejuta Pokok anjuran ANGKASA. Pada hari yang sama, delegasi juga terlibat dalam aktiviti pembersihan pantai di Pulau Manukan dan menyelami budaya tradisi masyarakat Sabah melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Koperasi Homestay Desa Cinta Kobuni (KOBUNI).
Senarai pemenang pertandingan ‘Coop Pitch’ Johan Mudamudi.coop (Indonesia) Naib johan Kolej Vokasional Likas (Malaysia) Tempat ketiga LMPC Coop Youth Planet (Filipina) Senarai koperasi sekolah yang menghantar sukarelawan ke APCYS 4.0 Bil. Nama koperasi 1. Koperasi SMK Tansau Berhad 2. Koperasi SMK Putatan Berhad 3. Koperasi Maktab Sabah Berhad 4. Koperasi SMK Bandaraya Berhad 5. Koperasi SMK Pulau Gaya Berhad 6. Koperasi SMK Badin Tuaran Berhad 7. Koperasi SMK Taman Tun Fuad Berhad
lestari selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) melalui nilai dan prinsip koperasi serta memberi penekanan kepada pemeliharaan alam sekitar. Selain daripada ‘Coop Pitch’, delegasi turut didedahkan dengan perkongsian ilmu dan kemahiran mengenai pelbagai topik melalui tiga aktiviti utama, iaitu sesi pleno, sesi pembelajaran dan aktiviti amali. Antara topik menarik yang menjadi fokus dalam APCYS 4.0 adalah pembentukan nilai dalam keusahawanan koperasi, gaya hidup mampan dalam komuniti, kemahiran kewangan untuk koperasi mampan, inovasi dalam koperasi dan peranan koperasi dalam SDG 2030.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease