WADAH PELANCAR EDISI APRIL 2023

ANGKASA 10

APRIL 2023

TYT Pulau Pinang Rasmi Serahan Bangunan Wakaf Yayasan Infaq ANGKASA kepada MAINPP

Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak menandatangani plak Perasmian Bangunan Wakaf Yayasan Infaq ANGKASA.

Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

Barisan kepimpinan tertinggi ANGKASA yang hadir.

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

kepada MAINPP bernilai RM1,170,100.00. Serahan itu disempurnakan melalui lafaz akad wakaf oleh Mufti Selangor merangkap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA, Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Opir, kepada Timbalan Yang Dipertua MAINPP. Pengiktirafan Yayasan Infaq ANGKASA selaku Nazir Khas Wakaf oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memberi petanda jelas kepercayaan pemegang amanah tunggal wakaf, iaitu Majlis Agama

Islam Negeri terhadap kompetensi Yayasan Infaq ANGKASA berganding bahu menerajui pengurusan wakaf secara profesional di Malaysia. Bangunan dua tingkat itu juga merupakan aset ketiga diwakafkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA kepada Majlis Agama Islam Negeri selepas aset rumah kedai dua tingkat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan sebuah bangunan di Presint 11, Putrajaya serta di Negeri Sembilan. Kini, bangunan tersebut dimanfaatkan

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak telah menyempurnakan perasmian serahan Bangunan Wakaf Yayasan Infaq ANGKASA kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 6 Mac 2023 di Bertam Perdana, Pulau Pinang. Dua lot bangunan (4 unit) yang terletak di Bertam Perdana itu telah diwakafkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease